Ia bermula dengan Puan N yang dirawat memberitahu saya ada jin dalam bentuk ular senduk yang besar sedang memerhatikan saya dari luar kawasan saya merawatnya.
Saya tahu jin ini adalah pemantau terhadap anak buahnya yang berada di badan Puan N. Saya niat nak tarik jin ini dan transfer ke badan N. Saya pun mengarahkan tangan saya keluar sambil membaca ayat Quran tertentu dan kemudian menghayunkan tangan ke arah puan N. Puan N menggeliat-geliat sambil lidah terjulur keluar seperti seekor ular. Ternyata dialah sicobra di luar tadi. Saya cuba pujuk tetapi dia teramat degil dan samseng, lalu saya saya sembelih dengan izin ALLAH.
Puan N sedar semula dan memberitahu saya ada seekor cobra lagi di luar sana. Saya lakukan kaedah transfer seperti sebelumnya dan alhamduliLLAH sekali lagi saya berjaya. Jin ini cobra betina, pasangan jin sebelum ini. Yang inipun saya sembelih.
Dalam satu rawatan terhadap puan K, suaminya mengadu sakit bahagian kepala. Saya gunakan teknik transfer dari suami puan K kepada puan K dan berjaya. Saya dapat berdialog dengan jin yang menganggu suami puan K dan menghantarnya ke Pusat Pemulihan. Saya juga berjaya dgn izin ALLAH menangkap dan memindahkan jin saka isteri saya kepada puan K, seterusnya seekor jin berbentuk orang hutan yang mengganggu isteri saya dapat saya tangkap dan terus saya serahkan kepada tentera jin Islam yang disaksikan oleh puan K.
Isteri saya sakit dibahagian kepala, dia mencadangkan saya tangkap dan simpan dalam botol sementara menunggu kedatangan puan K. Saya ambil dua botol, satu botol plastik dan satu botol kaca dan melakukan penangkapan. Bila puan K datang saya tunjukan botol-botol berkenaan, puan K memberitahu saya hanya pada botol kaca sahaja ada jin. Ertinya botol plastik tidak sesuai untuk memenjara jin-jin ini.
Semasa merawat puan K, suaminya mencadangkan saya meletakan terus botol kaca ke badan puan K dan menariknya dari bahagian bawah botol. Ternyata teknik ini berjaya dan padat jin-jin yang terkurung dalam botol apabila selesai teknik penarikan dijalankan.
Saya juga mencuba menarik jin melalui gambar, kes pertama saya tarik dan transfer kepada puan K, pun saya dapati jin berjaya ditarik melalui gambar tanpa kehadiran pesakit. Saya teruskan dengan melekapkan botol pada gambar dan melakukan teknik menarik. AlhamduliLLAH berjaya juga.
Semua jin-jin yang ditangkap di atas tidak dikurung lama, saya minta tentera jin Islam membawa mereka ke pusat pemulihan untuk tindakan selanjutnya.
Saya dan isteri agak bimbang akan kewujudan pihak lain yang melakukan penangkapan dan penarikan jin. Mana tahu ada jin saka yang berbuat demikian. Untuk menghilangkan rasa curiga saya saya tambah zikir berkenaan pergantungan bulat pada ALLAH dan memohon dijauhkan dari terlibat dengan kerja-kerja syirik sebelum melakukan tangkapan dan tarikan. Saya berdoa kepada ALLAH supaya kerja2 ini tidak menjadi jika ada penglibatan pihak ketiga. Ternyata saya masih berjaya dengan izin ALLAH. Saya tanya beberapa pesakit saya yang nampak jin adakah mereka melihat pihak ketiga dan setakad ini tiada yang nampak.
Walau apapun tujuan saya menceritakan penemuan ini bukan untuk berbangga tetapi untuk mencatatkan liku2 perjalanan rawatan yang saya tempuhi. Juga sebagai tanda syukur atas limpahNYA.
Teknik ini saya perturunkan kepada Ustaz Zed kerana saya yakin ia adalah ILMU...yang boleh diamalkan oleh orang lain yang memerlukannya.
