Hari ini diberitakan sekumpulan 50 tok bomoh dari sebuah pertubuhan menawarkan perkhidmatan mereka mencari Sharlinie yang telah 13 hari tidak dijumpai.
Dari gambar beberapa cerapan dapat kita perhatikan, antaranya uniform berwarna hitam dan memakai cincin akek sepasang di tangan kiri dan kanan. Mereka membawa burung merpati putih yang kemudiannya dilepaskan, sejenis daun seperti pokok pandan dan sebagainya.
Ternyata mereka adalah bomoh yang menggunakan khidmat jin.
Saya juga kalau diikutkan rasa marah kepada sipenculik boleh sahaja mendapatkan khidmat dari jin pada beberapa pesakit saya, tetapi saya tidak berbuat demikian, kenapa?
Tulisan terbaru saya berkenaan pandangan ulamak tentang penggunaan jin dalam perubatan merupakan pegangan saya kini. Saya mahu meletakan bantuan terus dari ALLAH dalam hal-hal rawatan dan pengubatan. Saya menghormati jin-jin yang mahu membantu saya, saya doakan mereka bagi saya apapun kegiatan mereka biarlah seikhlas yang boleh.
Doa dan solat hajat saya kepada Sharlinie mudaha2an akan ditemui dengan keadaan sebaik dan secepat mungkin.

2 comments:
ASM
Saya hormati sdr sebgai perawat pesakit menggunakan ayat alQuran dan doa. Dlm maslah mencari sharlini oleh "kumpulan bomoh" tu sdr sudah cukup yakinkah mereka menggunkan khidmat jin? Daun pandan ke atau burung merpati yg dilepaskan tu bukti penggunaan jin ke? Mungkin shj mereka berdoa semasa dilepaskan burung merpati itu "Wahai Allah sebagaimana burung merpati yg putih suci tak bersalah dilepaskan dari kurungan sangkarnya lepaskanlah sharlini dari kurungan pencoleknya".
Penggunaan sempena² sebegitu tidak salah dan ada asalnya. Ada diberitakan ulamak2 besar yg sakit sakit lutut, dan ada yg sakit muka berbijik2 sudah setahun tak keluar rumah. Maka disuruh banyak derma, korek telaga diharapkan dgn memancutnya air keluar dlm telaga tu makan hilanglah sekatan darah dlm lutut pesakit( ulamak) tersebut..namanya saya lupa, ulamak yg berbijik2 tumbuh kat muka tu adalah Imam al-Hakim dia pun sedekah air setelah segala usaha dibuat tak berhasil.
Nama bomoh tidak salah pada asal namanya. Pakai cincin akek juga tidak salah pada asalnya. Pakai baju hitam juga bukan kriteria sesat. Imam2 Masjid pun banyak pakai uniform hitam walaupun yg sunnah adalah memakai yg berbaju putih di hari jumaat.
Berbaik sangka kpd sesama muslim adalh lebih utama dari berburuk sangka. Buruk sangka pula kebanyakannya adalah dosa-mafhum alQuran.
Jadi amalkan ajaran Islam sebenar ini iaitu jgn suka menghukum tanpa bukti. Ini dilarang keras oleh agama. Jgn su'uszhon kpd kaum muslimin.
Wassalam.
Sbg tambahan kpd komen pertama sebab saya terlupa nak masukkan sekali sebelum ni bab mengambil sempena atau membuat sempena tu. Cth dlm bab solat istisqa' minta hujan..semasa khutbah dan berdoa Imam disunatkan memusingkan serban atau mengalihkan kain serban yg kanan ke kiri dan yg kiri kekanan dgn itu diharapkan berlaku perubahan cuaca. Ini adalah sunnah. Sila rujuk detailnya (setengahnya mengatakan pusing serban yg depan ke belakang) semasa berdoa tu. Ini adalah sunnah.
Jadi mereka tu 'kumpulan bomoh' membuat sempena shj. Tidak ada sebarang syirik yg zahir kpd kita. Kalau dia berdoa kpd Allah hukumnya harus, kalau dia minta tolong dgn jin berbagai pandangan ulamak pula. Ikut kata Ibnu Taimiyyah dia kata ok. Walaupun majority ulamak kata ko. Dlm kedua²keadaan kita tak tahu depa seru sapa.
Jadi dlm hal ini menjatuhkan hukum sebagai haram atau syirik adalah semberono. Sebab tanpa bukti. Husnuzzhon adalah lebih utama dan jalan yg selamat.
Wallahu'alam.
Post a Comment