Rawatan ini dilakukan di rumah pesakit pada waktu pagi.
Setelah jin-jin saka dalam badan pesakit dikeluarkan dan dihantar ke SM, pesakit tiba-tiba tersentak kerana merasakan kakinya seperti dilanggar sesuatu.
Pesakit: "Aduh, Ustaz ada sesuatu melanggar kaki kiri saya."
Saya: "Siapa ni?...(sambil menikam besi rawatan pada kaki kiri pesakit)"
Pesakit kemudian kerasukan.
Jin: "...Errm maaf...saya tak sengaja masuk..."
Saya: "Kamu dihantar ke?"
Jin: "Tak...saya tak sengaja."
Saya: "Kamu datang dari mana?"
Jin: "Bawah sinki dapur...saya jin semut."
Saya: "Kamu ada keluarga?"
Jin: (mengangkat kedua-dua tangannya sambil menggerakkan kesemua jarinya).
Saya: "Ooo, banyak..."
Jin: (mengangguk-angguk kepalanya).
Saya: "Boleh tak bagitahu sama ketua kamu supaya semua pindah ke tempat lain."
Jin: "Boleh."
Saya: "Sekarang keluarlah sendiri dari badan ni."
Jin: (Kaki kiri bergerak-gerak) "Eh...tak boleh la. Tolong la keluarkan saya."
Saya: "Ha, tu la tadi pandai sangat masuk, dah tu susah pulak nak keluar."
Saya kemudian menarik jin tersebut keluar. Pesakit kemudiannya sedar.
Pesakit menelefon saya pada waktu tengaharinya memberitahu yang semut-semut yang memang banyak bersarang di bawah sinki dapur rumahnya dah tiada. Malahan hampir semua semut-semut di rumahnya tiada. Saya cuma mampu mengucapkan "SubhanAllah..."
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment