Saya menggunakan Aromateraphy Akrine (AA) sebagai ganti penggunaan limau purut. Ini adalah ilham saya memandangkan ramai pesakit yang mengeluh kesukaran mencari limau berkenaan.
Limau purut telah dikenalpasti oleh perawat-perawat sebagai ciptaan ALLAH yang tidak digemari oleh makhluk halus. Begitulah kebesaran ALLAH mencipta sesuatu ada kebaikan dan kelebihan tersendiri. Limau purut tidak boleh diminum buahnya sepertimana limau kasturi atau limau nipis. Hanya daunnya yang berguna untuk dibuat tomyam. Akhirnya harga buah limau purut lebih mahal dari limau yang lain sehingga mencecah RM1.00 sebiji oleh kerana penggunaan dalam rawatan.
Memandangkan keadaan di atas dan mengambilkira bahawa kesembuhan adalah milik ALLAH dan penggunaan bahan hanyalah media penyembuhan maka saya memilih untuk menggunakan aromateraphy yang telah sekian lama diakui memiliki keistimewaannya tersendiri dalam merawat emosi dan gaya hidup pengamal bahan-bahan ini. Saya memilih 9 jenis aroma seperti Lavenda, Ros, kasturi, limau dsb yang memang terbukti kekuatannya dengan izin ALLAH.
Berikut saya catitkan beberapa kes pengguna sebagai catitan rawatan.
Kes 1 :
Seorang bekas pengurus Bank mengalami jiwa yang kosong, berdepan depan masalah kewangan dan perniagaan yang malap, bercerai dengan isteri ie menduda dan terpaksa menjaga anak-anak dengan bantuan ibu yang sakit.
Saya minta dia mengamalkan zikir dan mandian menggunakan AA.
Cerapan :
Selepas mandi dia merasa segar, bersemangat dan ceria. Perniagaannya dipermudahkan ALLAH.
Dia juga menceritakan 2 kes roadblock yang dia dengan izin ALLAH dapat melepasi walaupun roadtax sudah expired, almaklumlah RMnya sedikit terganggu.
Mengikut cerapan saya, kemungkinan pesakit ini ada masalah saka yang cuba mengatur kehidupannya. Masalah perniagaan dan keluarga yang silih berganti adalah antara petunjuk disamping pengakuan pesakit sendiri.
Tujuan penggunaan AA adalah untuk menghurai cengkaman jin-jin pengganggu tentunya dengan keizinan ALLAH semata.
Kes 2:
Seorang pegawai bank menjadi pesakit yang saya rawat dalam tempoh yang lama. Saya minta dia menggunakan AA sebagai mandian.
Cerapan:
Pesakit mengadu teramat letih dan mengantuk. Apabila dirawat jin2 ditubuhnya membuat aksi menguap melampau lalu memarahi saya kerana menyuruh pesakit menggunakan AA. Mereka teramat lemah dan mengantuk.
Dalam tubuh pesakit ada jin sihir, asyik dan tumpang. AlhamduliLLAH mahu keluar setelah dibelasah dengan AA biizniLLAH
Kes 3:
Dua anak beranak yang juga merupakan pesakit saya yang rajin datang untuk dirawat. Selang 2 minggu akan datang kerana serangan terbaru dari OKS.
Setelah menggunakan AA selama 3 hari datang untuk rawatan lanjutan.
Cerapan:
Yang anak ada denyutan teramat lemah. Sebelum ini dia akan menggoncangkan kakinya kerana ramainya penghuni ditubuh. Saya tambah dgn teknik bakar batu-bata dan tikam, pesakit dapat merasai denyutan-denyutan lemah sahaja.
Mukanya yang hitam sebelah telah putih seimbang sehingga sukar untuk saya mempercayai. SubhanALLAH.
Yang Ibu saya ada point yang kalau saya cucuk dia akan kerasukan dan mengganas. Kali ini bila diusik, dia kerasukan tetapi longlai. Dulu dia (jin) di point berkenaan tak pernah mahu dikeluarkan dan terpaksa disembelih. Kali ini mereka mengangguk lemah minta dikeluarkan.
Saya diberitahu kedua beranak ini menggunakan teknik mandian AA dengan ais. Mudah2an ALLAH mempermudahkan rawatan mendatang jika ada.
3 comments:
Salam Ust
Bolehkah kita campur barang setitik dua AA ni di dalam air mineral rukyah,
Ada perawat2 yg pernah buat R&D mcm ni tak. Harap mendapat feedback/pandangan Ust & perawat2 lain
Drpd
Abgaudit
W'salam
Salam Abgaudit,
Boleh biizniLLAH. Saya campur sedikit untuk tujuan spray.... kesannya xjelas, sukar dicerap kerana air rukyah itu sendiri ada kekuatannya tersendiri.
aslmkm..uystaz, dimana boleh sy dapatkn produk ini, sy dari KotaBharu
Post a Comment