AlhamduliLLAH sijil bagi peserta kursus intensif bulan Disember telah siap dan akan dipos kepada pelatih dalam tempoh terdekat. Jika anda tidak menerima sijil ini dalam tempoh 2 minggu dari tarikh siaran ini diharap dapat sms atau email Akrine.
Bagi peserta kursus sebelumnya sekiranya ingin memiliki sijil kursus silalah berhubung dengan pihak kami dengan memberi nama penuh, alamat dan tarikh serta tempat kursus. Pihak Akrine akan mengeluarkan sijil berkenaan. Sedikit bayaran dikenakan bagi tujuan di atas. Bayaran tidak ditetapkan sekadar sumbangan untuk tabung bangunan dan operasi harian Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan sepertimana tertera pada ruang derma di sebelah kanan blog ini.
Salah satu kelebihan memiliki sijil ini adalah bertujuan untuk keahlian dalam Persatuan Mu'allij Malaysia yang sedang digiatkan pendaftarannya oleh AJK penaja persatuan berkenaan.
Berikan butiran anda secara sms ke o17-3646461 atau email ke akrine@yahoo.com
1 comment:
Salam...
Ustaz bagaimanakah ingin menyertai kursus rawatan akrine ni?...
Berapakah yuran yg dikenakan?...
Post a Comment