Hari Ahad saya tak merawat. Saya hanya merawat pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Sabtu lepas amat meletihkan kerana terlalu ramai pesakit, walaupun usaha-usaha temu-janji rawatan telah disediakan. Jadi saya amat-amat mengharapkan hari Ahad sebagai hari kerehatan.
Hari Ahad, jam 3ptg, anak saya memaklomkan ada orang datang nak dirawat. saya pesan kepada anak saya supaya memaklomkan bahawa saya tak merawat harini. Saya tak jengok siapa yang datang.
Jam 3.30ptg Puan K suami isteri call dari luar rumah mengatakan mereka berada di luar rumah saya. Saya tersintak, mungkin merekalah yang datang tadi, puan K memang adahal dengan saya. Lantas saya segera keluar rumah.
Rupanya selain puan K ada satu keluarga sedang menanti saya. Keluarga ini minta saya merawat juga kerana datang dari jauh. Mahu tak mahu saya rawat juga. Selesai sesi rawatan sisuami menghulurkan kepada saya sekeping kulit rusa saiz 2"x2" yang tertera tulisan harfiah. Dia minta pandangan saya boleh tak menyimpannya.Saya tanya untuk tujuan apa dia menyimpan di dalam dompet. Katanya sebagai pendinding.
Saya panggil puan K masuk ke bilik rawatan. Saya katakan kepada lelaki ini bahawa niat anda akan mengwujudkan jin pendamping. Dia tak percaya. Saya beritahu dia saya akan usahakan dgn izinALLAH untuk menarik jin itu dari kepingan berkenaan dan transfer ke puan K. Saya minta persetujuan puan K.
Apabila ditarik, jin itu memperwatakan dirinya sebagai seorang yang gagah dan memandang tajam lelaki berkenaan. Apa kau mahu dariku? sergahnya. Lelaki berkenaan ketakutan dan minta saya hentikan dialog. Sayapun masukan jin berkenaan ke dalam botol untuk dihantar ke pusat pemulihan.
Pengajaran:
Niat dan tangkal boleh mengundang jin pendamping. Kajian saya terhadap seorang lelaki yang mengamalkan zikir ayat al-Quran supaya dilihat "manis" oleh orang lain dipenuhi oleh jin-jin betina yang bila berdialog mengatakan dia dipanggil oleh tuan badan dan missionnya sebagai pemanis.
Kisah di atas pula menunjukan walaupun ianya huruf-huruf harfiah, Alif, lam, mimm dsb ternyata berlaku pemesongan dan mengundang bala.
Bagaimanapula tulisan al-quran yang digantung di depan pintu dan diniatkan sebagai pelindung dari jin dan syaitan? Saya akan dapatkan jawapannya utk kebaikan bersama
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
1 comment:
Assalamualaikum ustaz
Saya tunggu jawapan ustaz berkenaan mengantung ayat quran depan pintu.
Semua bergantung pada niat.
Jazakallah.
Husmi
Post a Comment