S menelefon isteri saya minta untuk dirawat berkenaan hubungannya suami-isteri. Sejak berkahwin 6 bulan yang lalu S tidak menyentuh isterinya kerana dia tak ada nafsu.
S yang berasal dari Kajang berjumpa dengan saya hari ini. Dia tidak membawa isterinya, katanya dia amat tak selesa memandu kereta bersama-sama. Oleh itulah dia memilih untuk datang bersendirian.
S memberitahu saya bahawa perkahwinannya ini adalah yang kali kedua. Perkahwinannya yang pertama telahpun berpisah 10 tahun yang lalu, atas nasihat perawat beliau dikatakan akan sihat jika bercerai kerana gangguan yang di alami. Selepas bercerai dia rasa selesa tanpa gangguan.
Beliau berkahwin semula selepas menjangkakan tiada lagi gangguan.
Bila berkahwin gangguan datang semula, bencinya kepada isterinya teramat sangat. S telah berjumpa perawat sebanyak 18 tempat (ramai rupanya perawat) tetapi masih belum berjaya mengatasi gangguan yang dihadapinya. Isterinya telah dimaklomkan, tetapi sebagai insan biasa tentulah sukar untuk bersabar sebagai seorang isteri untuk sekian lama.
Saya merukyah S, pada keterangan S seseorang tentu menyimpulkan ini adalah sihir tafriq. Sebagai perawat sayapun pada mulanya beranggapan demikian.
Saya yakin akan panduan ALLAH, selepas mengikat S dengan ayat saya membaca Al-mukminun 115-118 sebanyak 3 kali. Saya tidak membaca ayat sihir. Saya pegang tangan S, S pada mulanya melawan dengan menepis-nepis tangan saya. Saya eratkan pegangan dan menekan tangan S ke peha beliau.
"Sudah, sudah jangan baca... dah ramai yang lawan saya tetapi semuanya tewas!" kata jin berkenaan.
Saya kata semuanya dengan izin ALLAH, "saya sembelih awak kalau awak tak mahu keluar"."Berdosa membunuh jin" katanya.
"Saya sayangkan dia, saya cintakan dia!" katanya.
"Ooh awak jin asyik rupanya, cukuplah dah lebih 10 tahun awak bersamanya" kata saya.
"aku ada 3 anak hasil perkongsian dengannya, aku takkan benarkan sesiapa pun berkahwin dengannya" katanya lagi.
"Perkahwinan awak tak sah, sebab awak berkahwinan tanpa kerelaannya, ini perbuatan zalim dan melampau fitrah kejadian jin dan manusia" balas saya.
"Saya juga beragama Islam, cuma tak ikut agama.... awak tak akan berjaya memisahkan saya dengannya" katanya. "Saya sembelih awak", bentak saya. "Berdosa sembelih jin" ia masih berdegil. "Saya sembelih dengan keizinan ALLAH, kalau ALLAH tak benarkan awak mati, awak tak akan mati". Kata saya menguatkan hujjah boleh sembelih.
"Saya mencintainya, kami ada 3 anak. ini semuapun dengan izin ALLAH juga" balas jin asyik.
"Saya umpama polis yang menjaga keselamatan, awak pula adalah perompak kebahgian rumahtangga orang, awak memang boleh saya bunuh kalau awak tidak mematuhi arahan saya" Saya menguatkan hujjah. Dia termenung panjang...
"Saya cintakan dia, kalaulah saya manusia yang cantik sudah tentu dia akan menjadikan saya isterinya..." rungut jin asyik.
"ALLAH yang menjadikan anda sebagai jin, apakah anda tidak redha dengan pilihan ALLAH?" jawab saya.
"Awak tahu apa erti cinta? Cinta yang sebenar adalah kepada ALLAH dan RasulNYA...cinta yang lain boleh bertukar ganti....cinta juga bererti rela berkorban demi yang dicintai...awak tidak menyintainya kerana awak menyakitinya, awak kata awak sayangkan kucing awak, tapi awak picit perut kucing sampai kucing mati, awak sayang apa benda? Saya mengukuhkan perdebatan dengan jin asyik ini. Dia termenung panjang...
"Habis, apa yang saya nak buat sekarang" jin asyik mengalah dan minta diberi nasihat.
"Demi cinta, awak bersama-sama dengan anak2 awak mestilah tidak mengganggu dia lagi." Nasihat saya, "macammana kalau ada jin lain yang cintakan dia?" jin asyik masih menyimpan cintanya kepada S. "InsyaALLAH, ALLAH akan melindunginya" balas saya.
"Tak ada ke penggantinya?" minta jin ini. "Awak mahu pengganti? kalau awak ikhlas saya akan doakan?" sambut saya. "Ya! saya mahu pasangan dari golongan jin" jawabnya.
Sayapun berdoa, selepas dua kali berdoa, muncullah satu jin di depannya. Sayapun melamarkannya dan jin berkenaan pun keluar dari badan S dengan izin ALLAH.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment