Mereka mengganggu..!!!
'Tidak akan Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku' - al-ayah
Pengalaman yang menyeramkan bila menanti saat-saat terbitnya buku 'Berdialog Dengan JIN' - diari seorang perawat - diganggu kelancaran terbitannya. Ia membuatkan semua yang kami rancang tergendala dan diganggu.. Nak dikatakan kebetulan tidak mungkin kerana rintitan demi rintitan kami di ganggu..
Bermula dari puan Ct Bashah yang bahagian rekeletak dan aturhuruf dalaman buku katanya kerjanya diganggu?! Saya tak percaya bila ia mengadu kepada saya dengan mengatakan "lain kali saya tak nak buat buku JIN" aduhhh kenapaan seh!! Rupanya beliau di ganggu bila bermula kerjanya yang di buat pada tengah malam itu, alih-alih lampu rumahnya mati.. Ini petanda awal yang kami ingatkan ianya secara kebetulan sahaja.. maka puan Ct Bashah mengambil tindakan untuk tidak membuat kerjanya di waktu malam dan digantikan pada waktu siang sahaja.
Tiba di bahagian editor pula puan Zuriati Isa pun merasakan diganggu, dia mengadu kepada saya yang seolah-olah bagai ada yang memerhati kerjanya. Ini biasa kita dengar tetapi lain pula ceritanya pabila kerja2nya hampir keperingkat siap! segala bahan dan file-file buku tersebut hilang..!! Padahal baru lepas save.. Jenuh puan Zuriati mencari apa salahnya.. perkkkkk!! ujian katanya dan dapat merasakan ini mmg gangguan mereka.. nasiblah di pejabat back-up file ada.. syukur.
Sekali lagi mereka mengganggu.. ini di pejabat pula.. Semua kerja-kerja akhir dah hampir sampai ke penamatnya sekali lagi berlaku kepada puan Zuriati yang mana PC dia pula hangit dan terbakar.. Adakah ini satu kebetulan? Kami ikutkan sahaja dan mula rasa ada yang tak kena dan seram sejuk dibuatnya.. tetapi kami kuatkan iman kerana mereka makhluk tuhan juga.. Saya mula ambil tiddakan call Us. Abd. Majid menceritakan segalanya.. dengan mudahnya ia menjawab.. "anta baca-bacalah apa yang patut" emm.. ok.. Saya mula sedapkan hati yang mana, mungkin mereka makhluk ini minat dengan buku yang bakal terbit ini atau adakah buku ini akan meletop! hehe.. mudah-mudahan kita doakan amin.. :)
Tiba saat untuk print pula sebagai panduan untuk pencetak di kilang.. emm printer kami rosak dan jem, emm biar benar.. begitulah juga berlaku kepada designer kami Fadli Halim bila file thumb drive nya corop.. Bagaikan tidak pecaya.. ingatkan ia habis di pejabat kami jee peristiwa ni.. dan kami semua berseloroh sambil mengatakan "tah-tah kat kilang pun ada problem" emm benar sekali bila En. Fadilllah call saya meminta saya file baru isi kandungan buku tersebut mengatakan "zal napa ek ana dah nak print, setting dia pula lari-lari, padahal dah berkali ana save.." ayookkk emm saboor jelah inilah dugaan-dugaan menerbitkan buku ini.. Sampaikan Us. Majid menanti terbitnya buku ini tidak kunjung tiba... Saya mengadu kepadanya lagi sekali dia kata "semoga Allah permudahkan urusan kita" Yelah saya iakan doanya..
Bagi saya moralnya.. Musuh-musuh kita ini tidak akan duduk diam untuk mengganggu kita, yang penting kita selaku hamba Allah tetapkan iman teruskan perjuangan tanpa rasa kalah dan mereka pasti akan menyerah! Yakinlah Allah itu membantu kita bila kita membantu agamanya..
-sekian
Begitulah catitan dalam blog sdra Faizal dari Hijaz Record yang boleh dilayari di http://www.lamanpenerbithrp.blogspot.com/.
Saya menjangka buku dapat diselesaikan pada awal Mac dan pihak Hijaz sendiri telah mengiklankan di akhbar-akhbar berkenaan buku ini. Saya baru sahaja menghubungi Sdra Faizal dan beliau memberi tarikh terbaru iaitu minggu depan.
Oleh yang demikian saya berharap semua yang telah menempah secara on-line dapatlah bersabar dan saya akan menghantar secepat mungkin, jika tidak wang akan dikembalikan.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
1 comment:
Salam.
Buku penuh dengan senjata dan teknik perang. Sudah tentulah musuh akan bersungguh-sungguh menghalang. Apapun, yang benar tentu akan menang akhirnya. Tahniah untuk semua yang bersungguh-sungguh di dalam penerbitan buku ini.
Post a Comment