Setiap kali rawatan yg dilakukan mempertemukan sy dgn pelbagai watak jin yg berbeza2. Rawatan kali ini benar2 menyentuh perasaan sy.
Rawatan ke atas seorg pesakit wanita dimulakan dgn meletakkan besi rawatan ke atas bhgn jantungnya. Dgn tiba2 pesakit kerasukan dan menggenggam besi rawatan dan menusuk sendiri ke arah jantungnya sambil mengucapkan syahadah dan mengerang kesakitan. Sy tersentak dgn perlakuan ini dan mula menanyakan soalan kpdnya. Katanya dia(jin) ingin bunuh diri. Sy kata, "Sy lakukan rawatan bukannya bertujuan utk membunuh kamu, dan adalah haram bg kamu membunuh diri sendiri".
Setelah didakwahkan, jin saka yg bernama Siti ini mengakui kesalahannya & mula berbicara dgn petah sekali. Melihatkan Siti agak memberi kerjasama dlm pelbagai hal, sy menyuruhnya berjalan di sekitar tubuh pesakit dan mengajak kesemua jin2 lain bersama2nya meninggalkan pesakit. Beliau menjawab, "Maaf, sy tiada kaki...cacat". Sy tersentak buat kali yg kedua.
Siti sebenarnya tidak tahan hidup dlm keadaan berdosa buat sekian lamanya dan ambil keputusan membunuh diri krn beliau tiada pilihan lain. Beliau dilahirkan cacat dan tidak dpt bergerak ke mana2. Teknik2 tarik menggunakan tangan, botol dan serban sblm ini tidak langsung memberi apa2 kesan kpd beliau. Sy sedih melihatkan penderitaan Siti.
Sy: "Siti, apa kata kita cuba sesuatu."
Siti: "Cuba apa?"
Sy: "Mintak dgn Allah."
Siti: "Mintak apa?"
Sy: "Mintak kaki..."
Siti: (mengangguk tanda setuju...)
Doa dlm keadaaan sebak sy pohon pd Allah sambil di'amin'kan Siti. Selesai berdoa Siti terdiam beberapa minit dan pesakit mulai sedar. Sy suruh pesakit pejamkan mata dan mula memangil2 nama Siti. Siti muncul mengucapkan "Alhamdulillah" atas kurniaan Allah yg amat berharga itu. Walaubgmanapun Siti masih tidak mampu berjalan menggunakan 'kaki baru'nya dan hanya mampu berdiri dlm keadaan menggigil2. Siti kemudiannya melakukan kebaikan dgn membuat "pengumuman" kpd rakan2 yg lain supaya meninggalkan tubuh pesakit.
Siti akhirnya disedut 'direct' ke botol dgn hanya sekali sedut. Rakan2nya yg lain bergerak ke hujung kaki kiri sblm disedut ke botol dan dihantar ke SM.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
3 comments:
Terima kasih ustaz atas cerita ini. sangat menarik dan boleh jadi panduan.tq
Jgnlah ustaz ambil peduli pandangan2 negetif...teruskan usaha ustaz menabur bakti kpd masyarakat....Saya doakan usaha ustaz mendapat berkah dan rahmat Allah.
Betul utz ckp sedih gak ceter ni. Sy br terbuka catatan ni. Ingat manusia dan binatang je teraniaya/ cacat. Rupanya makhluk haluspun mcmtu gak. Pe2 yg terjd pd diri saya, staff dan cacatan utz buat saya muhasabah diri. Ini satu hijrah buat diri saya. Harapan agar utz terus merawat pe2 komen negatif anggap satu dugaan utk terus berbakti.Yakin utz insan terpilih sesuatu itu semuanya dgn izinNya. Skalung tahniah & Terima Kasih buat utz.
Post a Comment