Petang itu saya didatangi oleh 3 pekerja kedai makan tempat saya selalu membeli nasi ayam kalau tak sempat masak.
Ringkas cerita mereka mengadu pelanggan merosot dan mereka asyik nak bergaduh antara satu sama lain. Mereka juga akan gatal-gatal satu badan bila balik ke rumah. Lebih malang lagi apabila masakan mereka dengan 3 ekor kambing yang ditempah pelanggan reput sampai ke tulang sedangkan daging adalah masih fresh...
Saya pilih seorang daripada mereka yang terbatuk-batuk yang bertugas sebagai caterer untuk dirawat secara TKR.
Saya minta dia berada 10m dari kedai dan melihat ke arah kedai. Kedai agak gelap katanya. Saya suruh dia scan kawasan kedai dan menandakan kawasan "panas".
Teknik TKR menjejak OKS pula menampakan begitu ramai sekali OKS yang terlibat. Antaranya pekerja yang telah diberhentikan dan pekerja sedia ada. Saya pesan letakan kepercayaan hanya 50% dan tujuan utama adalah untuk mendoakan agar OKS "melupakan" kerja2 jahat mereka.
Pekerja yang digunakan untuk TKR juga mendapati dia kena santau dan kesan kemerahan dapat dilihatnya pada tekaknya. Pembersihan diri dan kedai dilakukan.
Saya bekalkan air untuk digunakan bagi menawar kawasan panas. Untuk pekerja pula saya minta mandi dengan Aromateraphy Akrine sebelum balik ke rumah.
Hari ini selepas solat Jumaat saya singgah untuk membeli lauk. Saya lihat semua meja penuh, lauk habis dan pekerja tersenyum kegirangan melayan pelanggan. Bilakah PhD orang melayu boleh dibuang sepenuhnya?
1 comment:
tkr itu ape
Post a Comment