Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Saturday, May 30, 2009

Saya dipecat dari Darussyifa?


Membaca tulisan-tulisan di alam cyber berkenaan rawatan sihir saya mendapati ada beberapa penulis yang menuduh saya sesat dan dipecat dari Darussyifa.

Saya dituduh mempunyai khadam jin bernama "Khalid" dan saya dipecat kerana isu ini.

Saya ingin menjelaskan isu ini bertujuan untuk menghilangkan fitnah terhadap diri saya.

Saya tidak pernah dipecat oleh Dsyifa, saya menarik diri demi menjaga nama baik Dsyifa. Silalah rujuk kepada Ust. Rashid dan Tn. Hj. Mokhtar yang bertanggungjawab mengenai hal saya ini.

Apa yang berlaku sebenarnya diluar pengetahuan TGHD. Ia lebih "politic in office" apabila beberapa perawat kurang senang dan rasa tercabar dengan rawatan saya terutamanya di Dsyifa Rawang. Ia berpunca apabila pesakit2 memilih untuk di rawat oleh saya dan tidak oleh perawat berkenaan. Perkara teknik rawatan "menggunakan besi" saya dibawa kepengetahuan pimpinan HQ dan pimpinan ini telah memaklumkan larangan teknik saya semasa satu program rehlah Dsyifa.

Sebagai langkah penyelesaian sesuai dengan biro yang dipegang Ust. Rashid dengan dibantu oleh Tn. Hj. Mokhtar datang ke rumah saya yang saya namakan Dsyifa Nur Ehsan untuk berbincang dengan lebih lanjut bersama surat tunjuk sebab 10 perkara kenapa saya tidak boleh diambil tindakan. Saya diberi tempoh 14hari untuk menjawab pertuduhan-pertuduhan berkenaan.

Saya menyediakan jawapan dan pertemuan kedua antara pimpinan HQ dengan saya bersama 2 perawat Dsyifa Cawangan Rawang Perdana dijalankan di Dsyifa Bangi. Saya menjelaskan semua 10 perkara berkenaan dan pimpinan HQ berpuashati. Ust. Rashid mencadangkan saya tidak lagi menulis dalam internet kerana tulisan saya nanti dilihat sebagai Dsyifa. Beliau juga mahu Dsyifa Nur Ehsan ditukar kepada Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan.

Saya beritahu pimpinan HQ bahawa saya sedar akan mehnah dan fitnah yang telah TGHD dan Dsyifa lalui sebelum ini dan saya berhasrat untuk menimba ilmu rawatan lebih mendalam lagi. Saya beritahu bahawa saya setuju menukar nama "rumah" saya tetapi akan tetap menulis kerana saya mahu pengalaman dan teknik rawatan saya diperjelaskan.

Akhirnya saya memberitahu hasrat saya untuk memohon keluar dari Dsyifa demi mengelakan fitnah kepada TGHD dan Dsyifa. Ust. Rashid berlapang dada menerima permintaan saya dan menegaskan walaupun saya bukan Dsyifa lagi tetapi hubungan sebagai perawat adalah tetap seperti biasa.

Saya tidak ada menyimpan apakah 10 perkara yang diminta penjelasan oleh pimpinan HQ tetapi sedikitpun tidak disentuh isu "Khalid". Yang jelas saya mohon menarik diri dan tidak berlaku sebarang pemecatan. Tidak ada surat pemecatan yang dikeluarkan malah adakalanya saya dijemput ke program Dsyifa seperti sambutan hari jadi TGHD baru-baru ini.

Teknik rawatan saya diperakui oleh Ust. Rashid dan saya gembira bahawa usaha penjernihan teknik dilakukan. Bagaimana dengan teknik perawat Dsyifa yang tidak disahihkan. Saya serahkan hal ini kepada Dsyifa.

Orang yang menuduh saya berkhadam hendaklah membuktikan saya berkhadam. Tuduhan ini juga pernah diterima oleh TGHD. Agaknya jalan mudah nak TKOkan perawat.

Saya tegaskan bahawa Darussyifa adalah sebuah institusi perubatan yang unggul di negara ini. Semua yang mahu menjadi perawat seboleh mungkin mestilah berkursus di sini. Belajarlah semasa Tuan Guru Masih ada. Dalam masa yang sama Dsyifa dianggotai oleh manusia, ada yang ikhlas dan ada yang membodek. Yang ikhlas akan berkhidmat tanpa mementingkan diri tetapi yang membodek amat takut dengan kemunculan pesaing. WALLAHu 'alam.

10 comments:

Abdullah said...

Saya juga ada membaca tulisan cyber yang Ustaz maksudkan. Agak terkejut dan sedih, kerana ianya ditulis oleh tokoh yang sebelum ini saya hormati. Bahkan banyak teknik-teknik beliau yang pernah dan masih saya amalkan untuk rawatan diri sendiri.

Diharapkan diantara perawat-perawat Akrine, sekiranya ada kekeliruan dan ketidaksefahaman, marilah kita mencari penjelasan dari orangnya secara direct. Bukan dengan membuat kenyataan sebelum bersemuka dengan orangnya.

Semoga Allah melindungi perkara-perkara sebegini daripada berlaku diantara perawat-perawat Akrine. Cukuplah dengan apa yang ada diluar sana.

Kepada Ustaz banyak-banyaklah bersabar.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Maaf sekiranya saya ingin menjelaskan rasa keliru saya selama saya membaca tulisan Ustaz.

Saya meminati teknik perubatan secara Islam yang benar-benar mengikuti landasan serta tidak menimbulkan keraguan di dalam hati nurani.

Ustaz, teknik TKR yang ustaz amalkan yang juga baru ustaz temui, telah menimbulkan rasa keraguan dalam hati saya apabila membaca setiap dari pengalaman yang ustaz ceritakan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia seperti kita ini boleh mengembara di dalam organ-organ dalaman sepertimana yang ustaz ceritakan dalam beberapa siri pengalaman rawatan yang ustaz lakukan.

Saya mohon maaf sekiranya saya keterlaluan. Ini adalah kerana, timbul rasa tidak yakin saya terhadap teknik tersebut. Barangkali ia menggunakan mata jin yang membantu pengamal menjelajah di setiap pelusuk organ² badan yang dikehendaki. Manusia yang normal tidak akan mampu melakukannya melainkan dengan bantuan sesuatu yang luarbiasa.

Ustaz, sebelum ustaz pergi lebih jauh, adalah lebih baik ustaz merujuk perkara ini kepada TGHD terlebih dahulu.

Perjuangan ke jalan Allah seringkali akan cuba dipatahkan oleh Syaitan dan jin. Lebih banyak perkara baik dilakukan, lebih berat dugaan yang sampai. Syaitan akan cuba sedaya upaya merosakkan Aqidah sekiranya dengan jalan berdepan, mereka (syaitan) menemui kegagalan.

Semoga Ustaz sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.

Aminn.

Abdul Majid Hasan said...

Salam,

Saya juga berpegang kepada "Barangkali ia menggunakan mata jin yang membantu pengamal menjelajah di setiap pelusuk organ² badan yang dikehendaki. Manusia yang normal tidak akan mampu melakukannya melainkan dengan bantuan sesuatu yang luarbiasa"

Melakukan TKR adalah dgn menggunakan mata jin dalam badan pesakit sebagai cctv, bukan pengembaraan manusia biasa...

Selagi apa yang kita lakukan tidak melibatkan syirik kpd ALLAH, saya berkeyakinan apa jua teknik yang adalah dibenarkan.

Doakanlah saya agar terhindar dari syirik besar mahupun kecil.

TQ

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Terima kasih kerana memberi maklumbalas terhadap komen saya yang jahil ini.

Ustaz, mohon maaf, berkebarangkalian kita ditipu oleh jin yang diperintah untuk menjelajahi organ-organ badan seseorang memandangkan kita tidak boleh memastikan bahawa apa yang diberitahu kepada kita itu adalah benar mahupun tidak benar...

'Kita boleh memerintah jin tetapi kita dilarang meminta pertolongan daripada mereka'... sifat jin yang seringkali ingkar akan membahayakan Aqidah kita sebagai seorang Islam...

Terima kasih ustaz kerana sedia membincangkan perkara ini. Saya doakan ustaz dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.

sekian,
wassalam.

Abdullah said...

Salam,

Minta maaf saya memberi pandangan. Saya rasa apa yang menjadi keraguan tersirat pada Anonymous ialah, apakah kita dibenarkan (dibolehkan) untuk menundukkan jin, contohnya seperti menggunakan matanya sebagai cctv?

Untuk menjernihkan teknik, apa kata Ustaz berkongsi dalil yang membenarkan perkara ini. Saya ada mendengar pendapat Ibnu Taimiyah tentang perkara ini, tetapi pengetahuan saya mungkin terhad.

Semoga dengan itu hilanglah segala keraguan.

Ajeri said...

Kalau tak silap saya,saya baca dalam sebuah buku, Syeikh Wahid Bali pun pernah suruh jin dlm tubuh pesakitnya utk lihat badan org di sekeliling ada jin atau tidak. Boleh ke kita kata apa yg Syeikh Wahid buat tu sama macam TKR, ust?

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt wbt.

Pada pendapat saya yg kurang ilmu, jika ia tidak bertentangan dengan syariat Islam, ia diharuskan.
sebenarnya tentang TKR ni, dah ramai org barat buat kajian smpai kini, mereka mengakui kaedah ini boleh dipelajari oleh sesiapa saja pun. Pelbagai Istilah telah diberi di barat dikenali OBE, OOBE ( out of body experient ), ASTRAL PROJECTION, di Indonesia pula Meraga Sukma, di sini pula Kembara minda.. dalam byk2 artikel yg dicari, org barat sgt teruja dengan pengembaraan Nabi kita s.a.w. iaitu masa isra' dan mikraj. Ia adalah pengembaraan yg paling agung di dunia ni.. dari situlah ia mempercayai tentang kekuasaan Allah dan kebenaran al-quran. Wallahua'lam. sekadar berkongsi maklumat sesama kita semua.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Masalah TKR ini boleh atau tidak boleh itu terpulang kepada pengamalnya. Tetapi teknik tetap menjadi sia-sia bagi saya yang hina lagi jahil tentang ilmu perubatan ini.

Yang menjadi masalah disini adalah, sekiranya pengamal TKR itu ditipu oleh Jin yang disuruh untuk scan badan seseorang, maka adakah pengamal tersebut tahu yang jin tersebut berkata benar atau sebaliknya? Adakah TKR ini teknik yang berkesan dan boleh dipercayai oleh pengamal tanpa meragui kesahihan berita yang dibawa oleh jin yang digunakan?

Bagi saya, ia adalah suatu yang sia-sia dan melekakan... setelah diberitahu jin, kita akan perlu menimbang apa yang diberitakan samada benar atau sebaliknya...tak ke itu sia-sia namanya... Jangan sampai tersilap...*percaya apa yang palsu*

Tepuk dada tanya selera... jangan sampai ditipu jin...

Abdul Majid Hasan said...

Salam,

Matlamt TKR bukan nak tanya jin... kita kembara dan rawat. Rawat adalah misinya.

Yang mengembara bukan pengamal atau perawat tetapi pesakit. Pesakit dalam keadaan sedar dan tidak menurun mahupun kerasukan.

Pesakit menerima arahan dari perawat, perawat pula mendoakan lalu mebantu pesakit dengan dengan mengarahkan pesakit mengeluarkan apa2 gangguan yang dilihat.

Tolong jelaskan dimana sia2nya?

Anonymous said...

assalamualaikum

saya rasa annonymos perlu berdepan dengan ustz abdul majid.. bagi clear betul2 tentang teknik ni. Mungkin perbincangan dalam internet ni kurang effectif utk difahami dengan lebih mendalam. call ustaz mintak penjelasan . wallahu a'lam

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)