Saya dijemput untuk merawat seorang pesakit yang sedang koma di sebuah hospital kerajaan. Pesakit masih muda dan ditemui koma di atas katil pada waktu pagi dalam keadaan bergelumang dengan najis sendiri.
Ketika di bahagian kecemasan lagi, doktor dan jururawat telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena tentang pesakit ini. Berat normal pesakit adalah +- 100kg tetapi semasa ditimbang beratnya meningkat 2 kali ganda iaitu lebih 200kg. Mereka mula menasihati waris pesakit supaya berikhtiar mencari
rawatan alternatif yang lain.
Saya hadir jam 1030 malam. Walaupun bukan waktu melawat pihak hospital memberi laluan istimewa kepada saya. Saya bersama bapa saudaranya masuk ke bahagian ICU dan jururawat segera menutup langsir untuk memberi peluang kepada saya bagi melakukan rawatan.
Pada mulanya pesakit tidak sedar walaupun dipanggil namanya beberapa kali. Beliau diberi bantuan pernafasan dan badannya dipenuhi bermacam-macam wayar. Saya membaca selawat Tarfijiyah dan meniup ubun-ubun serta bahagian jantungnya malangnya pesakit hanya memberi respond yang sangat minima. Saya mula scan bahagian kepala dan dada lalu merasakan kehadiran sesuatu pada bahagian tersebut.
Saya beralih ke bahagian kaki lalu memegang jari kedua selepas ibu jari. Pesakit menarik kakinya ke atas seperti minta dilepaskan. Saya melakukannya untuk kali kedua, pesakit memberi respond yang sama. Bila saya berkata, "Wahai makhluk Allah, aku tahu lokasi kamu. Lelaki ini berhak kepada kesembuhan dan kehadiran kamu telah menyakiti dia. Aku minta kamu tinggalkan dia, sebelum aku bacakan ruqyah yang pastinya dengan izin Allah akan membinasakan kamu," pesakit terus membuka matanya sambil merenung tajam kepada saya.
Pesakit mula gelisah dan agresif seperti tidak menyukai kehadiran saya sehingga menyebabkan saya terpaksa menjarakkan diri darinya. Beliau juga cuba bangun dari katil seperti ingin menerpa kepada saya. Setelah ditenangkan oleh bapa saudaranya beliau tenang seketika, malangnya beliau kembali agresif bila saya membacakan beberapa potong ayat al-Quran secara perlahan dari jarak jauh.
Pergerakan agresifnya telah menyebabkan
salah satu dari alatan hospital mengeluarkan bunyi 'beep' yang kuat dan jururawat bergegas datang dan memberikannya ubat penenang. Pesakit kemudian kembali kepada keadaan asalnya (tidak sedar). Ubat penenang telah menyebabkan beliau tidak memberikan apa-apa respond walaupun saya membacakan ayat-ayat ruqyah yang panjang kepadanya.
Semasa hendak meninggalkan pesakit, salah seorang jururawat menegur saya.
Jururawat: "Air mineral water yang Ustaz bawak ni nak bagi kat pesakit ke?"
Saya: "Ya. Tapi kami tak tahu macamana caranya. Lagipun mulut dia ada tiub oksigen."
Jururawat: "Takpe. Serah aje pada kami air tu nanti kami uruskan."
Saya: "Baiklah terima kasih banyak-banyak."
Nota:
1) Tentang pesakit:
-Sabarlah, Allah belum mengizinkan kesembuhan. Mungkin rawatan seterusnya akan jadi lebih mudah, insyaAllah.
2) Tentang Hospital:
-Mereka sebenarnya menerima 100% rawatan alternatif.
-Terima kasih kepada Doktor, Jururawat, Kakitangan, dan juga tak lupa kepada Security Guard.
3) Tentang Perawat Islam.
-Anda juga layak dipanggil 'doktor'.
-Mungkin suatu masa nanti akan diwujudkan satu bahagian di hospital yang menempatkan para perawat-perawat Islam.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
3 comments:
Assalammualaikum w.b.t
Saranan ustaz, saya amat baik dan saya bersetuju dengan kaedah dan pendekatan yang dilakukan oleh ustaz.Mengujudkan satu bahagian hospital yang menempatkan para perawat2 Islam adalah satu idea yang baik.Saya amat meletakkan satu harapan agar satu hari nanti saya dapat melihat sebuah hospital besar atau pakar yang meletakkan kaedah Islam sebagai teras perubatan kerana itu adalah sebaik baiknya.Semoga usaha ustaz mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.Jazzakallah
Alhamdulillah. Diberitakan bahawa pesakit sedar sepenuhnya pada tengahari keesokan harinya.
semoga Allah melindungi perawat-perawat Islam dan memberi penyembuhan kepada pesakit-pesakit yang dirawat mereka. aminnn
Post a Comment