Saya berhasrat untuk melatih dan melahirkankan 10 orang perawat yang boleh berkhidmat di Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE PUSAT _ AP) secara sukarela pada setiap hujung minggu.
Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut:
1. Sanggup berkhidmat secara ikhlas dan sukarela di AP pada hujung minggu(Ahad) selama setahun
2. Bersedia untuk menjalani latihan intensif selama 2 bulan ( Nov - Dis 2008) setiap hari Ahad
3. Telah mengikuti kursus anjuran AKRINE
4. Tidak berkhidmat di pusat rawatan Islam yang lain
5. Memenuhi syarat-syarat muallij sepertimana yang dinyatakan dalam kursus Akrine termasuk tidak merokok
6. Lulus ujian-ujian kelayakan (tasme' dan teknik) yang dilakukan dari semasa ke semasa dalam tempoh kursus intensif dijalankan
7. Tinggal di Lembah Kelang sahaja
8. Bersedia menyertai usrah, halakah, rehlah dll aktiviti bertujuan mentarbiah diri, merapatkan ukhuwah dan penyatuan fikrah perawat Akrine
9. Lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa
Saya berharap cawangan AKRINE di Melaka dan P.Pinang dapat mencari tidak kurang dari 5 orang perawat yang akan dilatih secara intensif dipusat masing-masing. Manakala ketua pusat mestilah mengikuti kursus intensif di AP
Apakah kelebihan menjadi 10 perawat tetap AKRINE:
1. Anda akan dilatih sehingga menjadi seorang perawat bertaraf muallij yang berketrampilan
2. Akan dibenarkan membuka pusat rawatan Akrine anda setelah tamat tempoh berkhidmat di AP
3. Dipilih sebagai AJK kepada Persatuan Pengamal Rawatan Rabbani Malaysia (Muallij Malaysia)
4. Saling bantu-membantu dalam semua kerja-kerja rawatan dan seumpamanya.
Bagi sesiapa yang berminat sila hantar resume anda ke akrine@yahoo.com tidak lewat dari 15 Oktober 2008.
Sebarang keputusan adalah muktamat.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
5 comments:
Salam Ustaz,
bleh tak saya dapat email ustaz?ada benda saya nak bincangkan dengan ustaz tentang diri saya
Well done Akrine! bulan2 Puasa ni teringat murtabak Kuang!!
Salam Ust,
InsyaALLAH Ust, sedang saya usahakan. Mohon doa keberkatan dari Ust.
Salam ustaz ,
ketua perawat kena ikut latihan intensif selama 2 bulan jugak ker ustaz ?
salam semua,
1. Email saya rsamalaysia@yahoo.com atau akrine@yahoo.com
2. Untuk Nasrul, ketua perawat kena ikut latihan intensif 2 bulan tetapi hanya hadir pada beberapa sesi yang akan ditetapkan, seperti penetapan modul, bacaan-bacaan asas, tasme' dan teknik rawatan. Mungkin dipermulaan, pertengahan dan penghujung kursus.
Post a Comment