Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Saturday, April 25, 2009

Catatan Rawatan



Cacatan 1:


Pesakit hilang ingatan, dia telah berjalan dari tempat kerjanya dan ditemui di HKL. Dia tidak mengenali sesiapapun kecuali suaminya, itupun setakad "abang", nama semua tak ingat.

Bila masuk ke bilik rawatan dia memarahi saya "jumpa orang tua ni lagi, tak seri-seri nak kacau anak aku" itulah lontaran pertama yang saya dapat dari wanita ini.

Saya tidurkan dia dan lakukan TKR.

Ditubuhnya dia melihat satu patung dan dua pasang mata merah. Saya suruh dia baling mata merah terlebih dahulu. Mulanya dia agak ketakutan, tetapi akhirnya melakukan dan simata merah tiada lagi. Patung di bahagian kepala saya suruh dibuang ke laut.

Pesakit sedar dan mengenali suami dan emak saudara yang menemaninya. AlhamduliLLAH.

Catitan 2:

Pesakit datang dari jauh, Terengganu... tentunya selepas menonton expose mistik. Sudah gelisah sepanjang perjalanan dan pengsan bila sampai ke bilik rawatan.

Almaklumlah ramai yang ikut serta kerana ingin membantu. Saya tanya kenapa mesti datang ramai-ramai? Mereka menceritakan pengalaman rawatan sebelumnya bahawa wanita ini aggresif, setakad 4 orang dia boleh angkat!

Saya tidurkan terlebih dahulu... setelah tenang wanita itu terjaga sendiri. Saya terangkan TKR dan rawatan dijalankan.

Semasa TKR saya diganggu oleh jin ditubuhnya... saya tanya adakah dia diikat? dia mengangguk dan mulutnya seakan dikunci... saya buka ikatan dan beritahu dia bahawa saya mahu membantu dia untuk keluar dari perhambaan... jin ini menangis. Saya ambil kunci yang disimpan di Siam dan membuangnya ke laut. Kemudian dia melafazkan kalimah tauhid lalu memeluk Islam... subhanALLAH

Saya pinjam matanya untuk TKR... proses pembersihan barang sihir dilakukan dan akhirnya dia saya hantar ke SM dgn izin ALLAH

Wanita sedar dan mukanya tyang pucat bertukar menjadi merah... alhamduliLLAH

Catitan 3:

Ini kes berat dan sukar untuk saya terima sebagai hakikat. Seoarang muslimah datang berjumpa saya beberapa hari selepas Mesyuarat Agong Kawasannya. Dia batuk dan sakit kepala.

TKR menemui OKS yang juga ahli muslimah... berjubah dan lain-lain keterampilan bertaraf ustazah. Suaminya juga terlibat... waduh saya berhenti di sini...

Saya harap ianya dusta... cuma berhatilah wahai muslimah jangan ambil mudah, tidak semua yang kelihatan alim wa abid itu adalah hakikat... amaran saya kepada para pemuka2, taubatlah selagi pintu taubat belum tertutup. Kita serahkan urusan ini kepada ALLAH.... astagfiruLLAH

Kuman Dan Virus Adalah Jin?


Dalam tulisan seorang pensyarah USM baru-baru ini saya tukar tajuknya kepada "Jin bukan alam ghaib" mengambil kira bahawa ciptaan jin adalah dari unsur api yang terkandung padanya gas.

Gas adalah bahan atau jirim atau matter yang mempunyai berat dan jisim. Gas ada mass dan size kerana dia adalah komposisi udara. Saya tak tahulah kalau ada orang yang mengatakan bahawa oksigen, hidrogen, carbon dioxide itu sebagai perkara ghaib. Dua molekul Hidrogen jika digabungkan dengan satu molekul Oksigen akan membentuk air. Air pada suhu tinggi akan berpecah kepada molekul2 asalnya, pada suhu biasa menjadi cecair dan pada suhu beku menjadi ais. Faktur suhu merubah bentuk air.

Teori ini juga mungkin benar bagi jin, jin boleh merubah bentuknya mengikut "faktur tertentu" dan akan kekal dalam bentuk demikian sehinggalah "faktur" itu diubah.

Dua orang ulamak Islam pula mengatakan bahawa kuman dan virus adalah juga jin.

Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda mengatakan bahawa jin yang begitu dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:

والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:

Maksudnya:

“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.

Ini meyakikann saya kenapa kedapatan ulamak yang menghalusi masalah kesihatan dan rawatan meletakan bahawa rawatan secara ruqyah adalah lebih aula berbanding rawatan allopathy, homeopathy dan lain-lain rawatan yang berasaskan kepada naqli tanpa sandaran aqli.

Ada setengah virus yang tidak boleh dibunuh walaupun suhu mencapai 10,000 darjah celcius dan hanya boleh dimatikan secara pancaran (unsur malaikat) seperti sinar gamma dalam teknik penyahkuman. Saya diberitahu adanya virus chikukungya yang menyerang-balas bagi sesiapa yang cuba membantu pesakit berkenaan.

Doa saya semuga semua guru2 dan pengamal rawatan Islam agar istiqamah dalam mendaulatkan rawatan sebegini. Begitu juga masyarakat tidak memandang serong dan remeh terhadap kaedah rawatan ini.

Kursus Rawatan Di Jerantut

Panduan Merawat 1: Memecah Perisai Jin Sihir


Kadang- kadang apabila berdepan dengan pesakit sihir, jin sihir yang di ruqyah tidak memberikan reaksi apa-apa, malahan ketika di ruqyah jin tersebut ketawa atau mengejek perawat. kebiasaannya jin sihir sperti ini mempunyai pendinding sihir, atau mereka memakai perisai sihir. cara- cara menghancurkan dinding atau perisai mereka ialah,

1) batalkan sihir mereka dengan apa-apa ayat pembatal sihir.