ALHAMDULILLAH
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
4 comments:
Alhamdulillah, saya Aki dari Nilai telah mencuba cara Ustaz bila Isteri saya Pn 's' berubat ditempat Ustz dan berkesan. Cara gambar juga berkesan. Cuma saya ingin bertanya adakah kemungkinan jika di sihir mereka yang membuat kerja ini akan tahu dan gangguan seperti ini di tambah lagi. Bagaimanakah caranya utk kita menghalang? Bagaimanakah sekiranya ada barang yang ditanam? Perlu dimusnahkan ke Ustaz?
assalammualaikum ustaz, saya nak tanya sikit bagaimana cara sebenar nak tarik jin tu masuk botol, mula-mula nak baca apa supaya jin tu faham dia kena masuk dalam botol yang kita sediakan tu...ke kita pegang jer botol tu..dia pandai sendiri nak masuk.
cikguizza
Salam,
Teknik tarik jin masuk botol hanya untuk perawat sahaja...sebab orang awam tidak tahu apa tindakan selanjutnya selepas dimasukan ke dalam botol. Harap maaf.
Asm Ustaz,
ada komen dari pengamal perubatan dari satu forum mengenai teknik ustaz..
XXXXX
Moderator Otai
--------------------------------------------------------------------------------
”Suatu Sedutan dari BLOG : http://akrine.blogspot.com
Monday, June 23, 2008
Teknik Sihir Budi S***???
Segala nama yang disebut bukanlah "orang yang sebenar"... pendedahan ini hanya ingin memperlihatkan teknik penyihir yang menghantar jin baru sebaik sahaja jin di badan telah disembelih. Ini adakalanya mengelirukan perawat seolah-olah jin tak mati disembelih..”
SUATU PERSOALAN :
1) Macamana USTAZ tu tahu itu SIHIR BS ?
KALAU JIN yg diseksa tu bercakap begitu ? BOLEHKAH dipercayai....dan kenapa perlu JIN tersebut diseksa sedemikian rupa...
USTAZ-2 dari DARUL-2 spt Syifa ..Darul Salam..Akrine DLL selalu cakap jgn percaya kepada cakap2 Jin..tapi kenapa percaya cakap2 JIN yg diseksa dgn Rukyah...
Pengalaman Den merawat mereka2 yg tak sembuh ni bila datang JUMPA DEN...mereka/UStaz semua dapat maklumat dari JIN rasukan..maka berlaku syak wasangka...maka berhati hatilah...Kebanyakannya SALAH...Contoh ada satu KES POMPUAN TETEK jadi BESAR dari DOLLY PARTON...Ustaz tuduh mak tiri pompuan tu buat sebab dia punya payu dara BESAR...MENTAL ke ustaz ni...
2) Kalau betul kita Perawat...bila JIN yg dikatakan disembelih itu mati lepas tu masuk pula JIN lain...MAKA apa guna PERAWAT USTAZ tu berada di sisi pesakit...USTAZ ada pun JIN berani masuk lagi...MAKNANYA USTAZ tu kena belajar lagi...Patutlah rasukan boleh berpindah pindah...
dan pastikah itu JIN...Bukannya Hantu atau Puaka atau Syaitan ...
Dan macamana kita nak pastikan JIN tu dah mati kena sembelih...sedangkan JIN ada yg boleh mencantumkan dirinya....walau dipotong byk mana pun....
Dari pengamatan DEN dalam CLIP Video tu...
1) Tentera2 JIN ISLAM tu hanya ilusi Ustaz tu aje....
Kalau ada...Berterabur dah JIN2 dalam badan... Apa nak di rukyah-rukyah dan sembelih...
2) Hanya Ada satu aje JINnya tidak banyak seperti yg didakwa oleh JIN...dan dipercayai oleh ustaz Kan dah kena tipu...
3) Dan yg pasti ini bukan JIN dari perbuatan SIHIR...maka suatu penganiayaan terhadap nama yg telah disebutkan itu... Kan dah kena tipu...
4) Dipermainkan oleh JIN sahaja...Jin itu tak LUT DISEMBELIH....
apa komen ustaz pula..wassalam
Post a Comment