Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Sunday, April 5, 2009

Ilmu Isim

Saya ditanya oleh seorang pesakit saya tentang zikir yang diajar, kononnya untuk dilihat gagah dan sentiasa dalam keadaan tenang. Dia mengatakan memetik dari sekumpulan yang menamakan "mindpower .....".

Saya tanya apa praktis yang perlu diamalkan, ada pelbagai termasuk teknik tarik nafas, teknik memanggil cahaya, konsep cakra dsb. Akhirnya saya tanya kenapa anda berzikir... secara jujur dia katakan dia mahu dilihat gagah dan tenang.

Elok rasanya kita perhatikan petikan berikut:

SOALAN: Saya ada mempelajari ilmu isim. Ia menyeru nama syeikh-syeikh tertentu yang digabungkan dengan ayat-ayat al-Quran. Setelah diamalkan memang ada sesuatu yang menggerakkan badan, menyebabkan saya boleh bersilat dan sebagainya. Saya juga boleh mengubati orang sakit.

Ilmu ini mengandungi pantang-pantang tertentu yang tidak boleh dilanggar. Ada kawan yang melanggar pantang dan menjadi gila. Saya juga ada melanggar, tetapi tidak ada apa-apa terjadi. Saya menjadi celaru dan begitu bimbang dengan amalan ini. - SALLEH NOR, Negeri Sembilan.

Jawapan: Islam menyuruh umatnya agar sentiasa mengingati Allah dalam keadaan apa keadaan sekalipun. Ketika berdiri, duduk dan sebagainya. Di antara tanda-tanda kebahagiaan ialah apabila seseorang itu berupaya mengingati Allah ketika dalam keadaan senang, juga dalam keadaan susah. Kerana itulah zikir itu dianggap penting dalam usaha mengingati Allah s.w.t .

Atas keyakinan dan ajaran seumpama inilah maka masyarakat Melayu pada umumnya menganggap bahawa sesuatu amalan yang terangkum dalamnya zikir sama ada yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan sebagainya adalah amalan yang baik. Keyakinan seumpama ini dipergunakan atau diperalatkan oleh iblis dan syaitan yang jelas tidak dapat dilihat mata, ataupun oleh manusia yang bersifat jahat seperti iblis dan syaitan untuk menipu manusia, iaitu dengan cara menggunakan kalimah-kalimah yang mengandungi nama-nama Allah, nama-nama rasul atau nabi, nama-nama malaikat, ataupun nama-nama pahlawan Islam terbilang dalam usaha atau amalan yang menyesatkan.

Pada hakikatnya, zikir-zikir yang tersebut dalam amalan kebatinan termasuk ilmu isim seperti yang saudara pelajari tidak membuktikan atau memastikan bahawa amalan yang dilakukan itu benar tidak menyalahi ajaran Islam. Hal seumpama inilah ada kalanya melahirkan kekeliruan mereka yang mengamalkan, juga mereka yang cuba membanteras amalan ajaran sesat.

Dalam masa yang sama, tidak semua mereka yang menurunkan atau memberi ijazah amalan kebatinan tersebut, yang terdiri daripada guru-guru itu sendiri menyedari bahawa amalan yang diperturunkan itu melibatkan makhluk-makhluk halus, yang terdiri daripada jin-jin.

Terdapat pelbagai nama yang diberi, kaedah-kaedah pembelajaran yang dilalui yang melibatkan ilmu kebatinan, tetapi hakikat amalannya adalah sama.

Seorang pemuda yang saya temui telah menerima ijazah ilmu kebatinan mempertahankan diri daripada sepupunya yang berasal dari tanah seberang.

Setelah diijazahkan, dia diminta membaca syahadah seberapa banyak mungkin. Tidak lama selepas itu, iaitu dalam masa lebih kurang empat atau lima minit, ia merasakan tangannya bergerak ke hadapan dengan sendiri. Rasa denyutan berlaku di hujung-hujung jari, lalu ia dengan sendirinya mendepa ke kanan dan mengangkatnya ke atas. Begitu juga yang dialaminya pada kakinya, menyebabkannya menjadi kaku menegak.

Ketika mula beramal, gurunya berpesan agar menurut apa yang berlaku pada dirinya. Dia hendaklah membisikkannya dalam hati agar menurut sahaja apa yang terjadi, jangan gunakan akal. Ketika menghadapi masalah ataupun didatangi oleh seseorang yang sakit, jari-jari tangan kanannya akan tergenggam sendiri.

Seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur yang mempelajari satu jenis silat ketika di kampung telah disuruh membaca al-Fatihah dan selawat oleh gurunya. Setelah belakangnya ditepuk, yang disertakan dengan bacaan-bacaan yang tidak kedengaran jelas olehnya, ia merasakan kaki dan tangannya bergerak dengan sendiri, seolah-olah ada satu tenaga luar masuk bergerak perlahan mengalir dalam anggota menyebabkan berlakunya demikian.

Pesan daripada gurunya ialah supaya membiarkan segala pergerakan yang berlaku dalam tubuh, jangan ditahan.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini setelah mempelajari ilmu tadi ialah berlakunya pergerakan yang terus-menerus terjadi pada tangannya biarpun ketika sedang tidur. Ia merasakan seolah-olah bangun dan bersilat tanpa berhenti. Ketika membuka mata, ia mendapati badannya tidak bergerak, hanya perasaannya sahaja yang mengalami pergerakan tadi.

Tidak lama selepas itu ia mengalami mimpi-mimpi ngeri, mimpi dikejar oleh makhluk-makhluk yang menakutkan, menyebabkannya terasa gementar. Terasa seolah-olah nyawa sentiasa dalam bahaya. Di waktu siang ia terasa mengantuk dan terpaksa tidur antara tiga hingga empat jam tetapi badannya tetap letih.

Satu perkara yang paling membimbangkan ialah kesukaran hendak tidur malam. Kerana itu badannya sentiasa terasa letih, mengantuk dalam kuliah, menyebabkannya tertidur, dan tidak terjaga kecuali setelah habis kuliah. Ia juga sering menguap ketika bermain bola sepak dengan kawan-kawan di padang.

Pelajar ini merasa hairan bagaimana peristiwa buruk yang sama sekali tidak disangka boleh terjadi, pada hal zikir-zikir yang diamalkan dirasakan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, yang terdiri daripada syahadah, subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.

Punca penyakit ataupun masalah yang dihadapi olehnya sukar dipastikan. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang ia mengalami gangguan fizikal, kerana doktor-doktor pakar mengesahkan yang dia tidak menghadapi apa-apa masalah. Mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional memberi pendapat yang berlainan, ada yang menyatakan kerana gangguan saka, kena santau dan sebagainya.

Seorang pemuda yang tinggal di Keramat mengakui mengamalkan satu jenis zikir tertentu. Semenjak mengamalkan ilmu yang telah diijazahkan itu, beliau mengalami kesukaran yang teruk untuk mendirikan sembahyang. Beliau bukan sahaja merasa sukar untuk melafazkan kalimah ``Allahu Akbar'' tetapi juga sukar untuk membaca al-Fatihah, juga lain-lain bacaan. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang menekan hatinya manakala lidah terasa keras untuk melafazkannya.

Dalam hatinya sentiasa wujud bisikan-bisikan yang membimbangkan sama ada ketika sembahyang atau di luar sembahyang. Sejak berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut, beliau semakin jauh daripada masjid, kecuali untuk sembahyang Jumaat, tetapi ia tidak berdaya mendirikan sembahyang sunat. Ibadat-ibadat lain, seperti membaca al-Quran dan zikir terus ditinggalkan.

Pemuda ini menyatakan amalan yang pernah diamalkan terdiri daripada zikir-zikir dan amalan seperti istighfar, dua kalimah syahadah, selawat, al-Fatihah kepada Nabi s.a.w, ibu bapa, semua wali Allah, rijalul ghaib, syeikh-syeikh, guru-guru juga kaum muslimin dan muslimat.