2) baca surah Al- Hasyr ayat 21 iaitu "Lau anzalna" hingga "min khosyatillah" sahaja. apabila selesai saja "min khosyatillah" terus membuat aksi membaling ke arah jin itu (pesakit) tanpa perlu meniup tapak tangan. balingan mesti dengan perasaan keras dan tegas dengan niat untuk menghancurkan pendinding atau perisai tersebut. ulang hingga yakin perisai atau dinding tersebut hancur.

3) kemudian teruskan meruqyah sperti biasa.

ayat ini boleh juga digunakan untuk jin yang tiada perisai / dinding, mereka akan cedera dan meraung kesakitan.

Dari Email Sdra Tarmizy - jazakALLAH

Friday, April 24, 2009

Pengalaman Merawat 18 : Berlembutlah


Pesakit ini mula menggigil-gigil sambil memejamkan mata, padahal saya baru aje mula membacakan beberapa patah doa-doa. Ayat pertama muncul dari mulut pesakit adalah "aku sayang dia". Saya mula mengagak yang ini mungkin jin asyik.

Jin ini (Jin A) telah didakwahkan dan setuju untuk masuk Islam. Malangnya tiba-tiba beliau tidak dapat berkata-kata. Rupa-rupanya beliau telah dijerut dengan tali pada lehernya. Saya segera melepaskan ikatan itu dan beliau bersyahadah lalu dihantar ke SM. Tanggapan saya berubah, ini mungkin jin sihir.

Bila saya mula membacakan ruqyah, pesakit kembali menggigil. Ketua (Jin B) kepada kumpulan jin-jin dalam badan pesakit mula berdialog dengan saya. Beliau didakwahkan dan akhirnya setuju masuk Islam bersama-sama pengikutnya yang lain. Kumpulan ini masuk secara berjemaah ke dalam botol melalui kaki kiri dan kanan.

Sebelum Jin B masuk botol, beliau memaklumkan kepada saya bahawa ada 5 jin duduk di bahagian perut telah belot dan tidak akan mengikuti beliau ke SM. Dengan info yang diberikan oleh Jin B barulah saya tahu yang Jin A juga adalah jin yang belot dan ada sifat belas ehsan kepada pesakit. Jadi berkemungkinan beliau (Jin A) telah dijerut oleh ketuanya atau geng-geng yang lain bagi menggagalkan cubaan beliau untuk masuk Islam.

Salah satu dari 5 jin yang belot mula berdialog dengan suara yang agak keras. Beliau (Jin C) merupakan ketua dan menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan Jin B. Setelah didakwahkan beliau bersetuju untuk masuk Islam tetapi tidak mahu dihantar ke tempat yang sama seperti Jin B. Beliau bersetuju dengan cadangan saya supaya beliau dan pengikutnya dihantar ke Serambi Al-Quds.

Jin C kemudiannya mengarahkan anak-anak buahnya bergerak masuk botol dan beliau yang terakhir. Sebelum masuk botol saya sempat bertanyakan tentang keadaan rumah pesakit dan barang sihir. Jin C memberitahu rupa bentuk barang sihir serta lokasinya. Jin C juga memberitahu tentang adanya jin-jin yang berkawal di depan rumah pesakit.

Saya: "Boleh tak kamu ajak rakan-rakan kamu tu (jin-jin yang berkawal depan rumah) masuk Islam dan bersama-sama kamu ke Serambi Al-Quds?"
Jin C: "Tak de masalah, boleh."
Saya: "Macamana caranya."
Jin C: "Masukkan aje saya dalam botol, nanti saya uruskan."
Saya: "Oklah. Saya bagi kamu masa 15 minit sebelum saya hantar kamu semua ke Serambi Al-Quds."

Setelah Jin C masuk botol, pesakit kemudiannya sedar dari kerasukan. Masa menunjukkan jam 3.47pm. Dalam hati saya berkata, "15 minit lama lagi..."

Semasa memberi penerangan kepada pesakit serta suaminya, telefon saya berbunyi. Rupanya seorang pesakit lain ingin membuat temujanji rawatan. Semasa leka berbual di telefon, tiba-tiba lutut saya diketuk 3 kali. Saya segera perhatikan jam. Dah jam 4.02pm.

Saya: "Alamak, lupa la."
Suami Pesakit: "Lupa apa ustaz?"
Saya: "Ni ha."(Sambil menunding jari pada botol yang ditinggalkan di tepi dinding)
Suami Pesakit: (Tersenyum)

Rupanya ketukan itu merupakan peringatan kepada saya tentang janji 15 minit yang dinyatakan kepada mereka. Siapa yang mengetuk...Wallahua'lam.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Wednesday, April 22, 2009

Perhatian Untuk Peserta Kursus Intensif


1. Kursus adalah pada 2-3hb. Mei 2009

2. Sila bawa kelengkapan kursus sepertimana yang dinyatakan (botol kaca, bekas spray, kain/serban, buku BDJ bagi yang sudah membeli dll.

3. Sila sms nama penuh sebelum Jumaat ini bagi tujuan penyediaan persijilan ke 019-7584801.

4. Bagi yang masih belum dihubungi, sila telefon Akrine untuk pertimbangan dan pengesahan kehadiran kursus.

Monday, April 20, 2009

Jin Bukan Perkara Ghaib


Oleh Dr Muhammad Azizan Sabjan

JIN makhluk ciptaan Allah yang ditaklifkan untuk menyembah Allah dan melakukan ibadat kepada-Nya. Seperti manusia, mereka juga dikehendaki beriman dengan Nabi Muhammad SAW dan melaksanakan segala ajaran Islam.

Tegasnya, mereka hanyalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai kelemahan seperti manusia. Sememangnya jin wujud dan mempercayai kewujudannya bukanlah suatu kepercayaan tahyul atau momokan masyarakat.

Tegasnya, kewujudan ciptaan Allah bernama jin sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Menafikan kewujudannya boleh membawa erti seolah-olah kita menafikan kehebatan Allah mencipta hamba-Nya.

Mempercayai kewujudan jin bukanlah suatu kepercayaan tahyul. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan cubaan menolak atau menafikan kewujudan jin boleh dikira menafikan kekuasaan dan kehebatan Allah kerana kewujudan mereka disahkan dalil al-Quran dan hadis.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Surah al-Dzariyaat, ayat 56)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Maka janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan tahi binatang. Sebab hal itu adalah bekal (makanan) saudaramu daripada kalangan jin.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Allah mencipta Adam dan keturunannya iaitu manusia daripada tanah. Malaikat pula diciptakan Allah daripada nur (cahaya). Berlainan pula keadaan penciptaan jin, ia tidak dicipta daripada tanah mahupun nur. Ia juga bukan berasal daripada Adam dan Hawa.

Asal usul jin daripada jin bernama Jaan. Jaan beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan beriman. Ada pula daripada keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan kufur.

Anak cucu Jaan yang beriman itu ada yang kekal dalam iman, ada pula kufur dan ada yang kembali beriman kepada Allah. Dalam erti kata lain, Jaan ialah bapa segala jin seperti Adam ialah bapa segala manusia.

Jaan ialah jin yang pertama, dicipta dan dijadikan daripada lidah api. Keturunan jin yang seterusnya pula dijadikan dan berkembang-biak daripadanya sama seperti halnya Adam dan keturunannya iaitu manusia. Seperti manusia, jin juga daripada pelbagai bangsa dan jenis.

Mereka juga mempunyai jajahan pemerintahan dan kerajaannya tersendiri. Jin juga seperti manusia inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap pelbagai loghat serta bahasa. Jin juga diperintahkan Allah untuk menerima syariat Islam seperti diperintahkan kepada manusia.

Majoriti bangsa jin daripada golongan jin kafir. Jin kafir ini kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, komunis dan sangat sedikit beragama Buddha dan Majusi. Ada juga jin tidak beragama. Golongan jin yang memeluk Islam sedikit bilangannya dan daripada golongan minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan bilangan jin.

Hanya Allah dan Rasul-Nya mengetahui rupa bentuk asal jin selepas dicipta dan ditiupkan roh. Menurut sesetengah ulama, rupa, tabiat, kelakuan dan perangai jin 90 peratus mirip kepada manusia.

Jin juga diberi keizinan oleh Allah untuk menzahirkan diri dalam pelbagai bentuk dan rupa disukai serta dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah SAW. Rupa dizahirkan pula mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Pada asasnya rupa bentuk jin tidak banyak berbeza daripada manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.

Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus jin menyerupai manusia. Perbezaan ketara adalah sudut fizikal. Jin lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, terlalu tinggi dan mempunyai pelbagai warna seperti putih, merah biru dan hitam.

Menurut sesetengah pendapat, ketinggian jin kira-kira tiga hasta saja. Dalam al-Quran, Allah berfirman setiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Dalam konteks ini, jin juga merasai kematian.

Usia jin mencecah ribuan tahun. Ini kerana mereka bertubuh halus dan tidak terdedah kepada penyakit sakit jantung, kencing manis dan sebagainya seperti manusia.

Biarpun usia jin menjangkau ribuan tahun, mereka tetap merasai kematian. Satu-satunya jin yang tidak akan merasai kematian melainkan apabila datangnya kiamat ialah Iblis laknatullah. Ia berdasarkan permintaannya kepada Allah supaya dipanjangkan umur sampai kiamat untuk menyesatkan anak Adam.

Kecepatan jin bergerak melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Disebabkan jin adalah daripada makhluk seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang kecil pun boleh di duduki berjuta-juta jin dan ia juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Alam kediaman jin di lautan, daratan, udara dan alam Mithal iaitu suatu alam antara alam manusia dan alam malaikat. Makanannya pula berasaskan asap, gas, haruman dan ada juga buah-buahan bersesuaian dengan penciptaan mereka. Makanan jin juga daripada tulang, manakala makanan haiwan ternakan mereka ialah bongkah najis binatang ternakan manusia.

Manusia mengandung sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga perlu masa lama untuk matang serta menjadi baligh. Berbeza dengan jin, apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, jin perempuan terus mengandung, beranak dan anak baru lahir itu terus mukallaf.

Alam jin itu satu daripada kebesaran dan keagungan Allah. Cubaan menafikan kewujudan jin dan alamnya boleh membawa kepada menafikan kekuasaan Allah.

Banyak lagi pendedahan alam jin perlu diketengahkan untuk dijadikan garis panduan kasar mengenai jin serta memberi kesedaran pentingnya Muslim menjaga akidah, menjauhi syirik dan mengelakkan diri terjerumus dengan tipu daya jin yang ingkar terhadap Allah.

Penulis ialah pensyarah Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

Sumber: www.bharian.com.my

Friday, April 17, 2009

Too high expectation


Saya diberitahu Astro Prima baru2 ini berulang-kali mengulang-tayang rakaman Expose Mistik rawatan di AKRINE, malangnya saya tak berpeluang menonton sebab hal-hal yang tak dapat dielakan.

Maka talian telefon berdering tanpa henti untuk mendapatkan rawatan. Pembantu peribadi saya tak dapat lagi melayan panggilan telefon, semua panggilan dijawab secara sms "jika perlukan rwtn sila sms nama, dari mana bla, bla, bla.... biasalah ada yang merayu minta segera dirawat, ada yang dah pengsan, ada yang tersekat kat bilik air dan bermacam lagi... seperti biasa rawatan mengikut jadual, susah untuk memuaskan hati semua orang.

Ada juga yang menelefon jam 12.00 malam ke atas, saya mohon maaf kerana biasanya saya akan offkan talian selepas jam 12.00 secara silent mood.

Saya teringat kali pertama Expose Mistik menyiarkan rakaman rawatan saya, seorang datang ke pusat rawatan saya dan menjalani rawatan. Saya sudah tentu tak ingat siapa pesakit berkenaan.

Malangnya kami menerima sms "rupanya anda berlakon saja dalam expose mistik, saya tidak bercakap pun seperti ditayangkan". PA saya menjawab "kami hanya merawat, kesembuhan milik ALLAH". Sms seterusnya mencerca kami dengan pelbagai kata-kata kesat...

Apabila Expose Mistik menyiarkan semula maka makin popularlah AKRINE dan makin ramai yang mahu dirawat disini. Ada yang degil terus menyerbu pusat rawatan dan secara penuh hikmah kami memohon maaf tidak dapat merawat... Bagi saya sistem kena ikut kalau tidak cable kroni dll akan merosakan imej AKRINE

Ramai pesakit yang minta segera dirawat saya serahkan kepada perawat-perawat Akrine terdekat atau mana-mana pusat rawatan lain.

Apa yang saya gusar + trauma + phobia adalah pesakit meletakan harapan yang terlalu tinggi sedangkan saya sedar siapalah saya. Semuga ALLAH mempermudah perjalanan hidup serta menabahkan hati semua perawat. Amin!

Mencekik Ayah Sendiri


Malam tadi saya merawat seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun anak saudara kepada seorang pengusaha stesen minyak kenalan kami.

Dia tak boleh tidur dan gatal-gatal, keluarganya mensyakki dia dimasuki jin saka apabila balik ke rumah neneknya baru-baru ini.

Saya scan dan ternyata ada gangguan.

Melalui gerakan jari-jari kaki saya tanya apakah benar mereka jin saka, jin-jin ini mengiyakan. Ujian seterusnya mengesahkan mereka berasal dari sebelah ayah dan ibunya. Setelah dipujuk keluar mereka bersetuju dan kaedah mengeluarkan menggunakan serbanpun dilakukan.

Apabila ditarik berkali-kali dan ditanya ada lagi tak yang mahu keluar, ternyata masih ramai. Saya minta mereka keluar dan bergerak ke SM.

Saya beritahu keluarga pelajar ini biasanya jin saka hanya akan masuk ke badan seseorang yang masih muda atas sebab-sebab tertentu, nak menjaga "cucu". Ada kemungkinan pelajar ini "diserang" dan serangan ini agak kuat sehingga jin-jin dari saka ibu dan ayahnya bergabung tenaga seolah-olah mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan "pengganggu cucunya".

Saya teruskan sesi rawatan secara TKR.

Apabila kembara di badan, dia tak nampak apa2. Saya suruh balik ke rumah dan dia dapat melihat dengan jelas. Saya minta dia scan rumahnya dan ternyata beberapa kawasan adalah kawasan "panas" dan pemutihan dijalankan.

Saya baca ayat pada tangan dan minta dia lihat tangan saya (mata masih ditutup). Saya tanya terang atau gelap, terang katanya. Dia tak nampak apa-apa kecuali terang.

Saya minta dia buat aksi mencekik, saya baca ayat dan tanya adakah tangan dia panas, dia kata panas. Saya katakan awak sedang mencekik OKS dan goncang OKS serta tiup.

Tiba-tiba dia berkata "macammana papa boleh ada kat sini?" saya tanya "awak cekik ayah awak ke?" "yelah ustaz!". Saya suruh dia tanya apa yang ayah dia dah buat? Setelah beberapa lama, dia menangis.... saya katakan, ok kita tamatkan rawatan!

Saya beritahu keluarga pesakit, saya tidak mahu pelajar ini trauma dengan rawatan ini, elok TKR dilakukan kepada mereka yang berdekatan yang lebih matang dan boleh menerima hakikat, itupun kalau ia adalah hakikat sebenar....

Thursday, April 16, 2009

Pengalaman Merawat 17 : Sakit Kepala

Pesakit mengalami sakit kepala yang kronik. Pada mulanya beliau menyangka ubat 'panadol' dapat menyelesaikan masalah beliau, malangnya sakit kepalanya datang lagi pada hari kedua sehingga menyebabkan beliau muntah-muntah.

Saya: "Bahagian kepala yang mana sakit?"
Pesakit: "Sini."(Sambil menunjukkan pada dua point di bahagian belakang kepala).
Saya: "Ok, tahan sikit ya...(saya mula menikam pada point tersebut)."
Pesakit: "Aduh...."

Pesakit kemudian kerasukan. Berikut adalah dialog yang berlaku:

Saya: "Kamu ke yang buat dia sakit kepala."
Jin: (Mengangguk-angguk)
Saya: "Apasal kamu sakiti dia..."
Jin: (Diam)
Saya: "Boleh beritahu saya macamana kamu buat orang sakit kepala?"
Jin: (Menggenggam kedua tangan, menggayakan seperti memerah pakaian sambil menunjukkan memek muka 'geram')
Saya: "Tak baik buat orang macam tu."
Jin: (Diam)
Saya: "Kamu berdua kan?"
Jin: "Ya."
Saya: "Saya tahu satu ayat yang dibacakan untuk hilangkan sakit kepala. Kamu tahu ayat apa?"
Jin: "Tahu."
Saya: "Ayat apa?"
Jin: "(membaca ayat 19 surah Al-Waqiah)".
Saya: "Betul tak kalau pesakit mewiridkan ayat ini kamu pula akan kesakitan."
Jin: "Ya."
Saya: "Oklah. Sekarang saya mahu kamu berdua tinggalkan kepala ni".
Jin: (mengangguk)

Kesemua jin kemudiannya berjaya disedut masuk botol dan dihantar ke SM.
Pesakit kemudiannya sedar dan terpinga-pinga kerana kesakitan kroniknya hilang serta-merta.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Wednesday, April 15, 2009

100 Penyihir?


Melakukan teknik kembara & rawat (TKR) adakalanya sukar dilaksanakan. Ramai yang tak dapat mengembara, ini tidak menghalang usaha mencari OKS dan tukang sihir.

Hari ini rawatan saya penuh, seorang pesakit wanita melakukan rawatan ulangan dan TKR saya pilih untuk rawatan kali ini.

Bila diminta kembara, dia gagal untuk melihat gangguan pada tubuhnya. Begitu juga bila mengenalpasti OKS... gelap katanya.

Saya teruskan juga dan minta dia mencekik kegelapan di depannya. Setelah digoncang, saya minta beliau mencekik dengan tangan kiri sahaja dan tangan kanan ditadah berdekatan. Saya arahkan OKS menyerahkan semua barang sihir yang digunakan untuk menyihir wanita ini. Saya beritahu pesakit bahawa tangan kanannya akan panas atau berat bila OKS meletakan barang-barang berkenaan. Pesakit tidak merasai apa-apa... saya simpulkan kemungkinan barang berkenaan telah diserahkan kepada tukang sihir...

Saya suruh pesakit tanya berapa banyak penyihir yang diupahnya... saya katakan bahawa kita akan baca mindanya, bila tangan anda berat atau panas itulah bilangannya. Saya mula membilang 1,...2,....3,...4,....5,....6,....7,....8,....9,....10,...! saya tanya pesakit "macamana?"" tak ada apapun ustadz!" Saya mula sangsi apakah benar apa yang lakukan? Namun saya mahu meneruskan lagi...

Baik sekarang saya terus membuat gandaan, 20,....30,....40,....50,.....60,....70,....80,....90,.....100! "ustadz...ustadz tangan saya berat ni!" Ye betul? saya ulang 100,...100,...100,...! tangan pesakit jatuh ke lantai.

"Awak pecah guiness book of record saya ni...." persoalan sekarang bagaimana saya nak ambil barang2 sihir dari 100 tukang sihir? Saya suruh dia lepaskan OKS.

Saya fokus lagi... saya niat 10 tukang sihir pertama. Pesakit cekik dan minta serahkan barang sihir... pesakit merasai tangannya berat dan saya suruh membuang ke laut, tadah lagi, panas pula.. hal ini berulang2 sehinggalah pesakit tidak merasa apa2 beban lagi. Ini baru 10, macamana yang 90 lagi?

Kali ini saya terus fokus kepada 90 tukang sihirsekaligus!. Setiap kali ditadah tangannya amat berat, rutin menadah membuang berterusan sehinggalah tangannya tidak merasa beban lagi... akhirnya penyihir diberi amaran dan dilepaskan.

Terus terang saya katakan, saya hampir tidak percaya kepada angka 100 berkenaan. Ramainya yang OKS jumpa... ramainya tukang sihir dinegaraku tercinta ini....suami pesakit menceritakan keadaan pesakit dan niat OKS mahu memusnahkan pesakit.

Teknik ini saya ulang lagi kepada pesakit saya seorang penolong pengurus syarikat GLC pada sebelah petang. Kali ini sampai angka 8 tangannya sudah berat. Proses berjumpa tukang sihir dijalankan dengan kelapan-lapan sekali.

Pesakit memberitahu saya berkenaan dairinya yang hilang 6 bulan lalu, di dalamnya tercatit senarai harta ayahnya. Secara TKR saya suruh dia kembara untuk mencari kawasan yang panas. Bila scanning dilakukan kawasan panas ditemui dan dia kenal tempat berkenaan. Habis rawatan saya minta pesakit mencari dairinya dan memaklumkan keputusannya.

Terlalu banyak khazanah ilmu yang tidak saya fahami. Saya mungkin salah tetapi saya telah berusaha membantu apa yang saya mampu.

Tuesday, April 14, 2009

Pengalaman Merawat 16 : Anak Degil

Saya dikunjungi seorang ibu membawa anak lelakinya yang berusia 14 tahun.

Saya: "Ok Kak. Siapa yang sakit ni."
Ibu: "Ni ha, anak saya ni (sambil menolak anaknya kepada saya)."
Saya: "Sakit apa Kak?"
Ibu: "Degil..."
Saya: "Oooo....(saya bingung)."

Perbualan dengan anaknya tidak menunjukkan sebarang simptom yang menunjukkan dia ada gangguan. Anaknya yang memiliki tubuh kecil ini nampak sihat dan ceria. Saya bersangka baik apatah lagi bila diketahui yang beliau berpendidikan sekolah agama.

Tetapi alangkah terperanjatnya saya apabila dimulakan rawatan, kaki-kaki anaknya memberi respond yang ketara kepada bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan. Saya akhirnya dapat berdialog dengan salah satu jin (paling tua) yang berada dalam badan beliau (bahagian jantung).

Saya: "Kamu Islam?"
Jin: "Tidak".
Saya: "Kamu ketua?"
Jin: "Tidak. Kami dari kumpulan-kumpulan yang berlainan."
Saya: "Berapa bilangan kamu?"
Jin: "54."
Saya: "MasyaAllah. Aku mengajak kamu semua kepada Islam."
Jin: "Tak mahu. Kami semua tak mahu."
Saya: "Ok. Kalau begitu aku mahu kamu tinggalkan badan ni."
Jin: "Tak mahu."

Rawatan yang dilakukan akhirnya dapat mengeluarkan kesemua 54 jin yang menetap di dalam hati pesakit. Pesakit akhirnya kelihatan letih, pucat dan lesu. Dia nampak sedih dan insaf, lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang selama ini sifatnya telah di 'control' oleh unsur lain.

Nasihat saya: Anak ini telah didorong sehingga menjadi nakal/degil akibat dipengaruhi oleh jin-jin yang menetap di hatinya. Kesemua jin-jin kafir ini telah mendorong anak ini supaya tidak taat kepada Allah apatah lagi mentaati ibubapanya. Oleh itu para ibubapa dinasihatkan supaya menyuburkan hati anak-anak kita dengan Iman dan Amal. Jika hati mereka disuburkan dengan perkara-perkara maksiat, maka besar kemungkinan perkara sebegini akan berlaku kepada mereka. Jika sudah berbuat demikian tetapi tidak berjaya, maka pilihlah rawatan Islam sebagai satu ikhtiar penyembuhan zahir dan batin.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Sunday, April 12, 2009

Pertukaran Tarikh Kursus

Salam semua,

Saya memohon jutaan kemaafan kepada mereka yang telah memohon daftar bagi kursus intensif pada awal Mei ini. Saya tersalah dari segi hari, saya menjangka 1hb. hari Sabtu tetapi setelah disemak semula ia adalah hari Jumaat.

Oleh yang demikian saya memaklumkan bahawa tarikh kursus adalah pada 2 dan 3 Mei iaitu Sabtu dan Ahad.

Kandungan kursus masih sama dan teknik-teknik yang diajar adalah sepertimana kursus intensif sebelum ini spt teknik scanning, tikam jin, pancung, baling dsb. Penambahan adalah teknik kembara dan rawat (TKR) yang akan diadakan pada hari kedua jam 11.00 pagi.

Tiada kursus pada sebelah malam kerana saya tidak mengadakan rawatan pada hari kedua tetapi masih menyambung latihan rawatan. Walau bagaimanapun bagi peserta yang mahu kemudahan penginapan bolehlah menginap di Dewan Burhanuddin Helmi.

Para peserta kursus akan dihubungi dalam tempoh sehari dua, anda yang tidak dihubungi sila sms untuk pengesahan jika berlaku keciciran dsb.

Sila bawa spray, kain/serban dan botol kaca nescafe serta peralatan tidur bagi yang ingin menginap di sini.

Wednesday, April 8, 2009

Rakaman Peristiwa Di Bukit Gantang



PAS Selangor diminta bertugas di Sg. Tinggi, DUN Trong

Kelab Penyokong Pas

Sesuatu yang sukar diramal, orang India juga berani berubah

Bersama abang ipar di Batu Hampar



Sunday, April 5, 2009

Ilmu Isim

Saya ditanya oleh seorang pesakit saya tentang zikir yang diajar, kononnya untuk dilihat gagah dan sentiasa dalam keadaan tenang. Dia mengatakan memetik dari sekumpulan yang menamakan "mindpower .....".

Saya tanya apa praktis yang perlu diamalkan, ada pelbagai termasuk teknik tarik nafas, teknik memanggil cahaya, konsep cakra dsb. Akhirnya saya tanya kenapa anda berzikir... secara jujur dia katakan dia mahu dilihat gagah dan tenang.

Elok rasanya kita perhatikan petikan berikut:

SOALAN: Saya ada mempelajari ilmu isim. Ia menyeru nama syeikh-syeikh tertentu yang digabungkan dengan ayat-ayat al-Quran. Setelah diamalkan memang ada sesuatu yang menggerakkan badan, menyebabkan saya boleh bersilat dan sebagainya. Saya juga boleh mengubati orang sakit.

Ilmu ini mengandungi pantang-pantang tertentu yang tidak boleh dilanggar. Ada kawan yang melanggar pantang dan menjadi gila. Saya juga ada melanggar, tetapi tidak ada apa-apa terjadi. Saya menjadi celaru dan begitu bimbang dengan amalan ini. - SALLEH NOR, Negeri Sembilan.

Jawapan: Islam menyuruh umatnya agar sentiasa mengingati Allah dalam keadaan apa keadaan sekalipun. Ketika berdiri, duduk dan sebagainya. Di antara tanda-tanda kebahagiaan ialah apabila seseorang itu berupaya mengingati Allah ketika dalam keadaan senang, juga dalam keadaan susah. Kerana itulah zikir itu dianggap penting dalam usaha mengingati Allah s.w.t .

Atas keyakinan dan ajaran seumpama inilah maka masyarakat Melayu pada umumnya menganggap bahawa sesuatu amalan yang terangkum dalamnya zikir sama ada yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan sebagainya adalah amalan yang baik. Keyakinan seumpama ini dipergunakan atau diperalatkan oleh iblis dan syaitan yang jelas tidak dapat dilihat mata, ataupun oleh manusia yang bersifat jahat seperti iblis dan syaitan untuk menipu manusia, iaitu dengan cara menggunakan kalimah-kalimah yang mengandungi nama-nama Allah, nama-nama rasul atau nabi, nama-nama malaikat, ataupun nama-nama pahlawan Islam terbilang dalam usaha atau amalan yang menyesatkan.

