Inilah yang berlaku kepada puan R, seorang pensyarah IPTA. Beliau sekeluarga pernah dirompak secara pukau dirumahnya mengakibatkan semua barang kemasnya dikebas oleh penyamun yang mengikat mereka. Peristiwa ini menjadi trauma kepada puan R dan suaminya S.
Mereka rajin melakukan solat hajat dan membaca doa berpandukan buku doa yang antara lain memohon ALLAH menurunkan pembantu dari langit... saya belum merujuk buku doa yang digunakan.
Akhir2 ini mereka merasakan kewujudan benda tak nampak di rumah mereka. Makhluk ini dapat dirasai kehadirannya oleh pasangan ini.
Suatu hari mereka mendapati sebentuk cincin yang dirompak berada dibilik mereka. mereka amat yakin bahawa cincin itu tidak berada disitu sebelum ini. Mereka berjumpa saya sambil menunjukan cincin berkenaan.
Saya ruqyah puan R dan puan R merasakan mulutnya terketar-ketar. Dipendekan cerita saya keluarkan makhluk-makhluk ini secara menarik dengan kain serban pada seluruh badan puan R.
Saya maklumkan bahawa saya membaca ruqyah sihir dan jin2 yang dikeluarkan adalah jin2 yang diikat oleh tukang sihir.
Saya beritahu bahawa rawatan ini hanyalah tahap asas, dan misteri cincin dipulangkan masih belum terbongkar lagi. Saya berikan panduan amalan untuk merawat dan melindungi dari gangguan.
Esoknya S telefon saya mengatakan jam tangan R tidak semena-mena hilang pula. Saya minta S melakukan kaedah membaca Yasin 7 mubin. Petangnya saya mendapat SMS dari S mengatakan jam telah ditemui...siapakah simisteri ini? doakan saya untuk mencari penyelesaiannya.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment