Saya juga berdepan dengan kes bekas pelatih Akrine.
Selain menuntut dengan saya dia juga atas keghairahan menimba ilmu-ilmu rawatan menuntut dengan perguruan-perguruan lain.
Dia menceritakan bahawa selepas menuntut ilmu "Asma suriyani" dia sentiasa mendengar pelbagai bisikan, tidak boleh tidur dan kepalanya seolah-olah dibelit seekor ular.
Apabila saya merawatnya, dia kerasukan dan kesakitan. Dia berguling-guling di bilik rawatan saya kerana menahan kesakitan. Mujur jua alhamduliLLAH klinik Akrine agar sesuai untuk dia bergolek. Saya sembelih kemudian jin baru, sembelih datang lagi yang baru...dan begitulah seterusnya.
Di sini saya dapat ilham.
Saya perhatikan seolah-olah ada remote control yang mengendalikannya. Saya blok markaz mereka dengan Yasin 4 penjur dan mengisinya dengan kaca, menutupnya dengan besi serta tembaga dan memutuskan tali remote berkenaan - biizniLLAH.
Selepas itu dia tenang tetapi masih ada gangguan. Saya tutup rawatan dengan menidurkan jin-jin yang menganggu dan meminta dia datang semula 1o hari kemudian.
10 hari berlalu, dia datang dengan wajah ceria. Di tangannya ada tasbih tanda dia sentiasa berzikir . Saya rawat secara Akrionics, dia tumbang dan pengsan. 5 minit kemudian dia jaga semula dengan lebih ceria lagi.
Semasa rawatan pertama saya minta dia berzikir dengan zikir tahsin sebanyak 100x pagi dan petang.
Dia menceritakan bahawa apabila dia berzikir dia akan tenang selama 2jam, kemudian jika dia tidur dia akan terjaga, zikir 100x lagi bertahan 2jam begitulah seterusnya.
Dia yakin kepada 3 faktur penyembuhan dan benteng yang telah mula dia amalkan. Benteng itu adalah solat berjemaah, membaca al-Quran dan zikruLLAH.
Saya bersetuju dengan teknik yang dipilihnya. ternyata tempoh 10 hari telah menjadikan dia mampu berdepan dengan serangan dan mengembalikan dia kepada jalan yang benar....alhamduliLLAH
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
Macamana pula kalau kita SMS utk dpt rawatan lanjutan tetapi tiada respond dr pihak Utz Majid??
Mungkin SMS anda tidak saya terima atau terlepas pandang... saya manusia biasa.
Harap maaf
Saya cadangkan kepada perawat, apa kata monitor pesakit dan beri mereka tarikh selanjutnya mrk perlu hadir. Krn kdgkala mrk lupa atau tk pasti samada perlu dtg lg utk rawatan. Jd dgn folow up dr pihak perawat dpt lah mrk dirawat secara berterusan. InsyaAllah. May be kena buat klinik rawatan Islam ni secara lebih profesional dan up to date.
Post a Comment