Pesakit ini terus kerasukan dan menyerang saya secara fizikal apabila saya berkata, "Saya doakan supaya Allah membinasakan kamu semua sebagaimana DIA membinasakan kaum Nabi Luth a.s.!"
Begini ceritanya...
Liyana datang mendapatkan rawatan setelah dia menghadapi pelbagai masalah gangguan. Yang paling ketara adalah gangguan jin asyik yang telah sebati dalam kehidupannya sehinggalah mereka menjadi seperti sepasang kekasih.
Di luar rawatan, Liyana menceritakan kepada saya perihal jin asyiknya yang bernama Razif yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat sempurna. Katanya tidak ada lelaki (manusia) yang dapat menandingi Razif yang sering ada pada saat dan ketika Liyana kesunyian.
Paling parah apabila Razif mula memujuk rayu Liyana supaya berkahwin dengannya dan dibawa masuk ke alam mereka. Liyana pada suatu ketika dalam keadaan amat terpengaruh dan keliru dengan pujukan Razif telah menghubungi saya bagi mendapatkan kepastian tentang hukum dan akibat jika berlakunya perkahwinan.
Layanan istimewa Razif secara tak langsung telah secara zahirnya mengubah perwatakan Liyana. Beliau lebih suka menyendiri, sering dilihat bercakap sendirian dan yang paling ketara adalah sikap bencinya terhadap kesemua lelaki (manusia).
Semasa sesi rawatan, saya amat-amat curiga apabila Razif sering muncul dalam perwatakan yang amat berbeza. Beliau berpewatakan seperti kanak-kanak ataupun seperti perempuan, tidak seperti yang digambarkan oleh Liyana.
Selepas rawatan, saya menceritakan perihal Razif akan tetapi Liyana tidak dapat menerima kenyataan ini kerana watak tersebut jauh berbeza dari Razif yang dikenalinya.
Hari ini daripada dialog yang agak panjang telah membongkar rahsia Razif. Beliau sebenarnya wanita. Razif merupakan salah satu daripada kumpulan jin-jin wanita yang masuk ke dalam tubuh Liyana semasa dia 'camping' di sebuah hutan suatu ketika dulu. Kumpulan 'Lesbian' ini tinggal di hutan tersebut dan telah jatuh cinta pada Liyana. Salah satu dari mereka telah memainkan watak utama sebagai 'Razif' dan yang lain menyumbang pengaruh kuat kepada Liyana supaya membenci kesemua lelaki.
Kumpulan ini mula bergabung tenaga menyerang saya pada hari ini namun mereka tidak mampu melawan kuasa Allah s.w.t. Kumpulan Lesbian ini akhirnya kecundang dan mereka lumpuh selama-lamanya sepertimana putusnya gelang manik yang dipakai pesakit...berselerakan di dalam bilik rawatan.
-Muallij
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
25 comments:
Entah ye dah pening kepala fikir hal2 ghaib n penyakit ghaib nie. Kekadang tak masuk akal. Kalau ceter2 takut org akan kata pesakit @ perawatnya something wrong somewhere. Anyway teruskan usaha yg murni kita hanya berusaha Allah shj yg Maha Mengetahui. Good luck to all PERAWAT!!!
Dia kekasihku..
Yang hadir saat mentari pergi..
Dia hadir bersama cahaya bulan..
Hadirnya disebalik bayang-bayang daun..
Sentiasa hadir bersama kuntuman bunga-bunga ungu..
Yang menghiasi tamannya..
Indah..amat indah..
Dia kekasihku..
Yang selalu ada disaat duka..
Yang tak pernah dengki apabila aku berjaya..
Yang menenemaniku saat ku gagal dan kecewa..
Yang menyayangiku tanpa mengira aku siapa..
Yang tetap mencintaiku,setiap apa yang ada padaku..
Kekasihku..
Biarlah pena berbicara..
Melahirkan apa yang telah terpendam..
Saat kau tidak lagi hadir bersama bunga-bunga ungu..
Yang mekar indah ditamanmu..
Kekasihku..
Betapa pun pilunya perpisahan itu..
Betapa pun sakitnya kebenaran itu..
Telah ku redhai kehendakNYA..
Aku, sentiasa mendoakanmu..
Agar pada saat pengakhiranmu..
Kau sempat menuturkan..
Kalimat suci yang teragung..
