Dalam buku "Dialog dengan jin - diari seorang perawat ada memetik hadis berikut:
Daripada Aisyah r.a katanya, seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama 'Lubaid bin Al-A'sam telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga baginda Rasulullah khayal seakan-akan baginda sedang berbuat sesuatu yang baginda sebenarnya baginda tidak melakukannya. Sehinggalah pada suatu hari atau pada suatu malam dan baginda bersamaku tetapi baginda (asyik) berdoa dan terus berdoa, kemudian baginda bersabda,
"Wahai Aisyah, adakah anda tahu bahawasanya Allah telah memberitahuku tentang perkara yang telah aku pohon keterangan daripadaNya?
Telah datang kepadaku dua orang lelaki, seorang duduk di sisi kepala dan seorang lagi di sisi kakiku. Seorang bertanya kepada rakannya, " Apakah penyakit lelaki ini?. Jawabnya "la disihir." Tanyanya lagi, "Siapa yang telah menyihirnya.? "Jawabnya." Lubaid bin Al A'sam." Tanya,"Pada benda apa,? "Pada rambut dan janggut yang gugur ketika disikat dan selaput mayang kurma jantan. "Ditanya lagi di mana ia? "Jawabnya di perigi Zirwan."
Maka Rasulullah bersama-sama dengan sekelompok para sahabat baginda pergi ke perigi tersebut.kemudian baginda pulang lalu bersabda." Wahai Aisyah, airnya seolah-olah seperti air inai, kepala-kepala kurmanya seperti kepala-kepala syaitan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Persoalan utama yang bermain dikepala kita eh tak mungkin Rasul SAW yang maksum juga akan terkena? Bukankah RasuluLLAH sentiasa di bawah perlindungan ALLAH. Layakkah seorang Nabi disihir dan bagaimana risalah nubuwahnya?
Perkara pertama yang perlu kita ambil pengajaran dari hadis ini ialah teknik menyihir dan kesannya kepada RasuluLLAH SAW.
Penyihir seorang yahudi telah mencuri sikat rambut RasuluLLAH SAW yang ada padanya rambut baginda. Rambut ini dimasukan ke dalam perigi buta dengan niat supaya barang sihir tidak dapat dijumpai.
Tentunya rambut Nabi SAW telah dipuja sehingga mendatangkan jin lalu aktiviti penyihiran berlaku.
Kaedah inilah yang masih digunakan oleh tukang-tukang sihir. Anda perlu berhati-hati dengan pakaian, rambut dsb yang boleh dihidu oleh jin. Difahamkan bahawa apabila barang ini dimiliki oleh tukan sihir, jin boleh menghidu mangsa sihir dengan kekuatan deria 99% lebih peka dari deria anjing.
Apakah jenis sihir yang dikenakan kepada baginda?
Menurut Sheikh Majdi Muhammad Asy-Syahawi bahawa kebanyakan ulamak mengatakan bahawa jenis sihir yang dikenakan adalah sihir "marbut" iaitu Nabi SAW seolah-olah telah mendatangi isteri baginda padahal baginda tidak berbuat demikian. Sihir marbut ini menyekat kemampuan baginda SAW melakukan persetubuhan dengan isteri baginda.
Adakah sihir ini mencacatkan risalah yang dibawa baginda SAW?
Bagi menjawab persoalan ini, suka dinyatakan bahawa: sihir yang menimpa diri nabi SAW hanyalah mengenai jasad dan anggota lahir baginda sahaja, bukan melibatkan akal, hati dab juga iktikad.
Baginda mengahadapi kesan sihir ini, sebagaimana baginda menghadapi kesan-kesan penyakit yang lain seperti demam panas, kesejukan dsb sama sepertimana sakit yang menimpa manusia-manusia lain.
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa kemaksuman RasuluLLAH tidak memastikan baginda selamat dari berbagai penyakit yang menimpa manusia biasa. Baginda berdarah bila dibaling oleh penduduk Thaif, patah gigi semasa peperangan uhud dan demam sebelum sebelum wafat. Semua ini tidak mencacatkan kenabiannya, begitulah juga kesan serangan sihir.
Selain dari itu hadis ini menjelaskan teknik melawan sihir.
Salah satu kaedah yang paling terbaik dalam menghadapi serangan sihir ialah dengan sentiasa dalam keadaan zikiruLLAH. Nabi SAW sebagai wataknya sebagai pembimbing ummah di saat berdepan dengan sihir sentiasa solat malam memohon bantuan petunjuk dan penyembuhan dari ALLAH.
Tidak hairan apabila ada pesakit saya yang menggunakan kaedah ini berjaya mengesan barang dan lokasi sihir diletakan.
Hadis ini juga menjelaskan bahawa tidak ada seorangpun boleh mendabik dada mengatakan dia kebal dari sihir, kerana sihir adalah penyakit yang merupakan ujian keimanan kepada ALLAH. Kisah nabi ALLAH Ayub as cukup menyedarkan kita tentang hakikat ini. Apa yang utama adalah berusaha membenteng diri dari terkena sihir dan jika terkena bagaimana merawat untuk mendapat kesembuhan.
Dalam hadis lain menceritakan: RasuluLLAH SAW menghantar sahabat baginda iaitu Ali Az-Zubair dan Ammar bin Yasir ke perigi berkenaan. Sahabat2 baginda mengeringkan telaga berkenaan yang airnya berwarna merah darah. Seterusnya mengeluarkan mayang kurma yang ditenggelamkan dengan meletak batu di atas mayang berkenaan.
Pada mayang tersebut terdapat satu tali yang disimpulkan dengan 12 simpulan yang dicucuk dengan jarum. Lantas ALLAH menurunkan Al-Muawwizatain (Al-Falaq dan An-Nas). setiap kali RasuluLLAH SAW membaca satu ayat maka terungkai satu simpulan dan baginda berasa begitu lapang dan ringan. Apabila simpulan terakhir terungkai, baginda bangun seolah-olah baru bebas dari ikatan.
wALLAHu'alam
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment