Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Wednesday, May 13, 2009

Bakar Batu-Bata Untuk Kes Berat


Hari Sabtu lepas saya balik ke kampung di Cendrong Balai untuk merawat anak saudara saya. Saya telah meminta bantuan dari Ust. Safuan perawat Akrine dari Kg. Gajah untuk melakukan rawatan awal kerana rumah anak saudara saya berdekatan dengannya. Saya difahamkan gangguan yang dialami sukar dikesan, sekejap ada sekejap tiada...

Dalam perjalanan selepas melewati tol Tapah, adik saya yang tinggal di Ipoh menelefon dari Cendrong Balai mengajak saya berbincang terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan. Katanya dia syak pesakit tidak ada gangguan tetapi lebih kepada tekanan perasaan "stress" berpunca dari gara-gara ayahnya yang mahu dia belajar agama.

Setibanya di Maahad Al-Quran rumah adik-beraadik saya, saya singgah ke rumah adik saya bersebelahan dengan rumah adik saya yang anaknya bermasalah. Saya dapati abang saya dari Bidor juga telah berada di sana. AlhamduliLLAh bisik hati saya keluarga kami amat mengambil perhatian kebajikan ahli keluarga. Adik saya dari Ipoh menceritakan bahawa dia telah bercakap dengan pesakit dan dia merasakan pesakit sebenarnya mengalami stress. Saya beritahu semua ahli keluarga jika benar dia stress ada kemungkinan juga dia mudah diganggu... tanggungjawab saya yang pertama adalah untuk mengesan gangguan. Jika tidak ada saya akan nasihatkan ayahnya supaya "hold" dahulu hal-hal yang boleh membawa stress berkenaan.

Melihat kepada anak buah saya ini saya dapati dia tidak mengenali kami langsung. Dia sudah 6 hari tidak tidur dan tidak makan... dia amat lemah. Bila saya beri minum air ruqyah dia menyimpan di mulutnya kemudian mengeluarkannya. Ini ujian pertama yang mengesahkan bahawa dia ada gangguan. Saya minta dia pegang besi rawatan, pada mulanya dia memegang kemudian melepaskannya. Saya gunakan teknik baling berulangkali... kali ini dia mula menangis. Ilham saya dia diganggu oleh jin asyik.

Saya beri amaran dan mula membaca Al-Baqarah 102. Saya gertak dia bahawa saya akan ulangi bacaan jika dia tak mahu keluar... saya lihat aksinya seperti orang tua yang ketakutan, saya perli dengan mengatakan "dah tua ada hati nak kacau anak dara orang!" dia menangis dan terus terbaring.

Pengalaman sebelum ini mengingatkan saya kes-kes anak dara yang diganggu oleh jin asyik. Jin asyik sanggup diperbuat apa saja atau dibelasah oleh perawat tetapi tak akan membocorkan identitinya. Ada jin asyik yang mengajak pesakit membunuh diri dengan menyiksa pesakit supaya tidak makan dan minum serta murung yang berpanjangan.

Ibunya menceritakan bahawa beberapa malam anak saudara saya menangis dan tingkah lakunya seperti sedang diperkosa... Saya beritahu bahawa yang memperkosa ini adalah jin tua! adik saya menceritakan bahawa pesakit adalah cucu kesayangan neneknya yang juga pernah mengalami simptom yang sama. Pesakit pernah melahirkan rasa kasihan di depan neneknya dan kini neneknya yang sakit sekian lama sudah sihat.

Ini ciri jin saka yang asyik! Dia memperkosa neneknya dan kini beralih ke cucunya pula. Marah saya sudah memuncak... tak guna sekupang punya jin saka!

Saya rawat semula, saya gunakan teknik pukul dengan serban berulang kali. Si atuk menangis kesakitan. Adik saya memarahi saya, katanya pukulan itu menyakitkan itulah sebab pesakit menangis, saya pukul dia... kemudian dia akur tak sakit. Saya beritahu ahli keluarga bahawa pesakit tak sedar dan dia dikuasai oleh jin... boleh uji, suruhlah mengucap... anak buah saya tak mengucap... akhirnya saya ambil minyak wangi ayahnya, saya ruqyah dan menulis kalimah ALLAH di dahinya. Kemudian pesakit dimandikan dan alhamduliLLAH dia sedar, boleh mengucap, mengenali saya tetapi beberapa mak saudaranya masih tidak dapat dikenali. Saya tahu gangguan masih ada tetapi pada tahap lemah.

Saya ajar ibu dan ayahnya teknik pukul dan bakar batu bata. Petang itu saya balik semula ke Kuang dengan mendoakan kesembuhan.

Adik saya juga membeli buku BDJ saya. Dia gunakan teknik bakar kertas terlebih dahulu. Pesakit adakalanya mula menunjukan tindak-balas positif dan sudah boleh tidur. Bila dia kelihatan hendak diperkosa, teknik pukulan dengan serban dilakukan. AlhamduliLLAH teknik ini banyak membantu dengan izin ALLAH. Sms bertali arus antara kami untuk membantu.

Kelmarin ayahnya mula membakar batu-bata. Saya minta minima 24jam.

Malam ini saya telefon semula bertanyakan perihal anak saudara saya... alhamduliLLAH dia sedar sepenuhnya... dia terpinga-pinga dan tidak mengetahui ehwal dirinya selama ini. Ya ALLAH sujud syukur kami ke atas rahmatMU. Amin.

No comments:

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)