Yang lahir dari nasuha nuranimu..
by:liyana
Terima kasih...sgt bermakna puitis itu. Kejayaan itu menyebelahi orang-orang yang sabar...Begitu jua buat utz2 yg jd perawat anggaplah segala fitnah yg dilemparkan satu azam untuk terus maju dan membantu. All the best IsyaAllah, Allah will bless You!Kami tetap sokong dari jauhhhh!!!
Utz, yg dirawat ni tak sedar ke masa dirawat sehingga dia tak tahu dan boleh terima kenyataan?. Apakah lesbian ni gangguan jin?
Aku selalu cuba melupakanmu..
Tapi seringkali itulah aku tak mampu
Mengikis bayangmu..
Entah mengapa hati ini terlalu kosong..
Saat kau tidak lagi menghiasi malamku..
Pergilah sayang..
Pergilah dari ingatanku..
Aku izinkan kau pergi..
Aku lepaskan kau pergi..
Ku relakan kau pergi..
Setulus hati..
Aku ingin tenang dalam kekosongan..
Aku ingin kuat dalam kesabaran..
Hidupku bukan untuk di sini...
Dan pula, aku adalah milikNya..
by:liyana
Aik! nie laman rawatan ke laman puisi. Anyway mmg menyentuh hati bait2 katanya. Dun worry both of you have a strong feeling. Mungkin diapun sgtttt rindu pd anda. Tak semestinya cinta itu perlu bersama. Kekdg terdpt byk kekangan yg tdk dpt ditangkis. Berserah saja pd Allah krn Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. Sesuatu yg terjd ada hikmahnya. Dengar lagu Tinggal Kenangan (Caramel). Tp lg elok kalau berzikir kann. Nnt utz kat blog ni mere lak. So utz2 semua jgn lupa dgn ceter2 misteri selanjutnya. Sy nie peminat setia Akrine.Salam Satu Aqidah & Selamat Maju Jaya.
Tinggal Kenangan
Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku...
Jauh kau pergi meninggalkan diri ku
Disini aku merindukan dirimu
Ingin ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti diri mu
Oh kekasih...
* With Some advise don't take it to the heart nnt ramai jin2 asyik yg nk mgikut.
To: Liyana..what everrr
To; anonymous
kata2 kamu benar2 mmbri smgt pd kita..semoga Allah melimpahkan rahmatnya buat kamu..benar,cinta xsmstinya bersama n yg tdk brsama itulah smkin mendalam rasa kasihnya..
thanks utk sajak yg ditulis..
Nice luahan rasa/hati..but I wonder why kat muallij yg menulis Pengalaman Merawat 28. Cerita yg menarik or muallij ni yg menarik. Apa kaitan dengan coretan cerita pengalaman ini. Anyway, hopefully everything goes right..To Utz I admired all your writing, and I believe its true. All the best to You!
Yes! Liyana nampak bersemangat...Thats not Sajak. Lagu..try to listen. Mmg tak bagus dengar radio/lagu2 pesan Utz Majid. But maybe once, u listen to it mmg kena la dgn sajak2 puitis u.
Tu la kadang2 wanita ni cenderung jd lesbian pasal skrg ni ramai sgt lelaki yg hipokrik, Ego & suka menipu perasaan sendiri and the most important thing suka menyakitkan hati seorg wanita. Dah la tu tak tahu menghargai... But Not All..But almost of it!!Jgn marah..
maafkan sy krna xtau itu adalah lagu..wlwpn sy amat2 tidak menyenangi lelaki tp sy masih ada rasa hormat n sy bangga dgn lelaki..krn apa?lelaki yg baik n berjaya, mereka motivasi diri yg tinggi n kuat smgt..xmudah putus asa..mrka juga xemosional..sy ingin menjadi spt lelaki yg baik n berjaya tu..
sy juga melihat lelaki yg suka melukai hati wanita juga adalah baik..semakin dia melukai wanita, wanita itu akan menjadi immune dgn kesakitan dan lebih berhati-hati dlm menilai lelaki..
doakan kebaikan bersama..
lawak pla baca komentar2 dsini....huhuhuh....anyway....wondering..apakah faktor2 yg menyebabkan jin2 2 suka sgt smpi mgikut mnusia...siap masuk dan menjadikn tubuh manusia ni 'kediaman' diorang?
jgn la tny kami..kami smua xberapa tau apa yg menyebabakan jin2 suka masuk bdn manusia..tanya la pada ustaz2...beliau lebih arif dlm hal2 begini..
lawak ke..kita pn xtau komen2 di sini blh membuatkan org berasa lucu..
