Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 25-26hb. Oktober 2014 di Akrine Kuang

Kursus ini akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : Pada 16-17 hb Ogos 2014 di Akrine Kuang

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih memokus kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 22 hb.Mac 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM150.00

Tuesday, March 31, 2009

Pengalaman Merawat 15 : Jin semut

Rawatan ini dilakukan di rumah pesakit pada waktu pagi.

Setelah jin-jin saka dalam badan pesakit dikeluarkan dan dihantar ke SM, pesakit tiba-tiba tersentak kerana merasakan kakinya seperti dilanggar sesuatu.

Pesakit: "Aduh, Ustaz ada sesuatu melanggar kaki kiri saya."
Saya: "Siapa ni?...(sambil menikam besi rawatan pada kaki kiri pesakit)"

Pesakit kemudian kerasukan.
Jin: "...Errm maaf...saya tak sengaja masuk..."
Saya: "Kamu dihantar ke?"
Jin: "Tak...saya tak sengaja."
Saya: "Kamu datang dari mana?"
Jin: "Bawah sinki dapur...saya jin semut."
Saya: "Kamu ada keluarga?"
Jin: (mengangkat kedua-dua tangannya sambil menggerakkan kesemua jarinya).
Saya: "Ooo, banyak..."
Jin: (mengangguk-angguk kepalanya).
Saya: "Boleh tak bagitahu sama ketua kamu supaya semua pindah ke tempat lain."
Jin: "Boleh."
Saya: "Sekarang keluarlah sendiri dari badan ni."
Jin: (Kaki kiri bergerak-gerak) "Eh...tak boleh la. Tolong la keluarkan saya."
Saya: "Ha, tu la tadi pandai sangat masuk, dah tu susah pulak nak keluar."

Saya kemudian menarik jin tersebut keluar. Pesakit kemudiannya sedar.

Pesakit menelefon saya pada waktu tengaharinya memberitahu yang semut-semut yang memang banyak bersarang di bawah sinki dapur rumahnya dah tiada. Malahan hampir semua semut-semut di rumahnya tiada. Saya cuma mampu mengucapkan "SubhanAllah..."

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Monday, March 30, 2009

Serangan dari banyak penjuru

Pesakit saya mengadu gatal kepala yang amat sangat, teknik TKRpun dilakukan. Dia dapati kepalanya penuh dengan sarang semut, saya suruh bakar. Dia meniup lantas membersihkan sarang semut berkenaan.

Seperti biasa saya minta lihat tangan saya untuk mencari OKS. Dia cekik OKS dan arahkan tunjukan barang sihir. Tukang sihir ditemui lalu dicekik sptmana OKS. Tukang sihir mengeluarkan ibu-ibu semut dan memasukan ke dalam bekas lalu ditanam oleh pesakit.

Saya beritahu dia sebenarnya saya juga gatal kepala, saya suruh dia tengok kepala saya. Pesakit memberitahu di kepala juga ada sarang semut... kemudian pembakaran dilakukan. Saya scan tuan punya... pesakit memberitahu source yang sama dgn dia. Maknanya penyihir marahkan saya dan pesakit mendapati semut saya lebih banyak dan lebih besar.... proses pengembumianpun dilakukan.

Alang-alang kembara saya minta lihat serangan kepada anak saya... saya diberitahu tok sami yang serang dgn jin gemuk pendek macam khinzir. Saya minta dia tanya kenapa serang anak saya, ternyata dia marah kerana saya merawat seorang perempuan. Kami akhirnya membersihkan ternakannya dan membebaskan 2 ekor yang melekat pada anak saya.

Kemudian pesakit mendengar suara bising dari segenap penjuru. Katanya tidak kurang dari 7 orang perawat@bomoh@tukang sihir sedang memerhatikan saya untuk melakukan serangan...

Dengar sini perawat@bomoh@tukang sihir bertaubatlah. Semoga ALLAH memberi kalian hidayah dan saya sekali-kali tidak takut kerana ALLAH adalah pelindung dan DIAlah sebaik-baik pelindung.

Sunday, March 29, 2009

Catatan Rawatan TKR

Sudah lama saya tak mencatatkan rawatan saya, bukan setakad melayan perasaan malas menaip tetapi juga memikirkan bahana2 penulisan.