Ketika beramal pelajar perlu bertafakur. Ingat dalam hati dan mengaku dosa yang dilakukan (ikrar), takut kepada Allah akan azab-Nya (khauf), mengharap rahmat-Nya di dunia dan akhirat (raja') dan mengetahui ilmu Allah terlalu luas (ilm). Banyak lagi bacaan yang perlu diamalkan. Akhir sekali baru memberi salam dengan memalingkan muka ke kanan dan ke kiri dan berdoa dengan apa-apa doa yang disukai, yang diakhiri dengan bacaan al-Fatihah sekali dan diakhiri dengan doa Fatihah sebagai penutup doa.

Niat seseorang itu mempelajari ilmu seperti ini mungkin benar untuk menghampirkan diri kepada Allah atau menuntut ilmu kebatinan, yang termasuk dalamnya ilmu isim iaitu untuk rawatan, mempertahankan diri dan sebagainya, manakala bacaan iaitu wirid-wirid yang diamalkan itu benar tidak salah dan tidak menyeleweng, tetapi apabila amalan seperti ini digabungkan dalamnya dengan penglibatan makhluk-makhluk halus, akhirnya berlakulah pelbagai masalah yang di luar dugaan.

Tidak mudah akal berfikir bagaimana orang yang tidak pernah mempelajari ilmu persilatan, boleh bersilat hebat, menumbuk kanan kiri, lompat sana sini hanya dengan berzikir dan ``ijazah'' daripada guru semata-mata, pada hal pada masa yang lain, sekiranya ``objek'' luaran itu tidak meresap dalam badan, orang yang berkenaan langsung tidak boleh bersilat, juga tidak boleh melakukan rawatan.

Allah s.w.t menjelaskan seperti yang tersebut jelas dalam ayat-ayat al-Quran bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Allah menyuruh setiap orang itu menjauhinya.

Orang yang mengamalkan amalan seperti yang dijelaskan hakikatnya telah memanggil, membiarkan makhluk ini masuk meresap dalam tubuhnya. Makhluk ini sentiasa menunggu manusia memanggil dan memujanya agar manusia itu sesat. Apabila ini berlaku, dipanggil tanpa disedari supaya meresap dalam tubuh, makhluk ini akan menjadi mudah masuk meresap dalam tubuh manusia.

Sasaran utama makhluk ini ialah pada otak mukh, dan apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan kehilangan fungsi normal otak yang boleh menyebabkan apa yang dikenali sebagai ``gila isim'' oleh masyarakat Melayu. Apabila ia mengganggu hati, seseorang itu akan merasa bimbang, risau, waswas, rasa terlalu gembira dan murung silih berganti tanpa sebab yang jelas.

Mengenai resapan makhluk-makhluk halus dalam tubuh manusia, Rasulullah s.a.w. ada bersabda seperti yang tersebut dalam sebuah hadis daripada Safiyyah binti Huyai r.a. yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu boleh berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.

5 comments:

Ahmad said...

Salaam Ustaz,

Kalau astral ni macamana ya, adakah dalam kaedah yg Ustaz gunakan ada menggunakan astral atau meraga sukma.

Apa pandangan Ustaz?

Anonymous said...

SALAM AHMAD...
SETAHU SAYA TEKNIK USTAZ MAJID TIADA ASTRAL ATAU MERAGA SUKMA..ITU SEMUA ILMU KEBATINAN. KAMI BERGANTUNG HARAP SEPENUHNYA ATAS PERTOLONGAN ALLAH. JAUHKAN DIRI ANDA DR SEBRG ILMU KEBATINAN YG X JELAS

Anonymous said...