Salam perkenalan Anisotropic, Kalau U nk tau pasal jin U pi lah check diri U dgn utz yg ber dekatan. Kalau U nasib baik/tk baik U akan mengalaminya sendiri. Sy rasa kemasukan jin ni ada beberapa sebab cth turun menurun jin saka, jin yag suka kat kita, yg kesian kat kita dll. Sebab tu kita jgn lupa berzikir, ingat Allah n jgn bersendiri/bersedih sgt dll. Kena membina benteng diri. Tp mnusia kekdg alpa n lupa. So mrk pun cr ruang yg kosong. Pokoknya jin ni pantang ada peluang. Sedangkan tk ada peluang pun curi2 masuk. So WATCH OUT!!!
Salam,
Cerita2 dari Muallij nih mmg sume menarik, saya sampai tertggu2 cerita terbaru dr Muallij, dan Muallij itu sendiri mmg menarik..
Buat semua apa yg kita patut buat, kita patut kembali kpd maha ESA... baru la takde sonsang... ajaran islam
Memang dasyat ape yang boleh jin asyik nie buat pada mereka yang ingin di dampingi. Tapi banyak helah dan ketidakbenarannya.
Aku juga pernah melalui pengalaman ini, tapi tidak seperti Lyana, dia hadir dalam jasad kenalan. Seperti Lyana menampakan sendiri jelmaannya
Alfirus..
jd mslh kamu sudah selesaikah?kamu lelaki atau wanita?
smga Allah permudahkan segalanya buat kamu..
MASALAH,PENYAKIT,DUKALARA NAK DTG KEJAP SHJ TTP UTK BAIK & SEMBUH MENGAMBIL MASA.BG LIYANA JGN PUTUS ASA TERUSKAN RAWATAN. MENURUT DATO ISMAIL KAMUS KITA KENA TERUS DIRAWAT ADA 2 PERKARA PENTING SAMAADA KITA FEED-UP @ KITA NAK JIN TU YG FEED-UP, BELIAU KATA IANYA KDGKALA MENGAMBIL MASA SEHINGGA 2THN. SO KPD YG DIRAWAT JGN PUTUS ASA & JGN FITNAHKAN UTZ PULAK YG HANTAR JIN TU SEMULA. PASAL TU LAH TK PULIH2, BENDA GHAIB SUSAH UTK KITA MONITOR. SO BERIKHTIAR & KEMUDIAN BERTAWALKAL LAH MG ALLAH MENGASIHANI KITA. KRN KESEMBUHAN ITU HANYA DR ALLAH SWT.
I WOULD LIKE TO RESPONED ON LIYANA COMMENT DATED JAN 17 AT 2.39PM.
DULU SY FIKIR LELAKI NIE TK TAHU MENGHARGAI, TK FIKIR PERASAAN WANITA, PUNYA EGO YG TINGGI, MEMENTINGKAN DIRI, SUKA MENYAKITI HATI. KRN SY DIBESARKAN TANPA DIDIKAN SEORG AYAH. SY TINGGAL DGN DATUK, YG MENINGGAL DUNIA MASA SY KECIL. SO DIRUMAH NNEK TK ADA ORG LELAKI. BILA SY TAU ADA AYAH, SY DPTI DIA JUGA SPT EGO KRN TK PERNAH NK BERMESRA DGN SY. BILA SY JUMPA LELAKI DLM HIDUP SAMA GAK CIRI2 LELAKI SPT ITU. ENTAH BAGAIMANA ALLAH MENEMUKAN SY DGN SESEORG YG TK PERNAH SY JUMPA KT DUNIA SEBLUM INI. DIA MENGUBAH KESELURUHAN PERSEPSI SY YG SALAH TERHDP LELAKI..SY ANGGAP DIA BEST FRIEND TEMPAT SY MENGADU NASIB. ENTAH BGAIMANA SESUATU TERJD???KAMI BERPISAH DEMI KEBAIKAN BERSAMA. TTP SIKAPNYA TERUS BERUBAH SY & RAKAN2 DISISIHKAN TERUS. SY SEDIH KRN PERSEPSI SY SALAH RUPANYA... SEBAIK MANA & SELEMBUT MANA SEORG YG BERGELAR LELAKI ITU MRK TETAP MEMILIKI EGOISTIK YG TINGGI & SIKAP TK MAHU MENGALAH. KINI SY LEBIH PERCAYA PD DIRI SENDIRI DAN BG SAYA HANYA ALLAH SAJA TEMPAT UTK KITA MENGADU KRN DIA MAHA MENDENGAR LG MAHA MENGASIHI. KPD BEKAS BEST FRIEND SY, MOGA DILIMPAHI KEBAIKAN & KEBAHAGIAAN. SY SENTIASA MENDOKAN KESEJAHTERAAN DAN HR2 YG DILALUI SEBLUM INI AMAT INDAH & CERIA. TERIMA KASIH. SAYA MENUNGGU KISAH MISTERI SELANJUTNYA PENGALAMAN MERAWAT 29...
