Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda: Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa dalam banyak godaan yang diselenggarakan Iblis dan konconya ialah menceraikan pasangan suami isteri, sementara yang lain tidaklah menjadikan kebanggan bagi iblis laknatuLLAH.
Oleh yang demikian, tidak menjadi kehairanan di kalangan perawat bahawa masalah yang selalu ditangani adalah sihir yang ingin memisahkan suami isteri.
Tanda-tanda gangguan
Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta kepada marah, suka kepada benci dsb.
Meragui kejujuran pasangan, merasakan ada melakukan kegiatan curang yang berlegar dalam fikiran.
Amat sensitive, tidak mahu menerima kesalahannya
Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan
Membenci pasangan yang meruap-ruap
Marah kepada pasangan semasa berada di rumah tetapi merasa aman dan tenteram bila pasangan tiada disisi. Adakalanya merindui pasangan ini bila berjauhan.
Rawatan
Bacakan kepada pesakit ayat2 berikut:
Al-Fatihah
Al-Baqarah :1-5
Al-Baqarah :102 (7x)
Al-Baqarah : 163-164
Al-Baqarah : 255 (Ayat Kursi)
Al-Baqarah : 285-286
Al-‘Imran :18-19
Al-A’raf : 54-56
Al-A’raf : 117-122
Yunus : 81-82
Thoha : 69
Al-Mukminun : 115-118
As-Shoffat :1-10
Al-Ahqaf : 29-32
Ar-Rahman : 33-36
Al-Hasyr : 21-24
Al-Jin : 1-9
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Nas
Pesakit perlu melakukan mandian dengan cara membacakan pada sebaldi air :Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4 Qul. Minum 3 teguk air berkenaan dan buat mandian sebagai bilasan terakhir. Jangan lap air berkenaan, biarkan ia kering secara terus memakai pakaian. Waktu terbaik mandi adalah sebelah petang. Lakukan setiap hari sehingga anda yakin tidak ada gangguan lagi.
Pesakit juga digalakan membaca Al-Baqarah 102 setiapkali lepas solat dan sebelum tidur.
Bagi wanita yang didatangi putaran haid, rakam bacaan di atas untuk didengar atau sekurang-kurang surah As-Shaffaat.
Pesakit juga mestilah berzikir “Lailahaillah wahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiin qadir” 100x pagi dan petang
Jika anda gagal berzikir, cuba lawan untuk berzikir. Jika gagal juga jumpalah perawat.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment