Pesakit ini mula menggigil-gigil sambil memejamkan mata, padahal saya baru aje mula membacakan beberapa patah doa-doa. Ayat pertama muncul dari mulut pesakit adalah "aku sayang dia". Saya mula mengagak yang ini mungkin jin asyik.
Jin ini (Jin A) telah didakwahkan dan setuju untuk
masuk Islam. Malangnya tiba-tiba beliau tidak dapat berkata-kata. Rupa-rupanya beliau telah dijerut dengan tali pada lehernya. Saya segera melepaskan ikatan itu dan beliau bersyahadah lalu dihantar ke SM. Tanggapan saya berubah, ini mungkin jin sihir.
Bila saya mula membacakan ruqyah, pesakit kembali menggigil. Ketua (Jin B) kepada kumpulan jin-jin dalam badan pesakit mula berdialog dengan saya. Beliau didakwahkan dan akhirnya setuju masuk Islam bersama-sama pengikutnya yang lain. Kumpulan ini masuk secara berjemaah ke dalam botol melalui kaki kiri dan kanan.
Sebelum Jin B masuk botol, beliau memaklumkan kepada saya bahawa ada 5 jin duduk di bahagian perut telah belot dan tidak akan mengikuti beliau ke SM. Dengan info yang diberikan oleh Jin B barulah saya tahu yang Jin A juga adalah jin yang belot dan ada sifat belas ehsan kepada pesakit. Jadi berkemungkinan beliau (Jin A) telah dijerut oleh ketuanya atau geng-geng yang lain bagi menggagalkan cubaan beliau untuk masuk Islam.
Salah satu dari 5 jin yang belot mula berdialog dengan suara yang agak keras. Beliau (Jin C) merupakan ketua dan menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan Jin B. Setelah didakwahkan beliau bersetuju untuk masuk Islam tetapi tidak mahu dihantar ke tempat yang sama seperti Jin B. Beliau bersetuju dengan cadangan saya supaya beliau dan pengikutnya dihantar ke Serambi Al-Quds.
Jin C kemudiannya mengarahkan anak-anak buahnya bergerak masuk botol dan beliau yang terakhir. Sebelum masuk botol saya sempat bertanyakan tentang keadaan rumah pesakit dan barang sihir. Jin C memberitahu rupa bentuk barang sihir serta lokasinya. Jin C juga memberitahu tentang adanya jin-jin yang berkawal di depan rumah pesakit.
Saya: "Boleh tak kamu ajak rakan-rakan kamu tu (jin-jin yang berkawal depan rumah) masuk Islam dan bersama-sama kamu ke Serambi Al-Quds?"
Jin C: "Tak de masalah, boleh."
Saya: "Macamana caranya."
Jin C: "Masukkan aje saya dalam botol, nanti saya uruskan."
Saya: "Oklah. Saya bagi kamu masa 15 minit sebelum saya hantar kamu semua ke Serambi Al-Quds."
Setelah Jin C masuk botol, pesakit kemudiannya sedar dari kerasukan. Masa menunjukkan jam 3.47pm. Dalam hati saya berkata, "15 minit lama lagi..."
Semasa memberi penerangan kepada pesakit serta suaminya, telefon saya berbunyi. Rupanya seorang pesakit lain ingin membuat temujanji rawatan. Semasa leka berbual di telefon, tiba-tiba lutut saya diketuk 3 kali. Saya segera perhatikan jam. Dah jam 4.02pm.
Saya: "Alamak, lupa la."
Suami Pesakit: "Lupa apa ustaz?"
Saya: "Ni ha."(Sambil menunding jari pada botol yang ditinggalkan di tepi dinding)
Suami Pesakit: (Tersenyum)
Rupanya ketukan itu merupakan peringatan kepada saya tentang janji 15 minit yang dinyatakan kepada mereka. Siapa yang mengetuk...Wallahua'lam.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
1 comment:
Misteri betul kisah ni. Tu suami dia tersenyum utz. Tp kalau suami yg tak boleh terima mcmana kita nak menanganinya?
Post a Comment