Sudah lama saya tak mencatatkan rawatan saya, bukan setakad melayan perasaan malas menaip tetapi juga memikirkan bahana2 penulisan.
Para pembaca blog tentu sudah membaca kisah gangguan2 yang terpaksa dilalui oleh Hijaz Records dalam usaha menerbitkan buku saya... sdra boleh bayangkan kalau mahu menerbitkan bukupun begitu risikonya, bagaimana pula nasib para perawat? Perawat-perawat tentulah menjadi perhatian tukang-tukang sihir, jin/syaitan yang mencari ruang menewaskan perawat dan begitu juga perawat2 yang dengki...
Adakalanya perawat terpaksa merahsiakan derita yang dihadapi demi mengelakan musuh2nya meraya dan meraikan derita siperawat. Saya mendapat tahu beberapa perawat yang mengadu sakit pinggang, isteri cemburu dsb. Lantas terpaksa susun strategi pelan B dengan mengurangkan rawatan.
Apakah perawat perlu mengundur diri apabila diserang? Seorang perawat adalah orang yang mengetahui serangan dan tahu teknik membenteng diri.
Bagi saya samada mahu ataupun tidak, samada anda perawat ataupun bukan serangan tetap dijalankan oleh musuh-musuh yang memperalatkan jin.
Begitu juga jin akan mendendami anda jika salah teknik rawatan anda. Kerana itulah saya lebih suka perawat bersifat diplomasi serta menggunakan teknik dakwah/tanzir dalam rawatan. Jangan asyik ruqyah kerana ruqyah menyakitkan jin. Bila anda ruqyah mestilah atas niat memberi pengajaran bukan sebagai perawat "samseng". Jangan gunakan teknik belasah dari awal hingga akhir rawatan kerana anda mengundang dendam. Jangan kurung jin secara alin telur, alin limau atau masuk botol, kerana ini mengISAkan jin dan jika jin ini berjaya membebaskan diri anda akan didendami dari setiap penjuru. Jangan asyik sembelih sebelum anda memberikan amaran.
Kaedah ini juga saya minta kepada pesakit yang terkena sihir, apabila anda ditanya oleh OKS adakah anda sihat, anda mestilah mengatakan "tidaklah sihat sangat". Jangan sekali-kali anda declare sudah sembuh sepenuhnya... ini mungkin mengundang OKS meningkatkan bayarannya kepada situkang sihir.
Kita juga agak tersentuh melihat nasib para perawat yang bersusah payah menunaikan permintaan keluarga pesakit pergi merawat hingga menelan ratusan ringgit tetapi akhirnya diupah seringgit-dua dan lebih dahsyat dari itu bila dikatakan perawat berkenaan mata duitan. Itulah tribulasi merawat.
Bagi saya perawat amatlah perlu berhati2 kerana anda sedang diuji oleh ALLAH untuk menilai keikhlasan anda, sepatutnya isu sebegini tidak disibar-luaskan kerana masyarakat tentu berkata sebaliknya. Anggaplah ia sebagai ujian dan ambillah pengajaran.
Saya tak mahu pesakit atau keluarganya mengambil mudah tentang rawatan. Bagi saya pesakit mestilah berjumpa perawat, bukan perawat yang terkejar-kejar menolong pesakit, kecualilah kes2 tertentu. Saya letakan syarat kesembuhan, pesakit atau keluarganya yang mesti mencari perawat. oleh kerana itulah juga saya merawat pesakit baru pada hari bekerja... saya nak pesakit atau keluarganya datang dengan kesungguhan dan pengharapan bulat bukan sekadar mengisi masa terluang.
Berbalik tentang tajuk, catatan TKR.
Setakad ini 80% pesakit yang menjalani rawatan secara TKR berjaya mengembara dan merawat. Asalnya saya menjangkakan teknik ini hanya sesuai kepada kes sihir sahaja, tetapi ternyata ia juga boleh digunakan dalam kes saka dan lain-lain.