Pada hakikatnya, zikir-zikir yang tersebut dalam amalan kebatinan termasuk ilmu isim seperti yang saudara pelajari tidak membuktikan atau memastikan bahawa amalan yang dilakukan itu benar tidak menyalahi ajaran Islam. Hal seumpama inilah ada kalanya melahirkan kekeliruan mereka yang mengamalkan, juga mereka yang cuba membanteras amalan ajaran sesat.

Dalam masa yang sama, tidak semua mereka yang menurunkan atau memberi ijazah amalan kebatinan tersebut, yang terdiri daripada guru-guru itu sendiri menyedari bahawa amalan yang diperturunkan itu melibatkan makhluk-makhluk halus, yang terdiri daripada jin-jin.

Terdapat pelbagai nama yang diberi, kaedah-kaedah pembelajaran yang dilalui yang melibatkan ilmu kebatinan, tetapi hakikat amalannya adalah sama.

Seorang pemuda yang saya temui telah menerima ijazah ilmu kebatinan mempertahankan diri daripada sepupunya yang berasal dari tanah seberang.

Setelah diijazahkan, dia diminta membaca syahadah seberapa banyak mungkin. Tidak lama selepas itu, iaitu dalam masa lebih kurang empat atau lima minit, ia merasakan tangannya bergerak ke hadapan dengan sendiri. Rasa denyutan berlaku di hujung-hujung jari, lalu ia dengan sendirinya mendepa ke kanan dan mengangkatnya ke atas. Begitu juga yang dialaminya pada kakinya, menyebabkannya menjadi kaku menegak.

Ketika mula beramal, gurunya berpesan agar menurut apa yang berlaku pada dirinya. Dia hendaklah membisikkannya dalam hati agar menurut sahaja apa yang terjadi, jangan gunakan akal. Ketika menghadapi masalah ataupun didatangi oleh seseorang yang sakit, jari-jari tangan kanannya akan tergenggam sendiri.

Seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur yang mempelajari satu jenis silat ketika di kampung telah disuruh membaca al-Fatihah dan selawat oleh gurunya. Setelah belakangnya ditepuk, yang disertakan dengan bacaan-bacaan yang tidak kedengaran jelas olehnya, ia merasakan kaki dan tangannya bergerak dengan sendiri, seolah-olah ada satu tenaga luar masuk bergerak perlahan mengalir dalam anggota menyebabkan berlakunya demikian.

Pesan daripada gurunya ialah supaya membiarkan segala pergerakan yang berlaku dalam tubuh, jangan ditahan.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini setelah mempelajari ilmu tadi ialah berlakunya pergerakan yang terus-menerus terjadi pada tangannya biarpun ketika sedang tidur. Ia merasakan seolah-olah bangun dan bersilat tanpa berhenti. Ketika membuka mata, ia mendapati badannya tidak bergerak, hanya perasaannya sahaja yang mengalami pergerakan tadi.

Tidak lama selepas itu ia mengalami mimpi-mimpi ngeri, mimpi dikejar oleh makhluk-makhluk yang menakutkan, menyebabkannya terasa gementar. Terasa seolah-olah nyawa sentiasa dalam bahaya. Di waktu siang ia terasa mengantuk dan terpaksa tidur antara tiga hingga empat jam tetapi badannya tetap letih.

Satu perkara yang paling membimbangkan ialah kesukaran hendak tidur malam. Kerana itu badannya sentiasa terasa letih, mengantuk dalam kuliah, menyebabkannya tertidur, dan tidak terjaga kecuali setelah habis kuliah. Ia juga sering menguap ketika bermain bola sepak dengan kawan-kawan di padang.

Pelajar ini merasa hairan bagaimana peristiwa buruk yang sama sekali tidak disangka boleh terjadi, pada hal zikir-zikir yang diamalkan dirasakan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, yang terdiri daripada syahadah, subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.

Punca penyakit ataupun masalah yang dihadapi olehnya sukar dipastikan. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang ia mengalami gangguan fizikal, kerana doktor-doktor pakar mengesahkan yang dia tidak menghadapi apa-apa masalah. Mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional memberi pendapat yang berlainan, ada yang menyatakan kerana gangguan saka, kena santau dan sebagainya.

Seorang pemuda yang tinggal di Keramat mengakui mengamalkan satu jenis zikir tertentu. Semenjak mengamalkan ilmu yang telah diijazahkan itu, beliau mengalami kesukaran yang teruk untuk mendirikan sembahyang. Beliau bukan sahaja merasa sukar untuk melafazkan kalimah ``Allahu Akbar'' tetapi juga sukar untuk membaca al-Fatihah, juga lain-lain bacaan. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang menekan hatinya manakala lidah terasa keras untuk melafazkannya.

Dalam hatinya sentiasa wujud bisikan-bisikan yang membimbangkan sama ada ketika sembahyang atau di luar sembahyang. Sejak berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut, beliau semakin jauh daripada masjid, kecuali untuk sembahyang Jumaat, tetapi ia tidak berdaya mendirikan sembahyang sunat. Ibadat-ibadat lain, seperti membaca al-Quran dan zikir terus ditinggalkan.

Pemuda ini menyatakan amalan yang pernah diamalkan terdiri daripada zikir-zikir dan amalan seperti istighfar, dua kalimah syahadah, selawat, al-Fatihah kepada Nabi s.a.w, ibu bapa, semua wali Allah, rijalul ghaib, syeikh-syeikh, guru-guru juga kaum muslimin dan muslimat.

