Pada hari Khamis yang lalu Ust. Syakirin dari Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM) datang menziarahi saya. Beliau baru balik dari mengendalikan kursus rawatan di Port Dickson dan dalam perjalanan balik ke Terengganu.
Beliau menghadiahkan saya buku karangan beliau “panduan lengkap menjadi Perawat” setebal lebih 200 muka. Saya mengucapkan jazakALLAHu khairan katsira kepada Ust. Syakirin.
Semasa kehadiran beliau saya sedang merawat seorang pesakit, biasalah setelah diajak keluar ada yang ditikam dan ada yang dihantar ke Serambi Mekah. Oleh kerana cerita rawatan sudah hampIr stereo type saya kurang menulis perihal rawatan saya. Cuma kini teknik tikam dan pancung jarak jauh saya semakin mantap yang membolehkan saya berurusan merawat dengan pesakit dengan jarak yang amat selesa… alhamduliLLAH.
Saya beri peluang kepada Ust. Syakirin untuk merawat menggunakan teknik mata batinnya. Beliau mengepit
kaki pesakit dengan besi rawatan dan apabila pesakit kerasukan melepaskan jari kaki dan memegang kepala pesakit.
Ust. Syakirin meminta pesakit memejamkan mata dan menyuruh jin itu menunjukan tempat barang sihir diletakan. Ust. Syakirin juga memejamkan matanya. Jin berkenaan membawa beliau ke beberapa lokasi seperti di rumah, di kedai makan dan sebagainya. Adakalanya Ust menyuruh jin mengangkat dan membuang dan ada masanya beliau mengangkat “secara batin” dan membuang ke sungai juga secara batin.
Setelah habis barang sihir pesakit sedar dan Ust Syakirin pun membuka matannya dan dia amat keletihan.
Setelah Ust. Syakirin berangkat balik saya masih melakukan rawatan terhadap pesakit berkenaan, saya akhirnya berjaya membongkar masalah pesakit ini lebih lanjut lagi. Atas permintaan pesakit saya terpaksa merahsiakan penemuaan saya (rahsia ini tidak ada kena-mengena dengan kisah rawatan RIDAM sebelum ini).
Seterusnya pada hari Jumaat saya melakukan rawatan kepada seorang ibu beserta 2 orang anak perempuannya.
Setelah menggunakan teknik biasa saya, saya meminta pesakit (anak perempuan yang sulung) memegang hujung besi rawatan sambil memejam mata. Saya memegang hujung besi yang sama dan juga memejamkan mata.
Saya membaca ayat-ayat pilihan saya dan minta pesakit membuka “mata batinnya” dan bertanya apa yang dia nampak. Pesakit berada di kampong lamanya dan kami mula mengembara dari halaman rumah, reban ayam dan sebagainya. Kami menjumpai pelbagai barang sihir yang digunakan oleh orang berkenaan dan juga membuangnya.
Pesakit nampak dengan jelas OKS!
Kemudian tiba giliran si ibu, teknik kembara sekali lagi dilakukan, kali ini di rumah mereka sendiri. Pertama pesakit ternampak wajah OKS menabur barang sihir di pintu masuk. Saya ajak masuk ke rumah dan periksa bilik ke bilik. Di bilik pesakit kami temui tasbih di bawah bantal pesakit yang digunakan sebagai barang sihir, bra beliau juga telah disimbah air sihir, bantal angah juga ada barang sihir. Secara mata batin kami buang barang-barang sihir ini ke dalam longkang besar yang mengalir airnya.
Pengalaman kembara sebegini ini amat baru bagi saya sebagai adaptasi dari Ust. Syakirin RIDAM.
Jam 12.00 tengahari saya memerima pesakit kecemasan. Dalam keberatan untuk merawat kerana nak bersiap solat Jumaat saya terima juga. Masa Cuma ada 1jam sedangkan pesakit saya ini dikenalpasti diganggu oleh jin-jin polong yang degil. Jin polong sukar untuk disembelih menggunakan teknik sembelihan biasa, saya sembelih secara menikam pesakit samada dengan besi rawatan atau tikam jarak jauh. Satu tikaman mengambil masa 30 saat sambil menyebut ALLAHu AKBAR berulangkali.