Para pembaca blog tentu sudah membaca kisah gangguan2 yang terpaksa dilalui oleh Hijaz Records dalam usaha menerbitkan buku saya... sdra boleh bayangkan kalau mahu menerbitkan bukupun begitu risikonya, bagaimana pula nasib para perawat? Perawat-perawat tentulah menjadi perhatian tukang-tukang sihir, jin/syaitan yang mencari ruang menewaskan perawat dan begitu juga perawat2 yang dengki...

Adakalanya perawat terpaksa merahsiakan derita yang dihadapi demi mengelakan musuh2nya meraya dan meraikan derita siperawat. Saya mendapat tahu beberapa perawat yang mengadu sakit pinggang, isteri cemburu dsb. Lantas terpaksa susun strategi pelan B dengan mengurangkan rawatan.

Apakah perawat perlu mengundur diri apabila diserang? Seorang perawat adalah orang yang mengetahui serangan dan tahu teknik membenteng diri.

Bagi saya samada mahu ataupun tidak, samada anda perawat ataupun bukan serangan tetap dijalankan oleh musuh-musuh yang memperalatkan jin.

Begitu juga jin akan mendendami anda jika salah teknik rawatan anda. Kerana itulah saya lebih suka perawat bersifat diplomasi serta menggunakan teknik dakwah/tanzir dalam rawatan. Jangan asyik ruqyah kerana ruqyah menyakitkan jin. Bila anda ruqyah mestilah atas niat memberi pengajaran bukan sebagai perawat "samseng". Jangan gunakan teknik belasah dari awal hingga akhir rawatan kerana anda mengundang dendam. Jangan kurung jin secara alin telur, alin limau atau masuk botol, kerana ini mengISAkan jin dan jika jin ini berjaya membebaskan diri anda akan didendami dari setiap penjuru. Jangan asyik sembelih sebelum anda memberikan amaran.

Kaedah ini juga saya minta kepada pesakit yang terkena sihir, apabila anda ditanya oleh OKS adakah anda sihat, anda mestilah mengatakan "tidaklah sihat sangat". Jangan sekali-kali anda declare sudah sembuh sepenuhnya... ini mungkin mengundang OKS meningkatkan bayarannya kepada situkang sihir.

Kita juga agak tersentuh melihat nasib para perawat yang bersusah payah menunaikan permintaan keluarga pesakit pergi merawat hingga menelan ratusan ringgit tetapi akhirnya diupah seringgit-dua dan lebih dahsyat dari itu bila dikatakan perawat berkenaan mata duitan. Itulah tribulasi merawat.

Bagi saya perawat amatlah perlu berhati2 kerana anda sedang diuji oleh ALLAH untuk menilai keikhlasan anda, sepatutnya isu sebegini tidak disibar-luaskan kerana masyarakat tentu berkata sebaliknya. Anggaplah ia sebagai ujian dan ambillah pengajaran.

Saya tak mahu pesakit atau keluarganya mengambil mudah tentang rawatan. Bagi saya pesakit mestilah berjumpa perawat, bukan perawat yang terkejar-kejar menolong pesakit, kecualilah kes2 tertentu. Saya letakan syarat kesembuhan, pesakit atau keluarganya yang mesti mencari perawat. oleh kerana itulah juga saya merawat pesakit baru pada hari bekerja... saya nak pesakit atau keluarganya datang dengan kesungguhan dan pengharapan bulat bukan sekadar mengisi masa terluang.

Berbalik tentang tajuk, catatan TKR.

Setakad ini 80% pesakit yang menjalani rawatan secara TKR berjaya mengembara dan merawat. Asalnya saya menjangkakan teknik ini hanya sesuai kepada kes sihir sahaja, tetapi ternyata ia juga boleh digunakan dalam kes saka dan lain-lain.

TKR dengan izin ALLAH dapat mengenalpasti OKS, tukang sihir dan barang sihir. Keyakinan saya adalah apabila pihak musuh menggunakan teknik advance maka ALLAH yang bersifat penyayang kepada hambaNYA akan memberi jalan keluar.

Seorang pengarah syarikat carigali minyak yang sakit seluruh badan, tak boleh tidur, menyucuk di bahagian kaki apabila dipijak dan lain-lain kepayahan telah dirawat secara TKR.

