abu1978@yahoo.com> wrote:
Assalamualaikum wbkth...
Yang Mulia,ustaz Abd Majid Mudda dhzilluhul 'aalii
Jazaakallaahu khoiron ahsanal jazaak diatas jawapan ustaz terhadap soalan soalan saya...
(Lapuran hari nie,jumaat,29hb 02 2008)
Tadi sebelum jumaat,saya ada merawat pesakit yang dimasuki jin kiriman bomoh orang asli....sesi rawatan pertama,ternyata sepasang suami isteri dan saya dakwah mereka berdua,alhamdulillah,mereka terima islam...
Kemudian,saya bg dia rehat sebentar,untuk selama 15 minit,dalam tempoh 15 minit itu,saya bg dia baca "LAA ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu (hingga tamat) sebanyak 100 kali...
Kemudian masuk sesi kedua, ternyata,yang lain pulak dikirimnya....maka saya dakwah...pendekkan cerita,dia pun terima islam,dan dia buat sumpah yg dia takkan masuk lagi ke tubuh mana2 org beriman...Kalau dia masuk, maka dia layak terima hukuman mati...Dia pun bersumpah dengan lafaz "Wallaahi billaahi tallaahi...ilaa aakhirihii"......
Kemudian, selepas pesakit rehat lebih kurang 15 ke 20 minit, saya mulakan sesi ketiga...ternyata dia yang sama...
maka dia kata, dia suka mati dari terus berkhidmat kepada bomoh berkenaan..
Jadi,(biarpun dia sudah masuk islam) namun atas pelanggaran sumpahnya itu, maka saya pun sembelih dia,ustaz...
Salam,
Maaf sibuk kempen pilihanraya.
Ulasan saya: next time kalau jin sihir telah diIslamkan jangan biarkan dia berkeliaran bebas, sebab bila tkg sihir panggil (seru) dia akan ditarik dan disuruh kacau lagi. Jin ini tak dapat melawan dan terpaksa buat kerja sihir lagi.
Cadangan ana: Ustaz solat hajat mohon pada ALLAH untuk didirikan pusat Islam/perkampongan Islam yang serba lengkap untuk jin-jin Islam. Termasuk segala kemudahan, industri, ketenteraan, tuan-guru dsb dan pusat pemulihan. Pusat pemulihan adalah tempat jin2 jahat atau jin sihir akan ditempatkan hinggalah keadaan tenang dan dia dibebaskan selepas didakwah dan diyakini tidak akan mengulangi pekerjaan jahat lagi. Doa juga supaya perkampongan ini boleh membesar secara sendiri jika telah dipenuhi oleh jin2 Islam.
Selepas solat ust. tetapkan tempat perkampongan ini nak didirikan, kalau boleh di kawasan yang tiada pembangunan manusia ie hutan simpanan.
Ust. selawat tafrijiah, pasang niat dan hembus ke arah mana2pun boleh, insyaALLAH perkampongan ini akan wujud. Ustaz namakanlah perkampongan ini.
Bila ada jin yang insaf, sama ada masuk Islam @pun tidak ust. suruh dia tinggal dipusat pemulihan.
Begitu juga boleh offer jin2 supaya berhenti bekerja dgn tukang sihir.
Ust. boleh confirm kewujudan perkampongan ini semasa dialog dengan jin2, suruh dia tengok ke depan, ust selawat, niat diperlihatkan perkampongan then tanyalah jin berkenaan.
Untuk pastikan jin2 ini sampai ke destinasi, bila ust suruh keluar, ust panggil tentera Islam dari perkampongan tersebut untuk tangkap jin ini sebaik shj dia keluar.
Sekian, wassalam
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment