Tajuk: Berdialog Dengan Jin - Diari Seorang Perawat
Penulis: Abd Majid Hassan
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Cetakan Pertama: 2009
Harga: Semenanjung Malaysia RM31.90/Sabah dan Sarawak RM33.90
SESETENGAH masyarakat begitu taksub dengan pelbagai kepercayaan tahyul dan cerita mistik, sehingga ia mem pengaruhi kehidupan harian mereka.
Tetapi, hakikatnya Allah s.w.t melalui firman-Nya dalam al-Quran dan Rasulullah s.a.w melalui sabdanya memberikan penerangan secara terperinci mengenai persoalan itu.
Buku Dialog Dengan Jin - Diari Seorang Perawat cuba membicarakan persoalan ini dengan gaya tersendiri apatah lagi ia membabitkan pengalaman penulis, Abd Majid Hassan, selaku perawat.
Beliau pernah muncul di rancangan Expose Mistik siaran untuk Astro Prima ketika merawat seorang pesakit.
Begitupun, penerbitan buku ini tidak bermaksud me nakut-nakutkan pembaca, malah jika diteliti, ia mengandungi ilmu bermanfaat untuk menghalang seseorang daripada diganggu jin dan syaitan.
Pelbagai subjek berkaitan makhluk halus dibicarakan, se perti alam iblis, syaitan, jin, saka, sihir dan qarin, di tambahkan dengan tip dan cara membentengi diri daripada serangan makhluk itu.
Qarin misalnya, iaitu istilah Arab yang bermakna teman atau rakan. Menurut penulis istilah qarin di sini bermaksud roh jahat yang berasal daripada kalangan makhluk halus yang mengiringi kelahiran seorang bayi.
Kewujudan qarin untuk menggoda manusia, menampakkan hal yang buruk dan jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia.
Ia sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan me ngajak mereka melakukan kemungkaran secara menggoda, merayu, memujuk dan menipu.
Saka pula merujuk kepada 'peninggalan' generasi terdahulu dan tandanya orang yang terkena saka seperti sukar meng hafal ayat al-Quran, malas berzikir, berpenyakit yang sukar diubati dan sakit dalam tempoh lama.
Pembaca dapat kaedah merawat saka melalui solat, zikir, berkawan dengan orang soleh dan membaca ma'thurat.
Banyak lagi tips yang boleh dikongsikan seperti mengenali tanda seseorang diganggu jin seperti bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab, suara berubah ketika marah, mudah hilang akal, berjalan terhoyong-hayang dan cara makannya menjijikkan.
Buku ini memberi pembaca gambaran rahsia kehidupan misteri alam jin dan kaitannya dengan manusia.
No comments:
Post a Comment