Ketika beramal pelajar perlu bertafakur. Ingat dalam hati dan mengaku dosa yang dilakukan (ikrar), takut kepada Allah akan azab-Nya (khauf), mengharap rahmat-Nya di dunia dan akhirat (raja') dan mengetahui ilmu Allah terlalu luas (ilm). Banyak lagi bacaan yang perlu diamalkan. Akhir sekali baru memberi salam dengan memalingkan muka ke kanan dan ke kiri dan berdoa dengan apa-apa doa yang disukai, yang diakhiri dengan bacaan al-Fatihah sekali dan diakhiri dengan doa Fatihah sebagai penutup doa.

Niat seseorang itu mempelajari ilmu seperti ini mungkin benar untuk menghampirkan diri kepada Allah atau menuntut ilmu kebatinan, yang termasuk dalamnya ilmu isim iaitu untuk rawatan, mempertahankan diri dan sebagainya, manakala bacaan iaitu wirid-wirid yang diamalkan itu benar tidak salah dan tidak menyeleweng, tetapi apabila amalan seperti ini digabungkan dalamnya dengan penglibatan makhluk-makhluk halus, akhirnya berlakulah pelbagai masalah yang di luar dugaan.

Tidak mudah akal berfikir bagaimana orang yang tidak pernah mempelajari ilmu persilatan, boleh bersilat hebat, menumbuk kanan kiri, lompat sana sini hanya dengan berzikir dan ``ijazah'' daripada guru semata-mata, pada hal pada masa yang lain, sekiranya ``objek'' luaran itu tidak meresap dalam badan, orang yang berkenaan langsung tidak boleh bersilat, juga tidak boleh melakukan rawatan.

Allah s.w.t menjelaskan seperti yang tersebut jelas dalam ayat-ayat al-Quran bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Allah menyuruh setiap orang itu menjauhinya.

Orang yang mengamalkan amalan seperti yang dijelaskan hakikatnya telah memanggil, membiarkan makhluk ini masuk meresap dalam tubuhnya. Makhluk ini sentiasa menunggu manusia memanggil dan memujanya agar manusia itu sesat. Apabila ini berlaku, dipanggil tanpa disedari supaya meresap dalam tubuh, makhluk ini akan menjadi mudah masuk meresap dalam tubuh manusia.

Sasaran utama makhluk ini ialah pada otak mukh, dan apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan kehilangan fungsi normal otak yang boleh menyebabkan apa yang dikenali sebagai ``gila isim'' oleh masyarakat Melayu. Apabila ia mengganggu hati, seseorang itu akan merasa bimbang, risau, waswas, rasa terlalu gembira dan murung silih berganti tanpa sebab yang jelas.

Mengenai resapan makhluk-makhluk halus dalam tubuh manusia, Rasulullah s.a.w. ada bersabda seperti yang tersebut dalam sebuah hadis daripada Safiyyah binti Huyai r.a. yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu boleh berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.

Saturday, April 4, 2009

University to offer Islamic Medical Course

KUALA LUMPUR: The Ministry of Health will soon introduce a two-and-a-half year diploma course in Islamic Medical Practice at a local university here.

The director of the ministry's Traditional and Complementary Medicine (T&CM) Division, Dr Ramli Abd Ghani, told Bernama the course content was developed with the assistance of prominent local practitioners like Dr Harun Din, Datuk Amran Kasimin, Dr Hatta Sharom and other T&CM practitioners.

The aim was to train Malay healers in the true teachings of Islam and to avoid "syrik and khurafat" (polytheism) practices in some Malay-Muslim communities, he said.

Dr Ramli said the graduates, who would be certified registered practitioners, would be self-employed to treat "santau" (a kind of deadly poison coupled with magical incantations) and other spiritual problems.

They might also be employed in selected government institutions in the future, he added.

Dr Ramli said the division was also working on introducing degree courses in traditional Chinese medicine, acupuncture, naturopathy, homeopathy, Malay medicine, Ayurvedic medicine and Chiropractic care.

It would also introduce diploma courses in acupuncture, naturopathy, aromatherapy, reflexology and Malay massage, he added.

Dr Ramli said these courses could be offered at the International Medical University, Universiti Sains Malaysia, Inti College, Cyberjaya University College and Community College.

Most of these courses would be conducted by local lecturers and some, like Chinese traditional medicine, acupuncture and Ayurveda, might need the assistance of foreign academicians, he said.

Dr Ramli said the division was also working with the Association of Malaysian Spas (AMSPA) operators to establish local training institutions so as to develop the local spa industry for health tourism.

He gave the assurance that all these courses, which were part of the T&CM, would be properly evaluated with the cooperation of the Malaysian Qualifications Agency (MQA) and it would be ensured that the practitioners provided safe and effective services.

He said the T&CM was gaining worldwide recognition, and that Malaysia would also develop this sector as it was popular among Malaysians because almost 14,000 patients had opted for the T&CM since its introduction in three government hospitals, in Putrajaya, Kepala Batas and Johore Baru, about 18 months ago.

Dr Ramli said the division was set to expand the service to three other government hospitals one each in Terengganu, Sabah and Sarawak by August this year.

He said that by 2010, the T&CM service would be available in 10 government hospitals and two clinics in the country. - Bernama

Wednesday, April 1, 2009

Khasiat Kurma


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


{Akrine ada menjual kurma yang telah dirukyah sebagai menambah khasiat yang telah sedia ada padanya, sila lihat produk Akrine di sebelah atas kanan}

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)