TKR dengan izin ALLAH dapat mengenalpasti OKS, tukang sihir dan barang sihir. Keyakinan saya adalah apabila pihak musuh menggunakan teknik advance maka ALLAH yang bersifat penyayang kepada hambaNYA akan memberi jalan keluar.
Seorang pengarah syarikat carigali minyak yang sakit seluruh badan, tak boleh tidur, menyucuk di bahagian kaki apabila dipijak dan lain-lain kepayahan telah dirawat secara TKR.
Apabila dia mengembara pada tubuhnya diantara perkara yang dicerap adalah batang besi sebesar lengan dibahagian belakangnya. Beliau biizniLLAH berjaya mengeluarkannya. Begitu juga paku-paku diseluruh badan. Teknik penggunaan besi dan paku agak sukar untuk dikeluarkan secara ruqyah kerana dia bukan "jin" yang biasa mengganggu secara teknik lama. Ia juga tak boleh dipukul kerana paku akan menusuk badan pesakit lebih dalam lagi, wALLAHu 'alam.
Apabila disuruh balik ke rumah, pengarah ini melihat "orang tua" di depan pintu dan beberapa kawasan lain. Orang tua ini ditangkap oleh pengembara dan dihantar ke SM.
Rawatan kedua secara TKR saya minta pesakit melihat tangan saya (mata masih tertutup), pesakit melihat OKS. Saya suruh pesakit memaksa OKS menunjukan barang sihir dan tukang sihir. Pesakit kemudian berada di sebuah rumah kampung dan terpaksa bertempur dengan jin-jin tukang sihir. Dia merasa seperti seorang "panglima @ gangster" bila menenyeh jin2 berkenaan akhirnya berdepan dengan tukang sihir. Saya suruh cekik tukang sihir, pesakit menyekik sambil mengarahkan tukang sihir menunjukan barang sihir.
Apabila berada di bilik simpanan pesakit pening kepala melihat banyaknya barang2 sihir yang disusun rapi, saya suruh pesakit scan dan cari yang panas. Akhirnya barang sihir ditemui dan dihapuskan.
Pesakit yang pada mulanya panas, menyucuk dsb akhirnya merasa sejuk dengan kedinginan aircond dan tiada lagi kesakitan... subhanALLAH.
Cukuplah rasanya catatan ini, harapan saya agar dapat menyebar-luaskan teknik ini kerana inilah janji saya bahawa ilmu mestilah dikongsi sama agar ia diwarisi oleh ramai orang, pesakit yang lama menderita berjaya dirawat dan perawat tidak terhad kepada satu teknik rawatan sahaja.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
3 comments:
salam ust,saya ada attend kursus TKR yg ust adakan baru2 ini i.e pada 21/3/2009. Utk saka atau jin yang ada satu sahaja di dalam badan, apakah doa2 yg sama kita gunakan, atau kita panggil 3rd party jin utk masuk ke bhg kepala pesakit, harap dapat pencerahan
Salam khairi,
Mcmana sdra tahu ada 1 saje jin saka dlm badan berkenaan? katalah betul 1 saja maka rasanya TKR tak akan berjaya.
Cdgan saya jgn guna TKR di awal rawatan, cuba scan dan berdialog dgn gerakan kaki pesakit... tanyalah anda (jin) ramai ke satu... then barulah ambil keputusan perlu TKR atau tidak.
assalamualaikum ustaz,saya ada satu masalah yg saya sendiri pun pening memikirkannya,saya pernah berubat di kedah tentang masalah saka dan jin yg selalu mengikut saya ke mana sahaja saya pergi..tp untuk pengetahuan ustaz,selepas saya sihat kembali dari penyakit ne,saya ada termimpi tentang satu binatang berada di langit..benda tu berwarna hijau seperti burung tetapi besar sangat2.apa yg bertambah pelik adalah binatang itu mengamuk krn mencari saya dan ustaz yang telah merawat saya..tidak ketinggalan juga,binatang itu diiringi oleh sepasang mata yg bersinar2 di langit..saya benar2 tidak memahami apa yg tersirat di sebalik mimpi itu..harap ustaz dapat membantu saya.
Post a Comment