Ibu mertua tinggal di Batu Pahat. Apabila dijemput ke UTHM saya sekeluarga singgah bermalam sebelum ke UTHM.
Saya sempat merawat 2 orang pak saudara dan mak saudara isteri di sebelah pagi. Saya ruqyah serta gunakan teknik tarik jin masuk botol kepada Pak A dan Mak C.
Pak A bermasalah dengan matanya yang tak dapat melihat. Penglihatannya amat kabur sehingga saya hulurkan tangan untuk bersalampun dia tak nampak.
Mak C pula sudah terlantar dikatil. Separuh badannya telah lumpuh hampir setangah tahun
Bila balik ke Kuang semasa kedatangan puan K saya tarik seorang jin dari Pak A dan Mak C lalu transfer kepada Puan K.
Saya tanya jin yang mengganggu mata pak A, kenapa kaburkan matanya. Jin itu dengan marahnya menceritakan bahawa Pak A telah buang air "dikampongnya" dibelakang rumah pak A hampir setiap hari. Mereka mengambil keputusan membalas dendam dengan tinggal di mata pak A. Saya beritahu pak A tak nampak kampung dia, jin berkenaan berkeras mengatakan bahawa pak A mesti bertanggungjawab.
Bila berdialog dengan jin yang mengganggu mak C, dia kata dia dihantar oleh jiran Mak C melalui sentuhan semasa bersalaman. Saya tanya kenapa jirannya menyihir mak C. Jin itu memberitahu jirannya tak suka mak C cakap tinggi-tinggi.
Semua jin2 ini saya hantar ke pusat pemulihan.
Pengajaran:
1. Jika anda buang air di tempat2 yang bukan tandas, jangan lupa mohon perlindungan lebih dari biasa dari ALLAH kerana adakalanya tempat berkenaan adalah kawasan jin berkampong. Bukannya "minta maaf anak-cucu nak tumpang...." ini jin naik toncang bila mendengarnya.
2. Mata rabun adakalanya kerana gangguan makhluk halus, selain perubatan hospital dan kaca mata cubalah rawatan secara teknik tarik jin masuk botol. Saya melakukan pada mata saya sendiri dan dapat merasakan perbezaannya. Seorang suami pesakit (puan R) saya dapati matanya bergerak-gerak di bahagian bawah mata, dia komplen mengantuk teramat sangat bila drive walaupun memandu merc. Bila ditarik jin2 dimatanya dan ditunjukan kepada puan R, puan R mengatakan jin2 itu berbau amat busuk dan teramat banyak.
3. Saya meyeru kaum ibu jangan cakap meninggi dan mulut laser dengan jiran2 anda... anda mengundang rasa benci jiran dan kemungkinan ada yang mengambil jalan pintas untuk mengalahkan anda.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
1 comment:
Salam Ustaz,
Saya selalu membaca blog ini dan saya dapati nama Pn K sentiasa ada untuk membantu ustaz dalam berdialog dengan Jin melalaui transfer ke badan Pn K. Tidakkah nanti terjadi apa2 kepada Pn K. Siapa Pn K nampaknya seolah dia terlalu rapat dengan Ustaz? Sentiasa ada di sisi..
Post a Comment