Apabila dia mengembara pada tubuhnya diantara perkara yang dicerap adalah batang besi sebesar lengan dibahagian belakangnya. Beliau biizniLLAH berjaya mengeluarkannya. Begitu juga paku-paku diseluruh badan. Teknik penggunaan besi dan paku agak sukar untuk dikeluarkan secara ruqyah kerana dia bukan "jin" yang biasa mengganggu secara teknik lama. Ia juga tak boleh dipukul kerana paku akan menusuk badan pesakit lebih dalam lagi, wALLAHu 'alam.

Apabila disuruh balik ke rumah, pengarah ini melihat "orang tua" di depan pintu dan beberapa kawasan lain. Orang tua ini ditangkap oleh pengembara dan dihantar ke SM.

Rawatan kedua secara TKR saya minta pesakit melihat tangan saya (mata masih tertutup), pesakit melihat OKS. Saya suruh pesakit memaksa OKS menunjukan barang sihir dan tukang sihir. Pesakit kemudian berada di sebuah rumah kampung dan terpaksa bertempur dengan jin-jin tukang sihir. Dia merasa seperti seorang "panglima @ gangster" bila menenyeh jin2 berkenaan akhirnya berdepan dengan tukang sihir. Saya suruh cekik tukang sihir, pesakit menyekik sambil mengarahkan tukang sihir menunjukan barang sihir.

Apabila berada di bilik simpanan pesakit pening kepala melihat banyaknya barang2 sihir yang disusun rapi, saya suruh pesakit scan dan cari yang panas. Akhirnya barang sihir ditemui dan dihapuskan.

Pesakit yang pada mulanya panas, menyucuk dsb akhirnya merasa sejuk dengan kedinginan aircond dan tiada lagi kesakitan... subhanALLAH.

Cukuplah rasanya catatan ini, harapan saya agar dapat menyebar-luaskan teknik ini kerana inilah janji saya bahawa ilmu mestilah dikongsi sama agar ia diwarisi oleh ramai orang, pesakit yang lama menderita berjaya dirawat dan perawat tidak terhad kepada satu teknik rawatan sahaja.

Tuesday, March 24, 2009

Hari Pemeriksaan Gangguan - HPG

InsyaALLAH Akrine bercadang untuk menjadikan setiap hari Ahad sebagai Hari Pemeriksaan Gangguan (HPG).

Pada HPG anda boleh datang untuk diperiksa samada terdapat gangguan yang melibatkan makhluk halus ataupun tidak. Tempoh pemeriksaan hanya 10 minit sahaja.

Jika ada gangguan, rawatan ringkas akan diberi berserta dengan panduan zikir dan mandian yang perlu dilakukan. Rawatan selanjutnya adalah 10 hari selepas pemeriksaan dan pesakit boleh menetapkan jadual pemeriksaan lanjut (appointment) berkenaan selepas program HPG selesai dijalankan.

Anda boleh diperiksa secara keluarga, walau bagaimanapun hanya 2 orang dibenarkan berada di bilik rawatan pada satu masa.

Bagi mereka yang ingin melakukan pemeriksaan, sila daftarkan nama anda dan keluarga pada buku yang disediakan.

Anda juga mestilah menghubungi 017-3646461 secara sms (sebarang panggilan telefon tidak akan dilayan)pada hari Sabtu atau Ahad untuk memastikan ada perkhidmatan HPG pada mingguan berkenaan. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika tiada perkhidmatan HPG pada hari Ahad berkenaan disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakan dan anda tidak menghubungi kami sebelum bergerak ke Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan.

Sunday, March 22, 2009

Gambar2 Kursus

Kuang 21 Mac 2009




Pulau Pinang 15 Mac 2009




Tuesday, March 17, 2009

Kursus TKR Untuk Pelatih2 AKRINE

Saya akan mengadakan kursus rawatan pada 21hb Mac ini di Akrine (Kuang) sepertimana yang diwar2kan di atas.

Kursus ini akan menjelaskan TKR selain dari teknik2 lain.

Oleh yang demikian saya membuka penyertaan kepada pelatih2 Akrine yang ingin mempelajari teknik ini.

Bagi yang berminat anda bolehlah datang pada sesi penerangan teknik ini bermula dari jam 2.30ptg hingga 5.00ptg. Maknanya tak perlulah ikuti sesi pagi yang melibatkan pelatih baru sahaja.

Kepada yang berminat sila sms nama ke 017-3646461 sebelum atau pada 19hb. Mac 2009. Bayaran seikhlas anda....

Friday, March 13, 2009

Polong....

Sementara menunggu siapnya buku... relaks sebentar menyaksikan teknik menikam polong. Di depan pesakit adalah suami pesakit berkenaan.

video

Thursday, March 12, 2009

Harap Bersabar - banyak dugaan!

Mereka mengganggu..!!!


'Tidak akan Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku' - al-ayah

Pengalaman yang menyeramkan bila menanti saat-saat terbitnya buku 'Berdialog Dengan JIN' - diari seorang perawat - diganggu kelancaran terbitannya. Ia membuatkan semua yang kami rancang tergendala dan diganggu.. Nak dikatakan kebetulan tidak mungkin kerana rintitan demi rintitan kami di ganggu..

Bermula dari puan Ct Bashah yang bahagian rekeletak dan aturhuruf dalaman buku katanya kerjanya diganggu?! Saya tak percaya bila ia mengadu kepada saya dengan mengatakan "lain kali saya tak nak buat buku JIN" aduhhh kenapaan seh!! Rupanya beliau di ganggu bila bermula kerjanya yang di buat pada tengah malam itu, alih-alih lampu rumahnya mati.. Ini petanda awal yang kami ingatkan ianya secara kebetulan sahaja.. maka puan Ct Bashah mengambil tindakan untuk tidak membuat kerjanya di waktu malam dan digantikan pada waktu siang sahaja.

Tiba di bahagian editor pula puan Zuriati Isa pun merasakan diganggu, dia mengadu kepada saya yang seolah-olah bagai ada yang memerhati kerjanya. Ini biasa kita dengar tetapi lain pula ceritanya pabila kerja2nya hampir keperingkat siap! segala bahan dan file-file buku tersebut hilang..!! Padahal baru lepas save.. Jenuh puan Zuriati mencari apa salahnya.. perkkkkk!! ujian katanya dan dapat merasakan ini mmg gangguan mereka.. nasiblah di pejabat back-up file ada.. syukur.

Sekali lagi mereka mengganggu.. ini di pejabat pula.. Semua kerja-kerja akhir dah hampir sampai ke penamatnya sekali lagi berlaku kepada puan Zuriati yang mana PC dia pula hangit dan terbakar.. Adakah ini satu kebetulan? Kami ikutkan sahaja dan mula rasa ada yang tak kena dan seram sejuk dibuatnya.. tetapi kami kuatkan iman kerana mereka makhluk tuhan juga.. Saya mula ambil tiddakan call Us. Abd. Majid menceritakan segalanya.. dengan mudahnya ia menjawab.. "anta baca-bacalah apa yang patut" emm.. ok.. Saya mula sedapkan hati yang mana, mungkin mereka makhluk ini minat dengan buku yang bakal terbit ini atau adakah buku ini akan meletop! hehe.. mudah-mudahan kita doakan amin.. :)

Tiba saat untuk print pula sebagai panduan untuk pencetak di kilang.. emm printer kami rosak dan jem, emm biar benar.. begitulah juga berlaku kepada designer kami Fadli Halim bila file thumb drive nya corop.. Bagaikan tidak pecaya.. ingatkan ia habis di pejabat kami jee peristiwa ni.. dan kami semua berseloroh sambil mengatakan "tah-tah kat kilang pun ada problem" emm benar sekali bila En. Fadilllah call saya meminta saya file baru isi kandungan buku tersebut mengatakan "zal napa ek ana dah nak print, setting dia pula lari-lari, padahal dah berkali ana save.." ayookkk emm saboor jelah inilah dugaan-dugaan menerbitkan buku ini.. Sampaikan Us. Majid menanti terbitnya buku ini tidak kunjung tiba... Saya mengadu kepadanya lagi sekali dia kata "semoga Allah permudahkan urusan kita" Yelah saya iakan doanya..

Bagi saya moralnya.. Musuh-musuh kita ini tidak akan duduk diam untuk mengganggu kita, yang penting kita selaku hamba Allah tetapkan iman teruskan perjuangan tanpa rasa kalah dan mereka pasti akan menyerah! Yakinlah Allah itu membantu kita bila kita membantu agamanya..

-sekian

Begitulah catitan dalam blog sdra Faizal dari Hijaz Record yang boleh dilayari di http://www.lamanpenerbithrp.blogspot.com/.

Saya menjangka buku dapat diselesaikan pada awal Mac dan pihak Hijaz sendiri telah mengiklankan di akhbar-akhbar berkenaan buku ini. Saya baru sahaja menghubungi Sdra Faizal dan beliau memberi tarikh terbaru iaitu minggu depan.

Oleh yang demikian saya berharap semua yang telah menempah secara on-line dapatlah bersabar dan saya akan menghantar secepat mungkin, jika tidak wang akan dikembalikan.

Saturday, March 7, 2009

Teknik Kembara dan Rawat -TKR

Saya telah mula memahami teknik kembara dan rawat (TKR) dan insyaALLAH akan berkongsi ilmu ini semasa kursus rawatan di Pulau Pinang dan Kuang.

Saya amat berterima kasih kepada rakan perawat yang perihatin kepada saya dengan menyatakan kegusaran sdra2 bahawa teknik TKR ini adalah teknik kembara roh yang dilarang oleh guru saya TGHD.

Antara rakan perawat ada yang mengingatkan tentang kenyataan saya bahawa “orang yang boleh melihat makhluk halus adalah orang yang ada jin pada tubuhnya dan selalunya dikaitkan dengan jin pendamping ataupun saka”.

Berikut saya perjelaskan modus operandi teknik TKR :

1. Pesakit memejamkan mata
2. Perawat membaca beberapa ayat al-Quran, selawat dan doa
3. Perawat menyuruh pesakit berada di kawasan yang disyaki samaada lokasi berkenaan adalah rumah, pejabat dsb
4. Pesakit melihat dengan matanya (walaupun dia menutup mata) lokasi yang dimaksudkan.
5. Perawat meminta pesakit menadahkan tangan kepada perawat, perawat membacakan ayat scanning dan menghembus tangan pesakit.
6. Pesakit berjalan sambil scanning dilokasi
7. Pesakit akan merasakan ada kawasan sejuk dan ada kawasan panas.
8. Di kawasan panas, pesakit mencari bahan sihir dan jika menjumpai akan menawarkan kawasan berkenaan atau membuang barang berkenaan.

Pada peringkat kedua, pesakit masuk ke dalam tubuhnya sendiri:

9. Pesakit diarah berada di bahagian organ tertentu pada tubuhnya
10. Pesakit akan berjumpa pelbagai perkara pada organ berkenaan seperti monyet, ular, anjing, tukang sihir, OKS, dsb
11. Pembersihan organ dilakukan samada secara pembakaran, pembunuhan atau pembuangan bergantung kepada kesesuaian oleh pesakit sendiri dengan dibantu oleh perawat secara membekalkan senjata/peralatan yang diperlukan.
12. Pesakit pergi ke organ-organ lain sehinggalah semua organ dibersihkan.

Sebab itulah saya menamakan teknik ini sebagai teknik kembara dan rawat, TKR.

Persoalan yang timbul adalah siapakah sipengembara berkenaan, adakah dia adalah roh pesakit. Jawapannya tentulah tidak, kerana pesakit berinteraksi dengan perawat secara sedar, menerima arahan dan melakukan rawatan.

Untuk teknik kembara roh, pesakit atau perawat akan meninggalkan jasadnya dan melakukan pengembaraan. Jasad akan kaku dan tiada komunikasi boleh dilakukan.

Apa yang saya perhaluskan bahawa teknik TKR (bukan PKR!) adalah teknik kita menundukan jin pada pesakit dan mengarahkan jin ini seolah-olah bersifat CCTV kepada pesakit.

Jin yang ditundukan ini akan bersifat sebagai mata kepada perawat dan perawat akan melihat sepertimana seorang yang bersaka melihat. Olek kerana jin bersifat elastic dengan jangkauan yang jauh, maka “mata” boleh diajak kembara kemana sahaja mengikut arahan pesakit dan perawat (ada pesakit yang saya suruh pergilah ke mana anda suka, telah pergi ke Kaabah Mekah dan juga sempat duduk di Raudhah di Mesjid Nabi Madinah)

Oleh yang demikian teknik ini tidak sukar untuk dikuasai dan saya yakin semua perawat boleh menguasainya tanpa perlu melakukan amalan-amalan sepertimana teknik mata batin yang agak sukar dan tidak ramai yang boleh menguasainya.