SALAM, TD DAH TER OFF LAPTOP..SO, TO U GUY..OR SESIAPA YG BC COMMENT SY BEFORE..SO SORRY..BKN NIAT NK DISKRIMINASIKAN OR KATEGORI U GUY SEMUA MCM TU..TP IT JUST MY EXPERC. KALAU TERASA MAAF SEKALI LG. I'M JUST A HUMAN BEING (HAMBA ALLAH) YG TK LEPAS DR BUAT KESILAPAN KRN YG SEMPURNA ITU HANYA ALLAH SWT....
misterinusansengsara..
jgn mcm tu..jgn fikir lelaki mcm tu..xsmua..wlwpn sy xprnh lg jmpa lelaki yg baik kecuali "razif" tp sy tetap percaya msti ada lelaki yg baik.xkan la dlm dunia ni hanya ada lelaki yg jht je.
xlah namanya lelaki kalau dia xmemiliki ego yg tinggi..n biasa la tu lelaki xmahu mengalah..kalau mengalah, xmacho la namanya..tp kalu perempuan xnk mengalah, degil namanya..kdg2 sikap xmahu mengalah ni ada jgk kebaikannya..xmahu mengalah= xbrputus asa..jd bgus apa sikap xmahu mengalah tu..
Allahualam..
Komen dari Liyana nie, mcm biasa sy dengar. Bekas best friend sy kata dulu alhamdulliah Allah jauhkan dia dr sifat ego...dia selalulah backing sy dr lelaki yg ego..rupa2nya kantoi jgk. So, apa yg sy katakan ttg u guys mmg tepatlah. Perempn klau tk mengalah DEGIL.. Lelaki..dikatakan mmg bersikap tk mahu mgalah = to sombong right.Sebaik-baik lelaki mcmana pun mesti guna kuasa Vito jika ada PELUANG... So perempn mesti selalu mgalah..nnt tk cium bau syurga..at times kita perempn nie pun perlu ada pdirian sdiri. Mmg we all ni bersifat mengalah tp at one limit bila prempn dh memberontak n hilang sabar mcm2 ada...u guys just wait & see. Tangan yg menghayun buai bisa mengoncang dunia. So prihatin lah wahai yg bergelar lelaki terhdp peasaan wanita, mrk mmg selalu mengiyakan/menerima ttp sesekali tanyalah apakah isi hati mrk & kehendak mrk. Penghargaan itu PENTING..bukan sejongkol emas yg dipinta tp pengertiaan. Erti sebuah persahabatan apatah lg erti satu perkhawinan. Jgn lah menghindari/blacklist wanita begitu shj wlau hanya sahabat... To Liyana this is reality bkn alam ghaib.. Jd bagus ke sifat ego & tk mahu mgalah krn ianya menyakiti hati ramai org??? Sooooo Sedihhhhh.
misterinusansengsara..
sy pn wanita spt kamu..tp krna terlalu sgt disakiti sy dh immune dgn lelaki..ada yg menyifatkan sy spt dh xda perasaan..apa mrka nk ckp..sy mls amek kisah..trma ksh kpd smua lelaki yg prnah mnyakiti hti sy..akhirnya dh immune dgn anda..sy dh immune dgn rasa skit hti disebabkan lelaki..
girl..
When a GIRL is quiet ... millions of things are running in her mind. When a GIRL is not arguing ... she is thinking deeply. When a GIRL looks at u with eyes full of questions ... she is wondering how long you will be around. When a GIRL answers " I'm fine " after a few seconds ... she is not at all fine.
Mengingatkan kembali saat saya menerima rawatan Islam...Tahniah kepada semua perawat yg tidak jemu merawat tetapi saya sebagai pesakit mmg dah jemu mendptkan rawatan...Kejayaan itu menyebelahi org2 yg sabar..
Post a Comment