Cacatan 1:Pesakit hilang ingatan, dia telah berjalan dari tempat kerjanya dan ditemui di HKL. Dia tidak mengenali sesiapapun kecuali suaminya, itupun setakad "abang", nama semua tak ingat.
Bila masuk ke bilik rawatan dia memarahi saya "jumpa orang tua ni lagi, tak seri-seri nak kacau anak aku" itulah lontaran pertama yang saya dapat dari wanita ini.
Saya tidurkan dia dan lakukan TKR.
Ditubuhnya dia melihat satu patung dan dua pasang mata merah. Saya suruh dia baling mata merah terlebih dahulu. Mulanya dia agak ketakutan, tetapi akhirnya melakukan dan simata merah tiada lagi. Patung di bahagian kepala saya suruh dibuang ke laut.
Pesakit sedar dan mengenali suami dan emak saudara yang menemaninya. AlhamduliLLAH.
Catitan 2:Pesakit datang dari jauh, Terengganu... tentunya selepas menonton expose mistik. Sudah gelisah sepanjang perjalanan dan pengsan bila sampai ke bilik rawatan.
Almaklumlah ramai yang ikut serta kerana ingin membantu. Saya tanya kenapa mesti datang ramai-ramai? Mereka menceritakan pengalaman rawatan sebelumnya bahawa wanita ini aggresif, setakad 4 orang dia boleh angkat!
Saya tidurkan terlebih dahulu... setelah tenang wanita itu terjaga sendiri. Saya terangkan TKR dan rawatan dijalankan.
Semasa TKR saya diganggu oleh jin ditubuhnya... saya tanya adakah dia diikat? dia mengangguk dan mulutnya seakan dikunci... saya buka ikatan dan beritahu dia bahawa saya mahu membantu dia untuk keluar dari perhambaan... jin ini menangis. Saya ambil kunci yang disimpan di Siam dan membuangnya ke laut. Kemudian dia melafazkan kalimah tauhid lalu memeluk Islam... subhanALLAH
Saya pinjam matanya untuk TKR... proses pembersihan barang sihir dilakukan dan akhirnya dia saya hantar ke SM dgn izin ALLAH
Wanita sedar dan mukanya tyang pucat bertukar menjadi merah... alhamduliLLAH
Catitan 3:Ini kes berat dan sukar untuk saya terima sebagai hakikat. Seoarang muslimah datang berjumpa saya beberapa hari selepas Mesyuarat Agong Kawasannya. Dia batuk dan sakit kepala.
TKR menemui OKS yang juga ahli muslimah... berjubah dan lain-lain keterampilan bertaraf ustazah. Suaminya juga terlibat... waduh saya berhenti di sini...
Saya harap ianya dusta... cuma berhatilah wahai muslimah jangan ambil mudah, tidak semua yang kelihatan alim wa abid itu adalah hakikat... amaran saya kepada para pemuka2, taubatlah selagi pintu taubat belum tertutup. Kita serahkan urusan ini kepada ALLAH.... astagfiruLLAH
2 comments:
salam ust, dlm catitan 1 & 2, adakah ust tidurkan pesakit atau tidurkan jin dlm pesakit? Adakah kaedah utk kedua2nya sama iaitu baca fatihah,selawat tafjirriyah & tiup diubun spt dlm buku?
salam ustz...sy mencadangkan ustz majid buat satu lagi laman akrine dalam bahasa english atau buat translation je bgi web akrine yang sedia ada. Jadi ilmu InsyaAllah dapat disebarkan bukan shj kat dlm Malaysia malah di seluruh Dunia. Dengan cara ini kita dpt menyakinkan orang-orang bukan Islam di luar sana dan sedikit sebanyak dapat mendedahkan kepada mereka tentang ilmu perubatan Islam.....
Post a Comment