Apabila selesai rawatan, jin pada pesakit mestilah dikeluarkan. Jika tidak pesakit akan terus melihat dan mengembara dan adakalanya merawat dirinya sendiri.

Setelah saya yakin bahawa teknik ini boleh diguna-pakai dan banyak memberi manfaat maka saya menggunakannya kepada pesakit-pesakit saya. TKR amat berguna dalam kes sihir, tetapi tidak kepada kes yang lain.

Teknik ini perlu berguru, oleh yang demikian saya tidak berhasrat memperhalusi bacaan-bacaannya melalui tulisan ini. Tujuan saya menerangkannya adalah untuk meyakinkan rakan-rakan perawat Akrine dan para pesakit bahawa teknik ini boleh digunakan, ia bukan kembara roh dan bukan teknik mata batin. Mudah-mudahan ada manafaat kepada semua perawat dan pesakit, biizniLLAH. Syukur kepadaMU ya ALLAH. AlhamduliLLAH

Tuesday, March 3, 2009

Mesyuarat DUN bawah pokok pertama di dunia




Peristiwa yang berlaku di negeri Timah (Pb-Lead) yang dinamakan Perak (Ag-Argentum) amat-amat menyinggung perasaan.

Di saat ekonomi sedang meleset, pemimpin di Malaysia belum memokuskan lagi fikiran kepada langkah-langkah berdepan kegawatan yang mendatang. Mungkin begitulah ahli politik... memikirkan bagaimana nak menang dan bagaimana nak menjatuhkan parti lawan.

Saya tidak menyalahkan PR Perak, mereka diasak untuk hilang tumpuan... sama2lah kita mendoakan agar penyelesaian segera akan membawa kepada penumpuan yang seterusnya.

Monday, March 2, 2009

Pengalaman Merawat 14 : FisabiliLLAH

Sy dipertemukan dgn satu jin lelaki yg agak sombong. Beliau akan melakukan sesuatu yg menyakitkan hati spt memejamkan mata, menutup telinga dan menunjukkan memek mukanya bila sy mula berbicara. Sy tiada cara lain melainkan menggunakan cara berikut:

Sy: "Hidup kamu ni sebenarnya sia2 semata. Dahlah pemalas. Pastu duduk tinggal dalam badan perempuan ni tak buat apa pun. Hari2 makan darah percuma. Hidup dlm maksiat, semua ibadat kamu pasti Allah tak terima. Kalau mati confirm masuk neraka."
Jin: (Mencebik bibir dan geleng kepala tanda kurang setuju)
Sy: "Cuba kamu ingat, dulu sy ada hantar satu kumpulan jin lelaki dari badan ni ke Palestin. Sy yakin mereka adalah golongan yg berjaya. Allah janji dua kejayaan yg pasti utk org yg berjihad di jalan Allah iaitu 1)berjaya mengalahkan org kafir; atau 2)syahid di jalan Allah."
Jin: (Mula tunjuk minat)
Sy: "Sebenarnya mudah bg kamu utk berjihad. Allah dah sediakan jalan yg mudah utk golongan jin spt kamu. Ayuh, apa tunggu lagi. Tinggalkan maksiat, bangkit dan tuju kepada rahmat Allah.
Jin: (Menangis)
Sy: "Kenapa kamu menangis?"
Jin: (Menangis)
Sy: "Oklah. Nampaknya kamu insaf."
Jin: (Mengangguk/menangis)."Sy nak tebus dosa, sy nak pergi jihad."
Sy: "Ok. Kalau begitu kumpulkan rakan2 yg lain dan lantik seorang ketua."

Setelah menunggu utk beberapa ketika, muncul seorg ketua bernama Umar.

Sy: "Berapa bilangan rombongan ini Umar?"
Umar: "12."
Sy: "Sudahkah kamu semua memakai pakaian putih, berserban hitam dan memegang pedang."
Umar: (Menangis)
Sy: "Sy faham. Jgn sedih ya Umar. Ayuh kita sama2 doa pada Allah."
Doa kami: "Ya Allah, ampunilah dosa2 kami yg lalu dan yg akan dtg. Pilihlah kami utk jihad ini ya Allah. Terimalah kami seadanya ya Allah. Jgnlah kau kembalikan kami ke kampung halaman kami, melainkan kami syahid di jalanMu ya Allah. Jika Islam telah menang, Engkau jadikanlah kami golongan yg memberi sepenuh masa berkhidmat utk agamaMu ya Allah."
Umar: (Mengangguk)-tanda mereka mendapat pakaian lengkap jihad.
Umar: "Kuda hitam sudah menunggu dari tadi lagi."
Sy: "Kuda hitam?(terkejut)"
Umar: (Tidak mempedulikan sy) "Fisabilillah...fisabilillah...fisabilillah..."
Umar: "Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..."

