Assalamualaikum wbkth..
Apa khabar ustaz? Semoga ustaz sekeluarga sentiasa didalam naungan pemeliharaan Allah selalu hendaknya,amin3x ya Allah…
Yg berbahagia Ustaz,
Saya ada menghadapi ujian “anak menangis malam” dari Allah…telah saya pagari rumah dengan bacaan ruqyah syar’iyyah(hari2),yasin dan renjisan air limau purut, ustaz, alhamdulillah..(semoga Allah istiqomahkan saya,amin3x)…. persoalannya yg timbul pada saya;
1) Dia tetap dengan “bila tiba waktu tengah malam dia tiba2 menangis dengan begitu sekali seakan2 ada yang menyakitinya dengan benda..” saya pun bangun,baca Alam tarokaifa dan ulangi “tarmiihim bihijarotim” dengan niat menyerang siapa yg buat angkara ini walau dimana dia berada.Banyak kali juga lah saya kena ulangi..Alhamdulillah,perlahan2 ada kesan..dia diam dan dapat tidur..kemudian,setengah jam @ sejam selepas itu,jadi semula.. dan bila dia jadi,dia tak mahu lagi menyusu dan (kadang2)matanya berkeliaran kesana kemari.
Jadi ustaz,apakah kekurangan@ yg tidak sesuai dalam tindakan yg saya ambil ini,ustaz? (mohon komen/nasihat)
2)Baru2 ni,bila saya pulang dari memagar rumah yg ada gangguan diperlis dan juga bila saya pulang dari merawat pesakit yg saya sembelih jinnya(yg terbaru selepas itu),anak kecil saya tu,setibanya saya dirumah,dia mula nampak tidak selesa dan mula menangis2…dan dia perhatikan saya dengan tenungan seolah2 ada sesuatu pada saya..
(mohon nasehat ustaz dalam langkah menanganinya)
Sekian dulu ustaz,buat kali ini,yaa..Wallaahul musta’aan
Wassalam wbkth…
Salam,
Inilah yang dikatakan sesetengah orang sebagai risiko menjadi perawat. Jin2 yang ada kaitan dengan rawatan yang kita lakukan akan mencari jalan bagi mengalahkan perawat. Sekiranya didapati perawat sukar diserang maka ahli keluarga terdekat akan dijadikan ganti, dengan harapan bahawa perawat akan pull-out dari kerja-kerja merawat.
Inilah yang menyebabkan ramai mu'allij muda/baru gugur apabila ujian datang... walaupun pada mulanya bersemangat tinggi.
Sebenarnya peristiwa ini dialami oleh semua perawat.
Secara positif ia adalah sebahagian dari proses ujian yang ALLAH sediakan bagi:
1.Menguji keikhlasan perawat
2.Menguji daya tahan dan kesabaran perawat
3.Memberi peluang kepada perawat mencari kaedah penyelesaian terhadap gangguan
4.Memantapkan ruqyah perawat.
InsyaALLAH enta akan lulus ujian ini.
Sebagai perawat kita juga perlu mendindingi diri dengan zikruLLAH yang mempunyai atsar yang tepat. Perawat juga perlu membuat mandian untuk diri dan keluarga.
Kaedah mandian adalah:
Sediakan sebaldi air, bacakan Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4Qul (ini ada sandarannya), tiup. Air ini dijadikan sebagai bilasan terakhir dan jangan lap.
Lakukan juga kepada ahli keluarga kita yang diganggu. Mandian perlu diulang apabila merasakan ada serangan.
Tambahan:
Untuk mengatasi gangguan anak menangis malam dan tidur tak nyenyak, bacakan surah As-sajadah pada serban, tiup dan pukulkan perlahan-lahan pada anak ini. InsyaALLAH sembuh.
Wassalam
No comments:
Post a Comment