Saya diberitahu Astro Prima baru2 ini berulang-kali mengulang-tayang rakaman Expose Mistik rawatan di AKRINE, malangnya saya tak berpeluang menonton sebab hal-hal yang tak dapat dielakan.
Maka talian telefon berdering tanpa henti untuk mendapatkan rawatan. Pembantu peribadi saya tak dapat lagi melayan panggilan telefon, semua panggilan dijawab secara sms "jika perlukan rwtn sila sms nama, dari mana bla, bla, bla.... biasalah ada yang merayu minta segera dirawat, ada yang dah pengsan, ada yang tersekat kat bilik air dan bermacam lagi... seperti biasa rawatan mengikut jadual, susah untuk memuaskan hati semua orang.
Ada juga yang menelefon jam 12.00 malam ke atas, saya mohon maaf kerana biasanya saya akan offkan talian selepas jam 12.00 secara silent mood.
Saya teringat kali pertama Expose Mistik menyiarkan rakaman rawatan saya, seorang datang ke pusat rawatan saya dan menjalani rawatan. Saya sudah tentu tak ingat siapa pesakit berkenaan.
Malangnya kami menerima sms "rupanya anda berlakon saja dalam expose mistik, saya tidak bercakap pun seperti ditayangkan". PA saya menjawab "kami hanya merawat, kesembuhan milik ALLAH". Sms seterusnya mencerca kami dengan pelbagai kata-kata kesat...
Apabila Expose Mistik menyiarkan semula maka makin popularlah AKRINE dan makin ramai yang mahu dirawat disini. Ada yang degil terus menyerbu pusat rawatan dan secara penuh hikmah kami memohon maaf tidak dapat merawat... Bagi saya sistem kena ikut kalau tidak cable kroni dll akan merosakan imej AKRINE
Ramai pesakit yang minta segera dirawat saya serahkan kepada perawat-perawat Akrine terdekat atau mana-mana pusat rawatan lain.
Apa yang saya gusar + trauma + phobia adalah pesakit meletakan harapan yang terlalu tinggi sedangkan saya sedar siapalah saya. Semuga ALLAH mempermudah perjalanan hidup serta menabahkan hati semua perawat. Amin!
1 comment:
Salam...
Saya sndiri dh tonton tayangan episod expose mistik ustaz tu 2 kali. Blog ni sy jumpa pun dari situ la. Hehe
Trs trg ckp, sy baru sdr psl adanya kaedah rawatan Islam mcm ni pn lps masuk blog ni. Sblm ni sy xtau pn ada cabang/kaedah khusus dlm rwtn Islam mcm ni. Mcm yg ustaz cakap, hak mutlak yg menyembuhkan adalah milik Allah s.w.t.
Semoga AKRINE trs maju. Amin :)
Post a Comment