Ucapan tersebut diulang banyak kali. Pesakit kemudiannya sedar dalam keadaan basah dilinangi air mata.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Sunday, March 1, 2009

Ulasan buku 1 : Benarkah RasuluLLAH kena sihir?

Dalam buku "Dialog dengan jin - diari seorang perawat ada memetik hadis berikut:

Daripada Aisyah r.a katanya, seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama 'Lubaid bin Al-A'sam telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga baginda Rasulullah khayal seakan-akan baginda sedang berbuat sesuatu yang baginda sebenarnya baginda tidak melakukannya. Sehinggalah pada suatu hari atau pada suatu malam dan baginda bersamaku tetapi baginda (asyik) berdoa dan terus berdoa, kemudian baginda bersabda,
"Wahai Aisyah, adakah anda tahu bahawasanya Allah telah memberitahuku tentang perkara yang telah aku pohon keterangan daripadaNya?

Telah datang kepadaku dua orang lelaki, seorang duduk di sisi kepala dan seorang lagi di sisi kakiku. Seorang bertanya kepada rakannya, " Apakah penyakit lelaki ini?. Jawabnya "la disihir." Tanyanya lagi, "Siapa yang telah menyihirnya.? "Jawabnya." Lubaid bin Al A'sam." Tanya,"Pada benda apa,? "Pada rambut dan janggut yang gugur ketika disikat dan selaput mayang kurma jantan. "Ditanya lagi di mana ia? "Jawabnya di perigi Zirwan."

Maka Rasulullah bersama-sama dengan sekelompok para sahabat baginda pergi ke perigi tersebut.kemudian baginda pulang lalu bersabda." Wahai Aisyah, airnya seolah-olah seperti air inai, kepala-kepala kurmanya seperti kepala-kepala syaitan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Persoalan utama yang bermain dikepala kita eh tak mungkin Rasul SAW yang maksum juga akan terkena? Bukankah RasuluLLAH sentiasa di bawah perlindungan ALLAH. Layakkah seorang Nabi disihir dan bagaimana risalah nubuwahnya?

Perkara pertama yang perlu kita ambil pengajaran dari hadis ini ialah teknik menyihir dan kesannya kepada RasuluLLAH SAW.

Penyihir seorang yahudi telah mencuri sikat rambut RasuluLLAH SAW yang ada padanya rambut baginda. Rambut ini dimasukan ke dalam perigi buta dengan niat supaya barang sihir tidak dapat dijumpai.

Tentunya rambut Nabi SAW telah dipuja sehingga mendatangkan jin lalu aktiviti penyihiran berlaku.

Kaedah inilah yang masih digunakan oleh tukang-tukang sihir. Anda perlu berhati-hati dengan pakaian, rambut dsb yang boleh dihidu oleh jin. Difahamkan bahawa apabila barang ini dimiliki oleh tukan sihir, jin boleh menghidu mangsa sihir dengan kekuatan deria 99% lebih peka dari deria anjing.

Apakah jenis sihir yang dikenakan kepada baginda?

Menurut Sheikh Majdi Muhammad Asy-Syahawi bahawa kebanyakan ulamak mengatakan bahawa jenis sihir yang dikenakan adalah sihir "marbut" iaitu Nabi SAW seolah-olah telah mendatangi isteri baginda padahal baginda tidak berbuat demikian. Sihir marbut ini menyekat kemampuan baginda SAW melakukan persetubuhan dengan isteri baginda.

Adakah sihir ini mencacatkan risalah yang dibawa baginda SAW?

Bagi menjawab persoalan ini, suka dinyatakan bahawa: sihir yang menimpa diri nabi SAW hanyalah mengenai jasad dan anggota lahir baginda sahaja, bukan melibatkan akal, hati dab juga iktikad.

Baginda mengahadapi kesan sihir ini, sebagaimana baginda menghadapi kesan-kesan penyakit yang lain seperti demam panas, kesejukan dsb sama sepertimana sakit yang menimpa manusia-manusia lain.