Bismillahirrohmaanirrohim...Allahumma sollia'la saidina Muhammad waa'la ali saidina Muhammad... Assalamualaikum ustaz.. sebenarnya saya sudah lama nak bertanyakan soalan kepada orang yang berilmu tentang apa yang sedang saya hadapi sekarang...akhirnya saya jumpa blog ustaz bila saya search kat internet.. saya baru berumur 21 tahun, dan sekarang belajar di institut pengajian tinggi.. perkara ini berlaku pada tahun lepas apabila saya balik kampung... dalam perjalanan balik tiba2 saya menangis bila melihat alam Allah..and than selepas dr kejadian itu berlakulah perkara2 pelik dalam diri saya.. 1st, semasa sy makan digerai, tiba2 kepala saya pening macam nak pecah and than bila sya buka mata, sy dapat melihat makhluk2 Allah yang ghaib. seminggu sy demam.. 2nd ada waktu ketika ada hamba Allah telah dirasuk, tiba2 niat hati sy kuat nak membantu tetapi saya xtau cammana.. hinggakan orang yang dirasuk 2 asyik memandang2 muka saya.. sy jadi serba salah nak tolong ke tidak... sy bukan nya ada ilmu nak pulih2 ni..bomoh yang sedang pulihkan hamba Allah itu pun dah jadi kelam kabut, kemudian bomoh tu suruh saya pulih. sy menolak, tetapi orng ramai yang ade kat situ suruh sy jugak...tergerak hati sy membaca ayat kursi n than hamba Allah itu pun pulih... sya terus keluar, balik rumah dan saya menggigil..fikiran sy bercelaru ustaz... kadang2 ustaz.. bila sy ride motor sorang2 ade orang bagi salam lah, ade orang panggil nama sy lah... sy jadi takut... dan sejak dr itu juga sy rasa cam kena libas, kena tikam,.. sakitnya sampai sy demam...n than satu hari, kawan sy perkenal kan sy ngan slah sorang anak buah ustaz Harun Din(Nasyabandi) tapi dia kata sy xde apa2,die kate itu hanya ujian Allah.. sy pon redholah. bile sy cerita kat datuk sy.. die kate saka nak turun lah, apelah, bersiap sedialah. sy lg confius ustz. sy xpuas hati ngan jawapan yang semua orang berikan kat sy.. sy rs mcm xtepat. ada lg ustaz.. stu hari sy balik dr kampus, terus nk tidur tiba2 sy dgar ade orang panggil nama sy dan dia ckp bangun jgn tidur, kamu belum solat asar lg.. on the spot sy bangun, brwudhuk n solat.. semasa mengangkat takbiratulihram tiba2 sy rs, sy sebagai makmum kepada seorang hamba Allah yang sy x kenali..sy rasa mcam kat alam lain sy gosok2 mata pon sy kat situ.. sy pon terus solat tp sy niat "adaan" je. sampai salam yang pertama barulah sy rs mcm kat dunia nyata...solat itulah yang paling terasa kemanisannya dr solat2 lain yang sy lakukan..hampir setahun sy hadapi perkara aneh nie...sy xtau apa dah jd kat sy..tp skrng sy mcam dah boleh kawal sket, mungkin dah jadi biasa kot. boleh x ustaz ulas sket
apa yang dah terjadi kat sy..menghilangkan kekeliruan yang ada dalam hati dan fikiran saya...

mengapa sy bolh nampak alam ghaib secara tiba2 boleh pulihkan orang kena rasuk,boleh mendengar apa yang orang lain xleh dgr, sy bukannya pergi menuntut, sy bukannya budak baik, nakal jugak macam budak2 lain, mungkin lg teruk kot. sebabnya sejak dr itu barulah sy nak bersolat , sebelum ni culas.. kalau pun Allah nak beri sesuatu kat sy.. siapalah sy ustaz.. banyak buat dosa kat Allah,.. banyak lg orang baik dan alim yang boleh dapat bende nie bukan nya sy.. and skrang yang paling pelik ustz.. dah seminggu saya xleh makan nasi, mkan nasi kuar nasi badan jadi lemah, nak solat pun dah jd malas...orang yang selalu tgur sy pun dah xde.. tp saya still boleh nampak yg ghaib, perkara nie terjadi bila tiba2 sya disergah oleh hantu..sya terkejut beruk dan jadi lah mcam ni.. sy cuba lawan tp sy lemah ustaz.. jd mcam mn lg ustaz.. sy harap ustaz dapat bantu walaupun sikit..ulaslah apa yang ustaz nak ulas.. sy redho.. sekian Assalamualaikum..

Anonymous said...

Salam,

Saranan saya segera berjumpa perawat yg diyakini tidak melibatkan perbomohan ie jin.

shirigami86 said...
This comment has been removed by the author.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)