Email dari Sdra Sarji Kasim:
Asalamualaikum ustaz,
Petang tadi saya sempat berbincang dengan saudara Amni berkenaan hubungan rumah saya terbakar dan hubungan dengan makhluk halus. Saudara Amni juga sependapat dengan saya, bahkan dialah yang memulakan perbincangan. Menurutnya, memang ada hubungan. Menurutnya, elok juga dibincangkan dengan Ustaz mudah-mudahan ada pengajarannya. Saya akan terangkan urutan peristiwanya.
Pada 6 Mei 2009 saya telah dirawat oleh Saudara Amni kaedah TKR. Sebelumnya, saya juga merawat saudara Amni sekadar terdaya. Tempat rawatan di surau Sekolah Menengah Mengkarak jam 3 ptg.
Seperti biasa, saya telah mengembara ke dalam rumah saya (TKR). Alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat di dalam rumah saya dipenuhi dengan mayat seakan-akan mayat yang bunuh diri. Lidahnya terjelir. Kadang-kadang mayat tersebut ketawa bila dibaca ayat-ayat Al-Quran. Namun demikian, apabila dibaca berulang kali mayat tersebut keluar dari rumah dan kini berbaris memanjang disepanjang jalan. Bahkan saya dapat mendengar katanya “lari kawan-kawan, panas ni” Dengan ayat yang tetentu semua mayat-mayat tersebut saya bom. Seterusnya saya memagar rumah saya di Bera.
Seterusnya saya mengembara ke dalam tubuh saya. Alangkah terkejutnya saya apabila seluruh tubuh saya dari kepala hingga kaki dipenuhi juga dengan mayat. Kaedah untuk mengutip satu persatu tentunya ambil masa yang panjang. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menggunakan bom untuk membersihkan seluruh tubuh saya. Saya juga memagar tubuh saya.
Selepas itu, saya mengembara ke rumah bapa mertua saya di Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Hal yang sama juga berlaku. Seluruh rumah tersebut juga dipenuhi dengan mayat dan saya guna kaedah yang sama. Bila dibaca ayat-ayat tertentu (tentunya dalam zikir Tahsin) semua mayat tersebut keluar dan berbaris di luar di sepanjang jalan. Saya juga menggunakan kaedah bom untuk menghalau mayat-mayat tersebut. Seterusnya dengan bantuan perawat saya memagar rumah tersebut.
Selepas itu, saya mengembara ke dalam tubuh bapa mertua saya. Juga dipenuhi dengan mayat. Kaedah hampir sama saya gunakan untuk menghapuskan segala mayat-mayat tersebut. Akhirnya tubuh bapa mertua saya dapat dibersihkan. Tentunya, dengan izin Allah. Saya juga memagar tubuh bapa mertua saya. Isteri saya sempat menelefon dan katanya batuk makin berurangan. Alhamdulilah. Kalau sebelum ini boleh dikatakan batuknya 24 jam juga diiringi dengan sesak nafas.
Selepas itu kaedah ntuk mengesan OKS. OKS itu memang saya dapat melihat dengan jelas tapi saya tidak tahu apakah iu orang Indonesia atau Melayu. Jelasnya, saya tidak kenal. Pendek kepada cerita, saya berdoa semoga dia tidak mengingati lagi nama kami dan melupakan niat jahatnya kepada kami.
Kaedah untuk mengesan penyihir. Kali ini Allah tidak menampakkan si penyihir tapi yang jelas tempat tersebut adalah tokong Budha. Dua tempat iaitu patung Buddha berdiri dan duduk. Saya kenal tempat tersebut iaitu di Tumpat. Saya cuba menampar patung tersebut. Akhirnya patung tersebut hilang.
Selepas itu, perawat (Cikgu Amni) meminta agar saya kembara ke dalam tubuhnya. Di kepalanya, saya nampak terdapat duit syiling lama. Ada gambar orang botak memegang tombak. Bahagian perutnya pula terdapat banyak katak puru. Dengan tidak semena-mena saya ternampak jin mata sebiji (ala lanun) berada di depan pintu sekolah. Semuannya dapat dihalau dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Malangnya, saya tidak sempat kembara ke rumah saya, memandangkan masa terlalu lama dan saya bercadang untuk mengembara lain kali.
Jam 9.30 malam itu juga saya menerima panggilan telefon dari kakak mengatakan rumah
Saya terbakar. Subhanalah ,seakan tidak percaya dengan tadir yang berlaku. Akhirnya, saya membuat kesimpulan pulang keesokan pagi. Benda sudah terjadi. Terkejar-kejarpun tiada apa-apa makna.
Saya sampai di rumah saya hari hampir Maghrib. Masih ramai lagi saudara dan sahabat handai datang mengucapkan takziah. Anehnya, dada saya seakan sukar bernafas. Saya agak hairan sebab hampir 2 minggu saya tiada lelah. Akhirnya, saya membuat kesimpulan untuk tidur di rumah abang kira-kira 5 km dari rumah kebakaran. Jam 3.30 saya terbangun kerana dada saya seakan amat sukar untuk bernafas. Akhirnya, saya bertekad tidak makan ubat sebaliknya membaca ayat-ayat Al-Kursi dan ayat sihir. Allah swt memberikan ilham kpd saya agar mengembara dalam masa yang amat singkat. Saya membayangkan diri saya berada dihadapan saya. Saya menghembuskan di bahagian paru-paru dan tempat-tempat yang ada pergerakan dalam badan. Selesai sahaja saya menyelesaikan ayat-ayat tertentu saya muntah. Begitulah saya lakukan hampir setengah jam. Selepas itu, saya dapat bernafas secara normal. Alhamdulilah.
Keesokan harinya tentu keletihan. Selepas solat tubuh saya sambung tidur sehingga jam 10 pagi. Walaupun, kakak ada menelefon ada tetamu yg datang untuk berjumpa dengan saya, saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Selepas Jumaat, saya kembali ke tempat kejadian kebakaran tersebut. Sewaktu saya melihat kesan api, deria rasa yang diberikan Allah dapat merasakan sesuatu. Ada makhluk dan bilangannya amat banyak. Saya hanya mendiamkan diri, dan mengarahkan isteri saya agar banyak berselawat dan istighfar.
Melalui cerita jiran saya yang melalui kawasan rumah saya sekitar jam 6.30 ptg beliau dapat merasakan rumah saya ada sesuatu yang luar biasa. Bulu romanya meremang dan tidak pernah menyangka ada peristiwa besar pada malamnya.
Sewaktu keberangkatan pulang, saya berhajat untuk melihat cucu saudara yg baru lahir. Anehnya saya tidak dapat masuk ke arah jalan tersebut walaupun jalan tersebut sudah biasa. Untuk pengetahuan, rumah anak saudara saya itu tempat pengjian Al-Quran anak-anak kampung. Sepanjang jalan dari Jeli – Bera saya teramat mengantuk dan tidur beberapa kali kerana bimbangkan keselamatan. Dipertengahan jalan pula, tayar kereta belakang saya meletup. Syukurlah kami sekeluarga selamat. Inilah kali pertama tayar kereta saya pancit/meletup dalam perjalanan selama 10 tahun. Saya mengucapkan syukur kerana kejadian itu berlaku di tempat keramaian Malangnya, tidak ada seorang pun yang ingin bertanya khabar apatah lagi ingin membantu. Maklumlah, saya kurang kemahiran dalam hal ini apatah lagi keadaan jalan yang berbukit menyebabkan tayar simpanan amat sukar untuk dimasukkan. Saya terus membaca bismilah penggerak beberapa kali dan memohon kpd Allah agar ada orang datang membantu. Tidak lama kemudian, berhentilah sebuah kereta Merchedes dan nampak orangnya, jenis orang berada. Dialah yang membantu saya sehingga saya meneruskan perjalanan. Syukur kpd Allah. Kepada saudara yg tidak dikenali, semoga amalmu diberkati Allah.
Yang peliknya lagi, bila anak saya masuk ke dalam rumah saya dia terus mengadu sakit kepala. Kalau masuk angin, memang kami berhenti makan. Saya bangun solat tengah malam dan minta Tuhan menjauhkan kami dari segala malapetaka. Keesokan harinya, dia mengadu kepalanya tidak sakit lagi. Pada hari ini pulak (11. 05. 2009/ Isnin) saya kuatkan tekad untuk membuat posting dalam blog akrinebera walaupun tangan saya bergetar-getar seakan ada sesuatu yang menghalang saya berbuat demikinan. Balik dari mengajar, isteri saya mengadu sepanjang hari anak kecil saya menanggis. Sepanjang ptg saya berzikir dan anak saya berhenti menanggis. Alhamdulilah. Saya juga mengulangi memagar rumah kerana teringat kata-kata ustaz tempoh hari, konsep pagar sebenarnya boleh runtuh kalau sentiasa diserang.
Begitulah ceritanya, saya tidak tahu apakah kebakaran ini berpunca dari makhluk itu. Hanya Allah lebih mengetahui. Tetapi itulah rentetannya, masa kami melakukan TKR bersamaan dengan peristiwa kebakaran rumah saya pada malamnya. Memang, saya tidak sempat untuk memagar rumah dan Allah swt tidak memberi ilham kpd saya untuk berbuat demikian. Apakah sang penyihir sudah mengetahui bahawa rahsianya sudah terbongkar lalu berbuat sesuatu. Kita hanya boleh berandaian. Apapun semua perkara boleh terjadi dengan keizinanNya. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Takdir Allah adalah milik Allah dan kita tiak ada daya upaya untuk mengelakkanya. Semoga Allah memberi ketenangan, kesabaran, dan rezeki yang melimpah berkat keadian ini. Amin.
No comments:
Post a Comment