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa kemaksuman RasuluLLAH tidak memastikan baginda selamat dari berbagai penyakit yang menimpa manusia biasa. Baginda berdarah bila dibaling oleh penduduk Thaif, patah gigi semasa peperangan uhud dan demam sebelum sebelum wafat. Semua ini tidak mencacatkan kenabiannya, begitulah juga kesan serangan sihir.

Selain dari itu hadis ini menjelaskan teknik melawan sihir.

Salah satu kaedah yang paling terbaik dalam menghadapi serangan sihir ialah dengan sentiasa dalam keadaan zikiruLLAH. Nabi SAW sebagai wataknya sebagai pembimbing ummah di saat berdepan dengan sihir sentiasa solat malam memohon bantuan petunjuk dan penyembuhan dari ALLAH.

Tidak hairan apabila ada pesakit saya yang menggunakan kaedah ini berjaya mengesan barang dan lokasi sihir diletakan.

Hadis ini juga menjelaskan bahawa tidak ada seorangpun boleh mendabik dada mengatakan dia kebal dari sihir, kerana sihir adalah penyakit yang merupakan ujian keimanan kepada ALLAH. Kisah nabi ALLAH Ayub as cukup menyedarkan kita tentang hakikat ini. Apa yang utama adalah berusaha membenteng diri dari terkena sihir dan jika terkena bagaimana merawat untuk mendapat kesembuhan.

Dalam hadis lain menceritakan: RasuluLLAH SAW menghantar sahabat baginda iaitu Ali Az-Zubair dan Ammar bin Yasir ke perigi berkenaan. Sahabat2 baginda mengeringkan telaga berkenaan yang airnya berwarna merah darah. Seterusnya mengeluarkan mayang kurma yang ditenggelamkan dengan meletak batu di atas mayang berkenaan.

Pada mayang tersebut terdapat satu tali yang disimpulkan dengan 12 simpulan yang dicucuk dengan jarum. Lantas ALLAH menurunkan Al-Muawwizatain (Al-Falaq dan An-Nas). setiap kali RasuluLLAH SAW membaca satu ayat maka terungkai satu simpulan dan baginda berasa begitu lapang dan ringan. Apabila simpulan terakhir terungkai, baginda bangun seolah-olah baru bebas dari ikatan.

wALLAHu'alam

Buku Akrine sudah terbit



AlhamduliLLAH buku keluaran Hijaz Records berjodol "Berdialog dengan jin - diari seorang perawat" akan berada dipasarkan pada bila-bila masa lagi.

Buku ini mengisahkan pengalaman perawat-perawat berdepan dengan pelbagai suasana gangguan makhluk halus yang boleh digunakan sebagai panduan dan teladan kepada perawat dan orang ramai jika berdepan dengan suasana berkenaan.

Buku ini juga menggariskan panduan-panduan mengesan tanda-tanda gangguan serta perkara-perkara yang membantu pembaca mengesan dan merawat secara individu gangguan pada peringkat asas.

Bahagian kedua buku ini mengandungi panduan merawat yang lengkap termasuklah teknik penyedian air penawar, mengikat, menikam serta menyembelih jin, menarik jin menggunakan serban, menyedut jin masuk botol, memindah jin, mengikat secara ayat, memukul, memancung, ayat-ayat rukyah dll teknik yang digunakan oleh AKRINE.

Saya akan mengulas/menghurai bahagian kedua buku ini dalam tulisan-tulisan saya mendatang, insyaALLAH.

Tempahan secara on-line dibuka sekarang.

Harga buku termasuk pos adalah RM35.00 (buku setebal 340 muka surat).

Sila bank-in pembelian buku ke akaun Maybank 562740110528 dan email ke akrine@yahoo.com atau sms ke 017-3646461 butiran pembayaran berserta alamat penghantaran buku berkenaan.

Bagi yang berhasrat menggunakan ATM, pihak ATM tak menerima wang kertas RM5. Anda boleh pindahkan dari akaun anda ke akaun di atas, kalau nak deposit cash juga kenalah derma lebihan bayaran berkenaan. Sila faks salinan slip pembayaran berserta alamat penghantaran ke 03-60381464.

Sila beri tempoh 2 minggu selepas pembayaran dibuat. Jika anda tidak menerima buku selepas tempoh berkenaan sila hubungi kami,

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)