Pesakit mengadu sakit perut bersangatan seperti mahu bersalin sedangkan dia tidak mengandung. Pada rahim pesakit ada satu jin perempuan Islam yang melekat secara berakar. Puas saya
Ilham saya lambat sampai, suami pesakit membawa ke Taiping dan dirawat oleh 3 orang bekas penuntut DarusSyifa. Mereka menggunakan kuku ibu jari untuk menikam jin yang mengganggu. Apabila nenek menjerit kesakitan minta rawatan dihentikan mereka mengatakan semua jin adalah penipu dan sebaik-baik jin adalah sejahat manusia! Akhirnya mereka gagal juga mengeluarkan nenek, dan bila berjumpa dengan saya semula sekembalinya dari Taiping kerana kesakitan yang amat sangat, nenek menunjukan kesan lebam bersangat di pergelangan tangan pesakit kerana ditekan oleh perawat Taiping. Nenek juga memberitahu perawat2 menekan dengan tangan di bahagian hampir payudara dan juga lebam dengan amat teruk sekali.
Saya terpaksa “mengutuk” teknik rawatan lepasan Darussyifa ini kerana teknik rawatan ini boleh menjejaskan nama perguruan kita.
Ilham akhirnya saya perolehi dari pakar-pakar hospital jin Serambi Madinah. Pesakit mesti minum air yasin 7 mubin selama 1-4 bulan bergantung kepada keizinan ALLAH. Maka pesakit mengamalkannya dan kini nenek sudah longgar agaknya.
Jadi bila pesakit rasa macam nak bersalin, saya menduga nenek sudah nak release dari keadaanya yang melekat pada rahim pesakit.
Kali ini saya ajak pesakit mengembara ke dalam tubuhnya sendiri.
Teknik RIDAM saya gunakan dengan beberapa ubah-suai (Saya seboleh mungkin tidak akan sentuh pesakit wanita saya, sedangkan RIDAM perlu pegang ibu jari pesakit).
Kembara bermula dari kepala sehinggalah ke hujung kaki.
Pesakit menangis melihat tubuhnya hampir keseluruhannya dihuni oleh jin-jin polong. Saya minta dia tadahkan tangannya dan saya bekalkan dengan api dan minta dia melontar kepada semua polong-polong berkenaan.
Pesakit melakukan apa yang saya suruh. Maka kedengaranlah lolongan demi lolongan jin-jin yang mati akibat balingan api berkenaan.
AlhamduliLLAH rawatan menjadi mudah! Saya tak perlu sembelih satu persatu seperti sebelum ini. AlhamduliLLAH.
Kini saya suruh dia periksa keadaan nenek, benar… nenek sudah longgar tetapi masih ada akar yang belum putus. Rupanya nenek dimakan polong! Kakinya berdarah dan badannya cedera. Itulah punca pesakit ini kesakitan seperti nak bersalin. Saya minta pesakit betulkan kedudukan nenek dan pagar nenek dengan ayat kursi 6 penjuru. Kemudian saya doakan kesembuhan untuk nenek.
Pesakit meminta izin kepada saya untuk kembara ke rumahnya. Didapati kawasan rumahnya adalah tempat jin berpesta, siap ada unggun api (siang manusia malam bagi jin). Saya minta dia focus kepada barang sihir. Kami temui ditanam diantara dua pokok. Kain kuning ditanam agak dalam, kami menggalinya. Saya
Pengembaraan ini masih panjang…. Saya sudah letih mencatit… cukuplah setakad ini.
Apa yang saya ingin utarakan melalui kisah ini adalah saya telah berjaya dengan izin ALLAH mengadaptasi teknik buka mata batin RIDAM dan ternyata amat membantu biizniLLAH. Pandangan saya hanyalah melalui ilham sedangkan pesakit mengembara secara jelas. Saya perlu menguasai ilmu ini dan memastikan tidak ada tangan ketiga yang terlibat dalam teknik ini. Perjalanan masih jauh dan doakan saya agar sentiasa dibawah jagaan ALLAH. Amin!
5 comments:
salam utz..adakah ustaz nampak segala apa dlm pengembaraan ustz?. Mcm polong dan nenek?. Dlu sy prnah dgar ceramah ustz yang mengatakan jika nmpak ini semua bermakna diri kita ada jin saka..
Bila sy bca kisah ni semua.. Terdetik dlm ati sy..ALLAHUAKBAR.. Bnyaknya ilmu yg manusia belum terokai......
Assalamualaikum wbt>>
InsyAllah Khair.. Moga ust dirahmati Allah Taala..
Salam, ya Muhammad.
Saya hanya dapat ilham... ia berlainan dgn mimpi atau roh keluar dari jasad...
Saya belum berani buat apa2 kesimpulan. Hari ini saya merawat dgn pesakit sahaja yang mengembara, saya tak perlu pejam mata... ini lebih selesa dan dapat mengelakan fitnah.
salam ust, gembiranya saya apabila guru saya telah memiliki teknik kembara ini. Bolehlah nanti kongsi bersama dgn murid2 ust yg lama seperti saya dan murid2 baru bila ust dah bersedia dan mantap
Post a Comment